Apple Dijangka Akan Mengeluarkan Kenderaan Elektrik Pertama Mereka Pada Tahun 2024

Kenderaan elektrik semakin mendapat tempat di kalangan penduduk seluruh dunia. Dianggarkan sebanyak 2.6% jumlah kenderaan elektrik berada di atas jalanraya pada tahun lepas, dan penggunaan kenderaan elektrik dijangka akan terus menangkit.

Buat masa ini, Tesla menguasai pasaran. Volkswagen yang merupakan salah sebuah syarikat terbesar dalam menghasilkan kenderaan, juga memberi tumpuan dalam menghasilkan kenderaan elektrik pada skala yang besar.

Undang-undang antarabangsa yang semakin ketat terhadap isu pencemaran alam sekitar, telah memberi ruang yang luas kepada pasaran kenderaan elektrik di masa hadapan.

Ini menyebabkan beberapa syarikat teknologi terkenal dunia berlumba-lumba untuk membangunkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan pasaran. Di antara syarikat gergasi yang mula menceburi dalam bidang kenderaan elektrik adalah Apple dan Sony.

Dyson juga turut membangunkan prototype kenderaan ini tetapi telah secara rasminya memberhentikan projek tersebut pada tahun lepas.

Permulaan Projek Kereta Elektrik Apple

Kredit Gambar: Mac World

Apple yang merupakan syarikat terbesar di dunia daripada segi market capitalization, mula berminat untuk menghasilkan kenderaan elektrik pada tahun 2014. Ini kerana di bawah pengurusan Tim Cook, beliau melihat potensi kenderaan elektrik di masa hadapan.

Apple sebelum ini hanya terkenal dalam menghasilkan barangan berasaskan teknologi komputer untuk kegunaan umum.

Ramai yang mengkritik perancangan Apple kerana untuk menghasilkan kenderaan elektrik pada skala yang besar bukanlah perkara yang mudah. Ianya memerlukan kos yang tinggi dan penyelidikan yang mendalam perlu dilakukan dengan teliti, serta memerlukan masa yang panjang bagi menjayakan projek ini.

Apple merupakan syarikat teknologi yang membelanjakan sebahagian kecil sahaja kos penyelidikan berbanding Big Four yang lain, tetapi merupakan syarikat yang paling besar mendapat keuntungan. Walau bagaimanapun, kos penyelidikan yang dibelanjakan semakin meningkat dari setahun ke setahun.

Sebahagian penganalisis percaya bahawa Apple meningkat kos R&D setiap tahun bagi membangunkan program kenderaan elektrik mereka. Apple sebelum ini jarang untuk mendedahkan kemajuan yang dicapai dalam penciptaan kereta elektrik.

Apple sebelum ini telah mengambil langkah yang drastik dengan mengambil bekas pekerja Tesla untuk membantu syarikat bagi menjayakan program kenderaan elektrik mereka.

Kritikan Elon Musk Terhadap Kereta Elektrik Apple

Kredit Gambar: Fortune

Elom Musk sebelum ini telah mengkritik Apple kerana untuk menghasilkan sebuah kenderaan elektrik adalah sukar bagi Apple. Ini kerana  menurutnya, menghasilkan kenderaan elektrik tidak sama seperti membuat sebuah telefon pintar.

Sebelum ini juga, Elon Musk pernah menawarkan kepada Apple untuk membeli Tesla pada harga USD60 bilion. Malangnya Tim Cook telah menolak tawaran yang dikemukakan oleh Elon Musk pada tahun 2017.

Kini Tesla bernilai lebih daripada USD600 bilion, hampir 10 kali ganda daripada nilai yang ditawarkan oleh Elon Musk kepada Apple. Ini sekaligus menyebabkan Elon Musk menjadi orang terkaya dunia.

Kredit Gambar: Infotech Report

Elon Musk juga mengkritik pengunaan teknologi bateri yang bakal digunakan oleh Apple, yang dipercayai akan menggunakan monocell dalam kenderaan mereka. Elon Musk percaya penggunaan bateri tersebut tidak sesuai digunakan di dalam kenderaan elektrik memandangkan kuasanya yang sangat kecil.

Selain itu juga, Apple turut dipercayai akan menggunakan teknologi LIDAR dalam menghasilkan pemanduan secara automatik.

Kesan Terhadap Saham Apple Dan Tesla

Namun, Apple tetap tekad dan dijangka akan mengeluarkan kenderaan elektriknya pada tahun 2024. Dengan pengumuman yang dilakukan oleh Apple pada minggu lepas, saham syarikat tersebut meningkat sebanyak 4.7% manakala saham Tesla pula telah jatuh sebanyak 6.5%.

Sumber Rujukan: Reuters

Dah lama terlibat dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia dan ingin belajar melabur di Wall Street pula?

Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.

Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?

Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%

Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satuuuuu unit je.

Teringin nak explore pasaran saham Wall Street yang patuh shariah? Pendaftaran SAHAM WALL STREET 2.0 kini dibuka..!!!

