Rumah Agam Michael Jackson Dijual Pada Below Market Value

Michael Jackson, nama yang sangat besar di dalam industri muzik dunia. Beliau digelar King of Pop kerana kehebatannya dan pada zaman kegemilangannya, sukar ditandingi oleh mana-mana artis lain.

Beliau cukup terkenal dengan gerakan moon walk, yang sehingga hari masih lagi popular di kalangan penari. Kehebatan Michael Jackson ini adalah di era 1980-an sehingga akhir 1990-an.

Pada zaman 1980-an, beliau merupakan artis yang paling berjaya kerana mencatat jualan album tertinggi pada dekad tersebut. Album Thriller telah menjadikan Michael Jackson artis yang bergelar jutawan.

Kredit Gambar: Independent

Selain mempunyai lagu sendiri, Michael Jackson juga merupakan pemilik hak cipta kepada lagu kumpulan The Beatles dengan memegang hak royaliti kumpulan tersebut. Disebabkan mempunyai kewangan yang stabil pada era tersebut, Michael Jackson sama seperti artis Hollywood yang lain mempunyai rumah agam yang sangat mewah.

Sejarah Pembelian Rumah Tersebut

Pada tahun 1987, beliau telah membeli sebuah rumah agam dan beliau menggelarkan rumah tersebut sebagai Neverland. Michael Jackson mengambil inspirasi daripada cerita kanak-kanak yang popular iaitu Peterpan.

Beliau telah membeli rumah terbabit dengan harga USD19.5 juta. Rumah tersebut terletak di Santa Barbara County, California dan mempunyai keluasan 13,000 kaki persegi. Keluasan kawasan kediamannya pula dipercayai seluas 1,100 hektar.

Kontroversi Michael Jackson Di Rumah Tersebut

Kredit Gambar: Irish Mirror

Disebabkan Michael Jackson merupakan artis yang sangat terkenal, beliau telah terpalit dengan kontroversi yang besar di dalam kerjayanya. Di antara yang terbesar adalah beliau didakwa telah mencabul kanak-kanak yang dikenalinya pada tahun 1993.

Kes tersebut telah dibawa ke mahkamah oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut yang juga kenalan rapat beliau. Akhirnya, Michael Jackson membayar sebanyak USD20 juta untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah.

Terpaksa Bergolok Gadai

Ketika memasuki abad baru, Micheal Jackson mengalami zaman kejatuhan kerjaya  seninya. Kegiatan seninya kurang menyerlah seperti dekad yang sebelumnya dan kesihatanya juga semakin merosot.

Kali terakhir beliau menghasilkan album pada tahun 2001 dan sudah lama tidak membuat konsert secara live.

Beliau kemudiannya terpaksa hidup dengan hutang yang banyak dan pada tahun 2005, Michael Jackson telah menggadaikan rumahnya itu kepada ejen hartanah Colony Capital.

Akhirnya pada tahun 2009, Michael Jackson telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 52 tahun dan Neverland telah menjadi milik Colony Capital.

Sukar Mencari Pembeli

Walaupun rumah tersebut menjadi penginapan Michael Jackson selama hampir dua dekad, ia tidak bermakna rumah tersebut popular dan senang untuk dijual. Colony Capital terpaksa menghabiskan berjuta-juta dolar bagi membaik pulih rumah tersebut agar boleh dijual kembali.

Pada tahun 2014, Colony Capital telah meletak nilai hartanah ini pada paras USD100 juta. Malangnya, tiada sesiapa pun yang berminat untuk mendapatkan rumah agam tersebut.

Dari tahun ke tahun, Colony Capital terpaksa menurunkan harga rumah agam ini bagi mencari pemiliknya. Pada tahun lepas, Colony Capital telah meletakkan rumah agam ini pada harga USD31 juta.

Walaupun nilai tersebut telah susut sebanyak 70% daripada nilai asal yang dipinta, malangnya Colony Capital masih lagi belum menjumpai pembeli yang berminat untuk mendapatkan rumah agam tersebut.

Kredit Gambar: WSJ

Akhirnya pada hujung Disember 2020, rumah ini berjaya dijual tetapi dengan harga $22 juta kepada bilionaire Ron Burkle. Walaupun rumah ini pernah menjadi kediaman King Of Pop, hartanah ini terpaksa dijual pada harga di bawah nilai sebenar.

Jika kita kira daripada sudut pelaburan rumah, ianya merupakan sebuah pelaburan yang kurang berjaya. Kerana dalam tempoh 30 tahun, nilai hartanah tersebut meningkat sebanyak USD2.5 juta saja (tidak mengira kadar inflasi).

