DK-MY Properties Menuju Ke Hadapan Dengan Pelancaran Projek Bernilai RM4.5B GDV Menjelang Tahun 2025

Berikutan dengan pelancaran pembangunan ikonik D’Immersione, Mont Kiara pada 2017 dan DK Impian, Damansara West pada 2018, pemaju hartanah tempatan terkemuka DK-MY Properties Sdn Bhd bertekad untuk meneruskan misi mereka dengan melangkah lebih jauh dengan pelancaran tujuh projek komersial dan kediaman menjelang tahun 2025 di Lembah Klang, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM 4.5 bilion.

Barisan projek ini bertujuan untuk membawa legasi Malaysia dengan ciptaan mercu tanda yang akan meletakkan negara kita di persada dunia sambil memastikan kelestarian dalam gaya hidup dan persekitaran rakyat Malaysia. DK-MY Properties akan memulakan projek tersebut dengan pelancaran The Suite, Jalan Ampang pembangunan berwawasan yang dianugerahkan Best Hybrid Development di Property Insight’s Prestigious Developer Awards 2019. The Suite mentakrikan pengalaman berkerja dari rumah dengan menekankan ruangan bekerja dan berhidup bersama dengan gabungan teknologi smart home (rumah ciri pintar). Pembangunan ini juga disokong dengan SAMA+, penyedia khas 5 bintang tanpa sentuhan eksklusif pertama di Malaysia yang menganjurkan pelbagai ciri-ciri kehidupan pintar.

Kemajuan megah yang akan datang dalam tahun ini termasuk pembangunan komersial jenis pegangan bebas seluas 1.06 ekar di Bandar Sri Damansara dengan pembinaan sebanyak 492 unit suite kediaman dan pejabat. Menggabungkan konsep rumah mewah mampu milik, projek ini menonjolkan studio en-suite bilangan dua bilik tidur ke atas menggunakan ruangan dengan sepenuhnya dan mempertingkatkan kemudahan yang mewujudkan pengalaman hidup seperti di hotel amat menarik minat golongan milenium dan pasangan muda untuk dipertimbangkan sebagai rumah pertama mereka.

Encik Danny Koek, Pengarah Urusan DK-MY Properties berkata syarikat beliau dapat menjangkakan tanda-tanda pemulihan yang kukuh dalam industri hartanah pada separuh pertama tahun 2022, di mana ramai rakyat Malaysia kini beralih kepada pasaran perumahan untuk pelaburan dan pemilikan.

“Hartanah di pasaran telah pulih dengan pantas berikutan dengan pemulihan dari fasa pandemik dan kami menjangkakan permintaan yang tinggi dalam sektor hartanah. Kami bertegah dalam menangani keperluan dan permintaan prospek yang berkembang mengikut perubahan zaman sambil menambah nilai kepada gaya hidup melalui pemajuan pembangunan kami. Kami percaya saluran projek kami dapat merangkumi segmen kediaman dan komersial yang meningkatkan nilai kehidupan kepada pemilik dan pelabur sambil memastikan pembangunan kemampanan di mana komuniti terus berkembang maju,” tambah Encik Danny Koek.

Selain peningkatan pengalaman dalam gaya hidup, DK-MY Properties komited untuk memelihara alam sekitar dalam projek pembangunan mereka. Pembangunan di Bukit Cheras adalah salah satu projek kediaman berkepadatan rendah terletak di tapak hutan seluas 28 ekar di Bukit Ketumbar. Projek tersebut adalah satu usaha untuk melindungi reputasi lokasi sebagai kawasan mendaki dengan memastikan kelestarian alam semula dipelihara dengan baik dan pada masa yang sama, mempromosikan keseimbangan kehidupan kerja di mana penduduk boleh menikmati laluan mendaki dan pemandangan hutan yang menyenangkan.

Dalam mengukuhkan misi untuk meningkatkan gaya hidup rakyat Malaysia melalui inovasi dan teknologi, DK-MY Properties menyasarkan untuk melancarkan pembangunan bercampur SSTwo Mall (pusat membeli-belah berkonsep kehidupan sejahtera), D’Twist (pusat membeli-belah dipacu teknologi dengan kolam menyelam dalaman terdalam di dunia) dan pembangunan kediaman di Puchong Intan.

Salah satu projek ikonik yang terkini, D’Immersione dijangka siap menjelang suku pertama tahun 2024. Terletak di Mont Kiara, projek pembangunan bercampur ini dibangunkan sejumlah 506 unit suite kediaman dan pejabat serta pusat membeli-belah. Pembangunan pegangan bebas seluasan 2.8 ekar ini bernilai RM 1.08B GDV dimajukan untuk mempertingkatkan pengalaman hidup seperti di hotel 5 bintang dengan reka bentuk ultramoden, perkhidmatan dan sekuriti 24/7 serta teknologi smart home (rumah pintar) yang menampilkan SAMA+. Selain itu, pilihan dwi dan tiga kunci menyerlahkan fleksibiliti sama ada untuk tujuan dijadikan rumah sendiri, lokasi untuk perniagaan atau sebagai ruangan untuk pelaburan. Lokasi strategik tersebut merupakan pilihan pasti untuk perdagangan, pendidikan dan gaya hidup serta pelaburan yang baik dipertimbangkan untuk keluarga dan penduduk kota yang berhasrat untuk mencari kebolehcapaian dan peningkatan pengalaman hidup di bandar.

Untuk maklumat lanjut mengenai DK-MY Properties dan perkembangannya, sila layari https://dkproperties.com.my/

Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.