8 Nama Bon Unik Yang Mungkin Anda Tak Pernah Dengar

Pasti ramai yang tahu apa itu bon. Bon adalah sejenis instrumen pelaburan di mana syarikat besar atau kerajaan perlu untuk meminjam sejumlah wang yang besar. Mereka akan mengeluarkan bon (perjanjian) dan pelabur akan memberikan wang sebagai pinjaman.

Tapi, tahukah anda kewujudan nama-nama bon yang unik dan pelik? Terdapat bon yang diberikan nama makanan dan juga haiwan!

Jom kita lihat beberapa nama bon menarik yang ada di seluruh dunia.

1. Bon Kimchi

Daripada nama pun kita dah boleh agak dari negara mana. Bon Kimchi ini adalah bon yang bukan bermata wang Won (KRW) yang dikeluarkan di Korea Selatan. Bon ini menarik pelabur dari Korea Selatan yang ingin mempunyai pegangan hutang dalam mata wang asing.

2. Bon Dim Sum

Bon Dim Sum merupakan bon yang bermata wang Renminbi (RMB) yang dikeluarkan di Hong Kong. Bon Dim Sum pertama yang dikeluarkan adalah pada Julai 2007 oleh China Development Bank.

3. Bon Baklava

Sesuai dengan nama manisan yang diberi, bon Baklava berasal dari Turki. Bon ini menggunakan mata wang Lira (TRY) dan dikeluarkan oleh entiti tempatan atau entiti asing di Turki. Syarikat asing yang ingin melabur di Turki boleh memilih untuk mengeluarkan bon Baklava ini.

4. Bon Maple

Siapa yang tidak kenal lambang daun Maple yang sinonim dengan negara Kanada. Nama bon yang diinspirasikan daripada gula Maple ini pastinya juga berasal dari negara Kanada. Bon Maple adalah bon yang menggunakan mata wang Dollar (CAD) yang dijual di Kanada oleh syarikat dan institusi kewangan asing. Bon ini memberi peluang kepada pelabur tempatan untuk melabur di syarikat luar tanpa gusar dengan kesan penukaran mata wang.

5. Bon Kangaroo

Negara yang digelar sebagai “Land of Kangaroo”, mana lagi kalau bukan negara Australia. Bon Kangaroo ini dikeluarkan di Australia dalam mata wang Dollar (AUD). Bon ini juga dikenali dengan nama “Bon Matilda”. Kebanyakan bon Kangaroo dikeluarkan oleh Amerika Syarikat dan Jerman.

6. Bon Kiwi

Nama bon Kiwi ini bukan berasal daripada buah kiwi, tetapi daripada burung kiwi yang terkenal di New Zealand. Bon Kiwi ini menggunakan mata wang Dollar (NZD) dan hanya dikeluarkan untuk penduduk New Zealand. Bon ini menjadi alat pelaburan utama untuk pelabur persendirian di sana.

7. Bon Panda

Bon Panda pula berasal dari negara gergasi China. Negara tersebut yang melakukan diplomasi panda mengeluarkan bon ini. Bon Panda ini menggunakan mata wang Renminbi (RMB) dan dijual di negara China. Bon Panda pertama dikeluarkan pada Oktober 2005 pada hari yang sama oleh International Finance Corporation dan Asian Development Bank.

8. Bon Samurai

Bon Samurai semsetinya adalah bon dari negara matahari terbit. Bon ini pasti pernah didengar dalam kalangan kita. Negara kita mengeluarkan bon Samurai yang menggunakan mata wang Yen (JPY) bernilai JPY200 bilion! Negara Jepun bersetuju untuk membantu Malaysia untuk keluar dari kemelut hutang 1MDB.

Sumber Rujukan:

Definisi bon: https://www.investopedia.com/terms/b/bond.asp

Bon Kimchi: https://www.money-zine.com/definitions/investing-dictionary/kimchi-bonds/

Bon Dim Sum: https://www.investopedia.com/terms/d/dim-sum-bond.asp
https://en.wikipedia.org/wiki/Dim_sum_bond

Bon Baklava: https://www.money-zine.com/definitions/investing-dictionary/baklava-bonds/

Bon Maple: https://www.finpipe.com/what-is-a-maple-bond/

Bon Kangaroo: https://www.investopedia.com/terms/k/kangaroo_bond.asp

Bon Kiwi: https://www.investopedia.com/terms/k/kiwi-bond.asp

Bon Panda: https://en.wikipedia.org/wiki/Panda_bonds

Bon Samurai: https://loanstreet.com.my/learning-centre/what-is-samurai-bond-malaysia

Ditulis oleh Abang Yazree Hazwan. Penulis merupakan seorang Eksekutif di sebuah syarikat penyelidikan pasaran di Malaysia. Mempunyai pengalaman dalam bidang insurans/reinsurans di syarikat reinsurans tempatan

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Menyasarkan Semula Paras MYR4,680 Apabila Rentak Kenaikan Mengukuh

  • Kekalkan pegangan belian

FCPO mengalami permintaan yang kukuh pada hari Rabu dengan meningkat MYR42 untuk ditutup pada paras lebih tinggi sebanyak MYR4,578. Selepas membuka sesi dagangan pada harga lebih rendah iaitu MYR4,527, ia susut ke paras terendah intrahari pada MYR4,491 dan meningkat ke paras tertinggi pada MYR4,583. Sesi dagangan ini ditamatkan dengan corak lilin menaik, yang menandakan kembalinya minat belian. RSI yang bergerak ke atas semula menunjukkan bahawa momentum kembali menyebelahi para pedagang yang meramalkan kenaikan harga.

Mengikut pemerhatian kami, keadaan teknikal yang lebih meluas masih positif, dengan garisan SMA 50 dan 200 hari mengekalkan pergerakan ke atas. Sekiranya komoditi ini bergerak ke paras lebih tinggi, ia membuka ruang untuk penembusan paras rintangan melepasi harga MYR4,680. Hal ini patut menyambung trajektori kenaikan untuk menguji paras MYR4,800. Kami tetap berpegang pada bias dagangan positif melainkan harga jatuh bawah paras sokongan MYR4,400.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada penutupan 6 Mac, iaitu MYR4,367. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,400.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,500 dan diikuti oleh paras MYR4,400. Sebaliknya, paras rintangan terdekat ialah MYR4,680 dan diikuti oleh MYR4,800.