Ini adalah kelas intensif.

Bila tu?

Tarikh: 6-7 Februari 2021 (Sabtu-Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Belajar secara Live melalui aplikasi ZOOM

Menampilkan Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA) sebagai coach utama.

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI WEBINAR SAHAM WALL STREET

1. LEARN A WINNING SYSTEM

• Cara mula dengan modal kecil dan cara untuk gandakannya – “roll profits”

2. PROVEN FUNDAMENTAL

3. READ CHART LIKE A PRO

4. PLATFORM

• Cara guna Platform global untuk melabur dan berdagang di pasaran saham US

5. SCREENER

6. PORTFOLIO MANAGEMENT

7. SENTIMEN

8. SAHAM KAJIAN

9. SAHAM-SAHAM WATCHLIST

Alhamdulillah, antara feedback yang kami dapat dari webinar yang lalu…

“Pengajaran Tuan Mukhriz straight to the point. Strategi & trading mekanikal boleh difahami dan dipraktiskan.”

“Dapat lebih info dari pengalaman seorang pelabur sebenar bagi saham USA..”

“Silibus tersusun, cara pemilihan saham dan market structure..”

Speaker dah power, modul pun power.

InshaAllah kita jadikan 2021 tahun untuk kita tambah skill baru agar dapat memberi kesenangan kepada keluarga.

Seperti biasa ada harga istimewa menanti kepada early bird, cepat klik:

➡️ https://thekapital.my/wallstreet

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Akhirnya Ada Parti Politik Berani Tunjuk Ke Mana Duit Kempen Mereka Pergi

Parti BERSAMA sedang mendahului parti-parti lain dalam satu perkara yang jarang berlaku dalam politik Malaysia dengan mengemukakan data perbelanjaan pilihan raya kepada umum. Sumber: Malaysiakini – Bersama dedah belanja hampir RM800,000 kempen PRN Johor

Bagi sesetengah orang, mungkin ini sekadar laporan perbelanjaan kempen.

Tetapi kalau kita lihat dari sudut pelaburan dan kewangan, sebenarnya ada satu prinsip yang sangat mudah:

Kalau kita mahu orang percaya dan memberikan duit kepada kita, kita perlu bersedia untuk menunjukkan bagaimana duit itu diuruskan.

Bayangkan kita mahu melabur RM100,000 dalam sebuah syarikat.

Kita tentu mahu tahu berapa hasil syarikat, berapa kos operasi, berapa hutang, berapa keuntungan dan bagaimana pengurusan menggunakan wang syarikat.

Kalau pengurusan syarikat berkata,

“Percayalah. Kami akan urus duit dengan baik.”

Tetapi apabila kita minta penyata kewangan, mereka enggan tunjukkan, kita sendiri mungkin akan fikir dua tiga kali sebelum melabur.

Dalam pelaburan, ketelusan adalah sebahagian daripada kepercayaan.

Begitu juga dengan politik.

Dan di sinilah pendedahan BERSAMA menjadi menarik untuk diperhatikan.

Daripada jumlah perbelanjaan kepada sumber dana, rakyat diberikan peluang untuk melihat sendiri bagaimana wang kempen dikumpulkan dan dibelanjakan. Dalam penyata yang dilaporkan Malaysiakini, antara sumber dana ialah kutipan yuran keahlian, majlis makan malam pengumpulan dana dan sumbangan peribadi, manakala perbelanjaan termasuk deposit SPR, bahan kempen dan kerja pembersihan selepas kempen.

Patutkah ketelusan kewangan seperti ini menjadi satu standard baharu dalam politik Malaysia?

Menariknya, idea ketelusan kewangan politik ini bukanlah sesuatu yang baru. Pada 2012, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah mencadangkan supaya semua sumbangan kepada parti politik dimasukkan ke dalam akaun rasmi parti, disertakan resit dan akaun tersebut diaudit setiap tahun.

Lebih sedekad kemudian, isu yang sama masih relevan. Bezanya, kali ini kita mula melihat parti politik mengambil langkah untuk mendedahkan sendiri data perbelanjaan pilihan raya kepada umum.

1. Rakyat adalah penyumbang kepada sistem politik

Parti politik mungkin menerima sumbangan daripada individu atau organisasi, tetapi dalam konteks yang lebih luas, aktiviti politik akhirnya berkait dengan wang dan sumber awam.

Sebab itu rakyat mempunyai kepentingan untuk tahu bagaimana sesebuah parti menguruskan kewangan kempen mereka.

Kalau kita boleh meminta syarikat yang kita labur supaya telus, tidak salah untuk kita mengharapkan tahap ketelusan yang lebih tinggi daripada organisasi politik.

2. Duit yang masuk dan duit yang keluar perlu boleh dikesan

Dalam dunia kewangan, kita bukan hanya tengok jumlah duit.

Kita mahu tahu cash flow.

Berapa duit masuk?

Dari mana?

Berapa duit keluar?

Dibelanjakan untuk apa?

Siapa penerimanya?

