Sertai Kemeriahan Raya Hijau bersama Gamuda Land

Nak tahu apa kelebihan memiliki Lot Bumi? Sudah tentu diskaun Bumi sekurang-kurangnya 5%. Pemaju hartanah perlu memastikan setiap pembangunan menepati kuota Bumiputera yang ditetapkan kerajaan.

Jadi tidak perlu risau kerana diskaun eksklusif lot Bumi pasti lebih murah daripada unit biasa dan kuota Bumi ini perlu disediakan oleh pemaju hartanah.

Jika anda dah bersedia nak memiliki rumah atau sedang mencari rumah baharu, ambil peluang promosi Raya yang disediakan oleh Gamuda Land. Untungnya sekarang, Gamuda Land menganjurkan kempen sempena Hari Raya. Mereka turut mengadakan peraduan di perbandaran terpilih dan ‘game‘ di laman web dengan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.

Jom Sambut Lebaran Dengan Gamuda Land & Dapatkan Promosi Istimewa

Gamuda Land turut ada promosi HOME (Home Ownership Made Easy), dengan tawaran menarik seperti berikut:

  • RM500 untuk memiliki*
  • Duit raya sehingga RM57k*
  • Kadar bunga serendah 3.5%*
  • 90% pinjaman untuk rumah ke-3 dan ke atas*
  • Tempoh pinjaman sehingga 90 tahun*
  • Rujuk & jana pendapatan sehingga RM125k*

Menarik, kan? Bila lagi nak dapat tawaran istimewa macam ini?

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Unit terhad. Untuk hartanah terpilih sahaja.

Dapatkan Ilmu Hartanah

Selain itu, Gamuda Land juga tidak lupa menganjurkan ceramah hartanah atau property talk bagi mereka yang ingin tahu mengenai hal pelaburan dan pemilikan rumah. Dapatkan ilmu dan tips hartanah daripada Ahyat Ishak, yang mempunyai pengalaman luas dalam penyampaian ilmu hartanah.

Ambil kesempatan ini untuk menjawab soalan-soalan yang bermain di fikiran dalam membuat keputusan membeli rumah kediaman idaman anda.

Ada macam-macam aktiviti menarik dan seronok turut disediakan untuk pengunjung. Paling menarik, Gamuda Land mengajak anda berhibur dengan persembahan di acara konsert raya daripada artis-artis terkenal tanah air.

Ada Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Ning Baizura, Ella dan juga Shiha Zikir yang akan membuat persembahan untuk anda semua.

Kena bayar ke? Tidak. Konsert STARS of Eid ini adalah PERCUMA! Orang ramai dijemput bagi memeriahkan suasana sambil memenangi hadiah dengan pelbagai aktiviti bersama juruhebah Hot FM.

Mari berkunjung ke empat perbandaran Gamuda Land pada tarikh-tarikh berikut, untuk enjoy konsert STARS of Eid Live.

  • Gamuda Cove, 6 Mei 2023 (5pm-9pm)
  • Gamuda Gardens, 14 Mei 2023 (12pm-9pm)
  • twentyfive7, 20 Mei 2023 (9am-6pm)
  • Jade Hills, 21 Mei 2023 (5pm-9pm)

Peluang Untuk Menang Hadiah Bernilai Sehingga RM100k

Macam-macam hadiah boleh dimenangi! Tak percaya? Gamuda Land sediakan pelbagai hadiah bernilai sehingga berjumlah RM100,000. Ayuh, sertai permainan yang disediakan secara online dan offline.

Antaranya, “Spot The Ketupat” di laman web Gamuda Land. Hanya perlu daftar dan cari ketupat yang tersembunyi. Inilah masanya anda mencipta masa terpantas dan fokus mencari dengan skil bermain secara digital.

Sepuluh orang dengan catatan masa terpantas akan memenangi wang tunai sebanyak RM1,000 seorang! Mudah, kan? Tunggu apa lagi, daftar dan menang!

Pengunjung juga boleh turut serta dalam permainan “Unlock The Mystery Box” di empat perbandaran Gamuda Land. Lawati Experience Gallery di Gamuda Cove, Gamuda Gardens, twentyfive7 dan Jade Hills. 

Bagaimana cara bermain buka peti misteri ini? Pilih satu kunci daripada 30 kunci yang tersedia dan dalam masa seminit, anda kena buka satu kotak misteri dengan menggunakan kunci tersebut.

Apakah hadiah misterinya? Nak tahu, kenalah pergi cuba! 

Nikmati juadah raya yang disediakan dengan percuma. Ada juga Bazar Raya dan food truck pada hari konsert tersebut. Datanglah beramai-ramai!