Sumber Rujukan: CNN

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sime Darby Property: Strategi Pemilikan Aset Rendah Untuk Kembangkan Portfolio Aset

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR2.15 dikekalkan, harga saham berpotensi menaik 51% dengan kadar hasil dividen kira-kira 3% untuk FY26F

Kami memandang baik akan pelancaran New Economy Venture Fund (NEVF) oleh Sime Darby Property yang bernilai MYR1.25bn. Dengan adanya dana ini, SDPR akan mempunyai platform lebih besar untuk mempercepat usaha-usaha pembangunan pusat data (DC) dan aset-aset industri dan logistik yang lain tanpa membebankan kunci kira-kiranya. Dengan jangka hayat dana selama lima tahun, kami ramalkan SDPR akan mencapai pulangan lebih besar selepas penutupan dana tersebut, dan mungkin dengan menyuntik aset-aset yang dipegang dalam dana tersebut ke dalam aset REIT-nya yang akan datang.

Melonjakkan keyakinan

Dibangunkan dengan struktur patuh syariah secara menyeluruh, platform pelaburan bukan keperluan utama, NEVF mempunyai dana sehingga MYR1.25bn (dana utama: MYR1bn, dana sampingan: MYR250j). Dana ini menyaksikan pelibatan menggalakkan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) (GELM).

Makluman: GELM juga pernah terlibat dalam Dana Pembangunan Perindustrian (IDF) milik SDPR pada tahun 2022. SDPR selaku rakan kongsi dan penaja am kepada NEVF, telahpun mengesahkan pelaburan bernilai MYR500.1j sebagai pelabur bersama pada penutupan pertama. Komitmen modal lain masing-masing ialah MYR100j + MYR250j (dana sampingan) daripada KWSP, MYR200j daripada LTAT, dan MYR199.9j daripada GELM.

Tumpuan pada aset-aset DC dan industri

Penubuhan NEVF dirangkakan dengan penuh strategik dan ia akan membuat pelaburan dalam bangunan DC yang dibina mengikut kehendak pelanggan untuk tujuan pajakan, dan juga pembangunan industri dan logistik dalam projek-projek SDPR. Pada pandangan kami, dana ini merupakan satu pencapaian penting lebih-lebih lagi apabila Taman Perniagaan Elmina (EBP) semakin mendapat keuntungan sementara pihak pengurusan mengutamakan model pembinaan yang sesuai dengan kehendak penyewa untuk tujuan pajakan bagi pembangunan-pembangunan industri yang akan datang untuk mengembangkan portfolio pendapatan berulangnya.

SDPR juga giat membangunkan taman-taman perindustrian lain seperti Bandar Bukit Raja, Vision Business Park, Bandar Universiti Pagoh, maka ada banyak peluang untuk ia mengembangkan portfolio asetnya. Semakin banyak pemain dan syarikat multinasional dilihat membina fasiliti penyimpanan di taman-taman perindustrian milik SDPR. Selain DC2, kami fikir pusat pengedaran automatik milik Mydin yang bernilai MYR450j (kawasan binaan: 786,000kps) di EBP mungkin akan dimasukkan dalam NEVP ini.

Lebih banyak suntikan aset akan dilaksanakan

Walaupun NEVP bernilai MYR1.25bn ini akan membentuk bahagian “ekuiti” dalam pelaburan aset, berdasarkan nisbah hutang berbanding ekuiti sebanyak 70:30, NEVP mungkin akan membuat hutang berjumlah MYR2.9-3bn. Hal ini sekali gus menjadikan jumlah saiz dana selepas hutang (atau modal) mencecah sekitar MYR4.25bn. Dengan ini, ia akan berupaya menyerap lebih banyak aset industri (yang akan dibangunkan) kelak. IRR untuk dana ini adalah sekitar 10-15%.

Kesan minimum pada perolehan jangka dekat

Kami meramalkan SDPR akan mengiktiraf keuntungan penjualan aset sebaik sahaja aset-aset berkaitan disuntikkan ke dalam dana ini. Pendapatan berasaskan bayaran semasa jangka hayat NEVP sepatutnya agak rendah.

Asas Penilaian

Penilaian SOP kami melibatkan:
i. Diskaun 30% pada RNAV untuk segmen hartanah
ii. DCF untuk pelaburan pusat datanya.

Faktor Pemacu Utama

Pemilikan bank tanah yang besar

Risiko Utama

Keadaan pasaran lebih lemah daripada jangkaan

Profil Syarikat

Sime Darby Property ialah pemilik tanah tebesar antara semua pemaju yang tersenarai, dengan pelbagai perbandaran, dan juga pembangunan komersial dan bersepadu.

Carta Saranan

Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.