Perkara yang sama boleh diaplikasikan kepada kewangan politik.

Apabila data perbelanjaan pilihan raya didedahkan, rakyat boleh mula melihat aliran wang tersebut, bukannya hanya mendengar dakwaan bahawa semuanya diuruskan dengan baik.

3. Ketelusan mengurangkan information asymmetry

Dalam pelaburan, ada masalah yang dipanggil information asymmetry.

Maksud mudahnya, pihak pengurusan mungkin mempunyai lebih banyak maklumat berbanding pelabur.

Sebab itu syarikat perlu menyediakan laporan kewangan supaya pelabur tidak membuat keputusan dalam keadaan terlalu banyak maklumat yang disembunyikan.

Politik pun sama.

Parti tahu berapa banyak duit yang mereka terima dan bagaimana ia dibelanjakan.

Rakyat pula hanya nampak kempen di luar.

Jadi apabila data kewangan dibuka, jurang maklumat antara parti dan rakyat dapat dikurangkan.

4. Rakyat boleh menilai kecekapan penggunaan wang

Dalam pelaburan, kita bukan sekadar bertanya:

“Berapa banyak duit syarikat belanjakan?”

Kita juga akan bertanya:

“Apa yang kita dapat daripada duit tersebut?”

RM1 juta dibelanjakan untuk pemasaran tetapi jualan tidak meningkat, kita akan mula persoalkan keberkesanannya.

Begitu juga perbelanjaan pilihan raya.

Apabila data tersedia, kita boleh mula bertanya:

Berapa kos kempen setiap kawasan? Berapa banyak dibelanjakan untuk media sosial? Berapa untuk logistik? Berapa untuk bahan kempen?

Ini membuka ruang untuk menilai kecekapan, bukan sekadar jumlah perbelanjaan.

5. Kita sebenarnya bukan pelik kalau melihat amalan ini di negara lain

Pendedahan kewangan politik bukan sesuatu yang asing di peringkat antarabangsa.

Di United Kingdom, Electoral Commission menerbitkan maklumat berkaitan sumbangan, pinjaman dan perbelanjaan parti politik serta calon kepada umum.

Di Amerika Syarikat, Federal Election Commission (FEC) pula menyediakan pangkalan data awam yang membolehkan orang ramai melihat maklumat kewangan kempen, termasuk sumbangan dan perbelanjaan calon serta jawatankuasa politik.

Di Australia, Australian Electoral Commission (AEC) juga mempunyai sistem funding and disclosure untuk meningkatkan ketelusan kewangan parti politik, calon dan pihak yang terlibat dalam pilihan raya.

Maknanya, idea untuk rakyat melihat money in dan money out dalam politik sebenarnya bukan sesuatu yang pelik.

Bezanya, di sesetengah negara ia merupakan sebahagian daripada sistem pendedahan yang diwajibkan dan diselia oleh badan pilihan raya.

Jadi kalau parti politik Malaysia mula mengambil inisiatif untuk membuka data kewangan mereka kepada umum, ia boleh dilihat sebagai satu langkah ke arah budaya politik yang lebih telus.

6. Boleh membina rekod kewangan yang boleh dibandingkan

Pelabur tidak menilai syarikat berdasarkan satu laporan sahaja.

Mereka melihat prestasi dari tahun ke tahun.

Begitu juga dengan parti politik.

Kalau setiap pilihan raya mereka mendedahkan data kewangan, lama-kelamaan akan wujud satu rekod yang boleh dibandingkan.

Berapa banyak dana diterima?

Berapa banyak yang dibelanjakan?

Adakah perbelanjaan semakin cekap?

Adakah kos kempen meningkat?

Adakah sumber pembiayaan berubah?

Ini menjadikan rakyat bukan sekadar pengundi, tetapi pihak yang boleh membuat penilaian berdasarkan data.


Sebab itu kami melihat pendedahan perbelanjaan pilihan raya sebagai satu langkah yang positif.

Bukan kerana mendedahkan data automatik bermaksud sesebuah parti itu lebih baik daripada parti lain.

Tetapi kerana ketelusan memberikan kita maklumat untuk membuat penilaian sendiri.

Dalam pelaburan, kita selalu diajar:

Jangan melabur hanya kerana percaya. Tengok laporan kewangan.

(Walaupun… tengok laporan kewangan pun belum tentu tak kena scam!)

Dalam politik pun mungkin prinsip yang sama patut digunakan:

Jangan hanya dengar janji. Tengok juga bagaimana wang diuruskan.

Kalau lebih banyak parti mula melakukan perkara yang sama, kita mungkin dapat membina satu budaya politik yang lebih matang di mana data kewangan menjadi sebahagian daripada akauntabiliti politik, bukan sesuatu yang perlu disembunyikan.

Kerana akhirnya, sama ada kita bercakap tentang melabur dalam sebuah syarikat atau memilih sebuah parti politik, prinsipnya hampir sama:

Beri kita data. Kemudian biar rakyat membuat penilaian.