Klik sini untuk maklumat lanjut: https://glonlinedeals.gamudaland.com.my/en



Previous ArticleNext Article

Axis REIT: Pengambilalihan Kedua Tahun Ini

Saranan BELI dan harga sasar (TP) MYR2.42 dikekalkan, potensi kenaikan harga saham sekitar 20%, dengan kadar hasil dividen 5.2% untuk FY26F

Axis REIT telah mengumumkan pengambilalihan keduanya untuk tahun 2026, iaitu sebuah perjanjian jualan dan pajakan semula bernilai MYR128j dengan City-Link Express (M) untuk sebuah pusat pengedaran di Bandar Saujana Putra, Selangor. Kami memandang agak positif akan perkara ini kerana ia masih menepati strategi REIT ini untuk memperoleh aset-aset perindustrian yang memberikan kenaikan hasil sambil menyokong sasaran pengambilalihan pihak pengurusan sebanyak kira-kira MYR350j sepanjang FY26-27.

Butiran mengenai pengambilalihan

Axis REIT mengambil alih hartanah ini dengan bayaran tunai sebanyak MYR128j (kira-kira 2% daripada jumlah aset), yang dibiayai menerusi pembiayaan bank sedia ada. Hartanah ini sekarang dihuni 100% oleh pemilik dan akan dipajak semula kepada City-Link Express untuk tempoh tetap selama 15 tahun, dengan kenaikan sewaan yang dipersetujui semasa tempoh pajakan. Pengambilalihan ini menawarkan pendapatan berulang yang stabil, dengan sokongan daripada struktur pajakan semula yang panjang dan kadar hasil kasar awal yang baik sebanyak 6.2%.

Pengambilalihan ini dijangka selesai pada 4Q26. Selepas perjanjian selesai dimeterai, paras hutang Axis REIT dijangka meningkat kepada kira-kira 35.1%, dengan ruang untuk mengambil pinjaman sekitar MYR840j lagi (berdasarkan penyata kewangan 1Q26 yang terkini).

Butiran mengenai hartanah

Aset ini terdiri daripada dua tanah komersial bersambung dengan status pegangan pajakan selama 99 tahun (baki tempoh pajakan lebih kurang 68 tahun), di samping bangunan-bangunan pusat pengedaran, blok pejabat dan fasiliti sokongan. Hartanah ini mempunyai jumlah kawasan boleh disewakan sebanyak kira-kira 355 ribu kps (sekitar 2% daripada jumlah NLA) dan terletak di Bandar Saujana Putra dengan akses kepada Rangkaian Pusat Lebuh Raya Utara Selatan E6 atau ELITE, Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuh Raya Pesisir Barat (WCE), dan Lebuh Raya Shah Alam atau KESAS. Hal ini menyokong kegunaannya sebagai hab logistik dan pengedaran.

Pandangan kami

Kami memandang agak positif akan perjanjian ini, dan setelah ia selesai, kami menjangka ia akan memberikan sumbangan positif mulai FY27, dengan pendapatan sewaan tahunan sekitar MYR7.9j (kira-kira 2% daripada hasil FY27). Perkara ini diterjemahkan kepada kadar hasil kasar sebanyak 6.2% sebelum mengambil kira kos pembiayaan yang berkaitan dengan pinjaman baru. Kami menjangka pengambilalihan ini secara bersihnya akan menaikkan kadar hasil semasa Axis REIT untuk FY27F sebanyak 5.3%.

Sementara itu, tempoh pajakan semula selama 15 tahun kepada pengendali sedia ada, di samping kenaikan sewaan yang termasuk dalam perjanjian, menawarkan prospek jelas untuk pendapatan dalam jangka sederhana. Walaupun ia dibiayai sepenuhnya menggunakan hutang, paras hutang Axis REIT selepas memeterai perjanjian ini masih dalam keadaan terkawal, dengan adanya kapasiti kunci kira-kira yang mencukupi untuk langkah pengambilalihan lain.

Ramalan dan penilaian

Sementara menunggu selesainya pengambilalihan ini dan bayangan lanjut daripada pihak pengurusan, kami kekalkan ramalan perolehan dan TP MYR2.42 yang diperoleh melalui kaedah DDM (dengan kiraan premium ESG 2% kerana markah REIT ini ialah 3.1), iaitu kadar dividen kira-kira 5% untuk FY26F mengikut TP. Risiko negatif: Tiada pembaharuan bagi pajakan-pajakan REIT yang tamat tempoh, kadar turun naik harga sewa yang lebih rendah daripada jangkaan, dan cadangan pengambilalihan aset terbatal.

Asas Penilaian

Model diskaun dividen (DDM)

Faktor Pemacu Utama

Permintaan lebih tinggi untuk hartanah perindustrian yang disokong oleh penembusan pasaran e-dagang yang berterusan, penstrukturan semula rantai bekalan dan kemasukan pelaburan asing langsung yang kukuh dalam segmen pembuatan.

Risiko Utama

i. Pajakan yang tamat tempoh tidak diperbaharui
ii. Kadar turun naik harga sewa yang lebih rendah berbanding jangkaan
iii. Cadangan pengambilalihan aset dibatalkan

Profil Syarikat

Axis REIT sebuah REIT yang mempunyai portfolio perniagaan pelbagai, dan berpengkhususan dalam hartanah komersial dan perindustrian.

Carta Saranan

Penganalisis
Loong Kok Wen CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.