Kenapa Digitalisasi Adalah Masa Depan Kewangan Islam?

Kewangan Islam adalah industri yang sedang berkembang pesat. Sepanjang dekad yang lalu, ia telah meningkat pada kadar tahunan yang tinggi iaitu antara 10 ke 12 peratus.

Di antara aset kewangan yang mematuhi syariah termasuklah perbankan, pasaran modal, pasaran kewangan dan insurans. Malah, nilai keseluruhannya pada tahun 2015 telah dianggarkan sebanyak USD 2 trilion.

Lonjakan yang dilakukan oleh Malaysia ini sudah tentulah amat dihargai oleh industri tersebut. Perbankan Islam pertama yang diperkenalkan di negara adalah pada tahun 1983.

Sejak itu, banyak dasar dan inisiatif telah dikemukakan bagi mengukuhkan keseluruhan ekosistem kewangan Islam. Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan sasaran bagi kewangan Islam untuk membentuk 40% daripada jumlah aset perbankan menjelang 2020.

Tidak hairanlah bahawa Thomson Reuters telah mengiktiraf Malaysia sebagai pasaran kewangan Islam yang paling maju selama lima tahun berturut-turut. Menurut Indeks Negara Kewangan Islam, negara kita telah berada pada tempat pertama dalam carta kewangan Islam antarabangsa.

This image has an empty alt attribute; its file name is assidq_300x250px_bm01.jpg

Akan tetapi, untuk terus berkembang, industri terbabit perlulah merangkul satu cabaran yang penting iaitu digitalisasi.

Masa Depan Adalah Digital

Pada masa ini, revolusi digital sedang berlaku. Situasi ini mengakibatkan permintaan yang semakin meningkat dan persaingan antara pihak bank.

Penyelesaian kepada masalah-masalah juga telah meningkat dan telah wujudnya inovasi belum pernah berlaku. Di antaranya ialah blockchain, Big Data, antara muka pengaturcaraan aplikasi dan automasi proses.

Persaingan dalam industri kewangan semakin sengit. Oleh itu, bank-bank Islam perlulah melabur dalam infrastruktur digital untuk mendapatkan bahagian pasaran daripada rakan-rakan konvensional mereka.

Penerapan teknologi baru ke dalam pembiayaan perdagangan akan mengubah sektor tersebut. Ia juga akan membantu mengurangkan kos, mempercepat transaksi patuh syariah dan mengembangkan jejak operasi.

Penyelesaian seperti yang disebutkan dapat menawarkan struktur dan pilihan pembiayaan Islam yang berlainan bagi sebarang transaksi perdagangan asas dengan dokumentasi yang diselaraskan dan mengikut piawai.

Aliran tunai dapat dilihat, dikawal dan diakses merentasi negara dan melalui akaun yang berbeza. Tambahan pula, mereka juga menyediakan alat-alat pengurangan risiko.

Perusahaan Fintech

Mengikut laporan daripada Bloomberg Intelligence (BI), terdapat 93 perusahaan fintech patuh syariah yang baru didirikan di seluruh dunia. 70% daripada jumlah ini difokuskan kepada penyelesaian rakan ke rakan bagi memudahkan pengguna dan kewangan perniagaan.

14% daripada jumlah tersebut adalah penyelesaian berasaskan blockchain. Sebahagian besar daripada mereka terdiri daripada mata wang kripto dan kontrak pintar.

Teknologi takaful dapat menjanjikan beberapa perkara. Ia dapat memperkuatkan perkara seperti pengendalian tuntutan, harga, reka bentuk produk dan saluran pengedaran.

Laporan tersebut menjelaskan bahawa crowdfunding rakan ke rakan telah banyak diterima pakai dalam kalangan perusahaan fintech Islam yang baru bermula. Ia disasarkan kepada hartanah, dan perusahaan kecil dan sederhana.

Namun, masih ada peluang yang belum diterokai. Antaranya adalah penggunaan data besar dan kecerdasan buatan (AI)  untuk perkhidmatan kewangan Islam, serta penyelesaian blockchain dalam bidang seperti pembiayaan perdagangan.

Penyelesaian Di Malaysia

Sedania Innovator telah memperkenalkan As-Sidq iaitu sebuah sistem perdagangan komoditi Tawarruq bagi institusi kewangan. Sebagai penyelesaian sehenti, sistem ini membantu industri perkhidmatan kewangan (FSI) untuk memasarkan, mengenalpasti dan meluluskan pembiayaan Islam.

Sistem perdagangan tersebut boleh menggunakan kredit masa siaran telekomunikasi sebagai komoditi dagangan. Hal ini menjadikan perdagangan tersebut lebih tepat, masa nyata dan tidak bergantung kepada Bursa.

Manfaatnya termasuklah operasi tanpa cawangan secara 24/7 dengan masa pembayaran kurang dari 10 minit. Waktu operasi pentadbiran dapat dikurangkan sebanyak lebih daripada 60% hingga kira-kira 3 jam-manusia per transaksi.

As-Sidq adalah platform perisian berpaten hak milik Sedania. Ia merupakan platform yang kukuh dan berskala. Ia mempunyai rekod prestasi terbukti yang bernilai lebih daripada RM37 bilion nilai transaksi yang terkumpul.

Perkhidmatan yang mematuhi syariah secara sepenuhnya mudah dimasukkan ke dalam sistem dan proses yang sedia ada melalui API. Platform ini juga kini digunakan oleh lebih daripada 40 institusi kewangan di Malaysia.

Platform dagangan B2B berasaskan web dapat membantu mengurangkan beban kerja sebanyak 50% dan meningkatkan kadar pemprosesan pinjaman sebanyak lebih daripada 20%.

This image has an empty alt attribute; its file name is assidq_300x250px_bm01.jpg

Dikarang oleh Sedania As Salam Capital. Diterjemah dan disiarkan secara eksklusif di MajalahLabur.

Nak Deposit Rumah Pertama? ‘Overlap’ Hutang? Bayar Tunggakan PTPTN?

Ringankan tanggungan semasa anda dengan pembiayaan peribadi berkonsep syariah di platform Direct Lending. Dapatkan pinjaman kadar rendah untuk satukan semua hutang mahal anda. Semak kelayakan secara percuma. Anda boleh semak dahulu & mohon kemudian. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

KLIK sini untuk terima pembiayaan bank & koperasi yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Mastercard Melancarkan Portfolio Penyelesaian Fleet Di Asia Pasifik

Malaysia, 4 Februari 2026 – Mastercard hari ini mengumumkan pelancaran Mastercard Fleet: Next Gen di Asia Pasifik, iaitu satu portfolio penyelesaian inovatif yang memperluaskan pembayaran fleet melangkaui pembelian bahan api bagi menyokong keseluruhan keperluan mobiliti pengendali fleet masa kini. Penyelesaian ini direka secara strategik untuk memenuhi tahap kematangan pasaran dan segmen pelanggan yang berbeza daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan fleet berskala kecil, hingga kepada pengendali logistik berskala besar.

Seiring ekosistem fleet yang semakin kompleks, pengendali memerlukan keterlihatan yang lebih jelas terhadap perbelanjaan, kawalan yang lebih kukuh, serta data yang boleh digunakan secara masa nyata. Apabila data pembayaran terpisah dalam sistem yang berasingan, ia mewujudkan titik buta yang mengehadkan kecekapan dan pengoptimuman termasuk kesukaran menyatukan transaksi bahan api, penyelenggaraan dan pengecasan kenderaan elektrik (EV) dalam satu platform, atau menyukarkan pengurus mengenal pasti ketidakwajaran di sepanjang laluan operasi. Mastercard Fleet: Next Gen menyatukan data pembayaran dan menukarkannya kepada maklumat yang boleh ditindaklanjuti, yang diintegrasikan terus ke dalam aliran kerja pengurusan fleet.

Asia Pasifik merupakan rantau yang berkembang paling pesat bagi pengurusan fleet, dengan pasaran diunjurkan berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 18% sehingga tahun 2030. Dalam tempoh yang sama, pengendali terus berdepan tekanan kos, keperluan kelestarian yang semakin ketat serta jangkaan tinggi terhadap aspek keselamatan dan pematuhan. Dalam persekitaran ini, keupayaan untuk mengakses data pembayaran yang konsisten dan diperkaya merentasi semua aktiviti fleet adalah penting bagi menyokong skala operasi dan prestasi jangka panjang.

Disokong oleh lebih dua dekad kepakaran global dalam bidang fleet, Mastercard Fleet: Next Gen menghimpunkan satu set penyelesaian yang direka untuk menyokong keperluan pengendali fleet dan pengeluar kad yang sentiasa berkembang, termasuk:

  • Penerimaan global di berjuta-juta lokasi, merangkumi pembelian bahan api, pengecasan EV, penyelenggaraan, tol dan perbelanjaan sokongan fleet lain
  • Data fleet berasaskan rangkaian yang direkodkan di tempat jualan, selaras dengan piawaian global
  • Penyelesaian khusus pasaran yang membolehkan pengumpulan data yang dipertingkatkan di stesen minyak dan peniaga berkaitan fleet
  • Kad fleet yang diperuntukkan dan dikeluarkan secara digital untuk kenderaan atau pemandu bagi pembayaran tanpa sentuh atau mudah alih, termasuk penyelesaian kad maya khusus untuk kegunaan fleet
  • Integrasi dengan teknologi sedia ada seperti platform mobiliti, rangkaian pemeroleh dan alat pengurusan fleet

Menurut Anouska Ladds, Ketua Pembayaran Komersial & Aliran Pembayaran Baharu Asia Pasifik, Mastercard, “Keperluan fleet di Asia Pasifik sangat berbeza-beza, dan penyatuan pembayaran, data serta kawalan dalam satu pengalaman mencerminkan keperluan sebenar pengurus fleet. Penyelesaian fleet Mastercard direka untuk membantu pengeluar kad fleet dan penyedia pembayaran khusus membawa keupayaan fleet termaju ke pasaran dengan lebih pantas, sambil mengurangkan kerumitan dan pelaburan yang biasanya diperlukan untuk membangunkan keupayaan tersebut.”

Mastercard membolehkan pemilik program fleet menyediakan:

  • Kawalan kelulusan dan dasar perbelanjaan yang lebih pintar mengikut kenderaan, pemandu, kategori peniaga, lokasi, masa dan amaun
  • Pengurusan data fleet bagi menyokong pematuhan, perakaunan dan analitik seterusnya membolehkan pengurusan kos yang lebih baik serta ramalan yang lebih tepat
  • Pemantauan penipuan dan penyalahgunaan secara masa nyata yang boleh disesuaikan dengan keperluan operasi fleet

Pelancaran rangkaian penyelesaian fleet terbaharu Mastercard di Asia Pasifik ini memperluaskan lagi tawaran syarikat dalam segmen penting ini, di samping memperkukuh kepakaran dan inovasi Mastercard dalam bidang fleet dan mobiliti di peringkat global. Langkah ini juga mencerminkan komitmen Mastercard untuk mempermudah pembayaran B2B dengan menghubungkan aliran komersial yang terpecah-pecah melalui satu infrastruktur yang dipercayai, sekali gus membantu perniagaan daripada pelbagai saiz berkembang dalam persekitaran operasi yang semakin kompleks.