Anak Syarikat Eco World Development Terbit Sukuk Sulung Bernilai RM550 Juta

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) — Unit milik penuh Eco World Development Group Bhd, Eco World Capital Bhd, menghasilkan program sukuk wakalah dengan nilai nominal RM1.2 bilion dan berjaya menerbitkan sukuk sulungnya bernilai RM550 juta dengan tempoh lima tahun. 

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata program tersebut dijamin oleh Eco World Development dan diberi penarafan kredit akhir AA- IS(CG) dengan prospek stabil oleh MARC Ratings Bhd.

Hasil daripada terbitan sukuk itu akan digunakan bagi keperluan modal kerja, perbelanjaan modal dan pelaburan patuh Syariah Eco World Development dan anak syarikatnya dan atau mana-mana usaha sama yang ia terlibat.

Hasil itu juga akan digunakan bagi tujuan korporat am syarikat dan atau mana-mana usaha sama yang  Eco World Development terlibat dan atau bagi pembiayaan semula mana-mana pembiayaan sedia ada atau obligasi pembiayaan patuh Syariah pada masa depan dan atau mana-mana usaha sama. 

CIMB Investment Bank Bhd, HSBC Amanah Malaysia Bhd dan Maybank Investment Bank Bhd adalah penasihat prinsipal bersama dan Penyusun Utama Bersama bagi program sukuk wakalah manakala CIMB Investment Bank Bhd, HSBC Amanah Malaysia Bhd, Maybank Investment Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd adalah pengurus utama bersama bagi terbitan sukuk itu.

— BERNAMA

Artikel asal: https://thekapital.my/anak-syarikat-eco-world-development-terbit-sukuk-sulung-bernilai-rm550-juta/

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

FCPO: Kembali Ke Fasa Pengukuhan

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO ini menurun MYR9 semasa sesi dagangan lalu untuk ditutup pada harga MYR4,597. Pada hari Jumaat, komoditi ini memulakan dagangan pada paras MYR4,604. Pada awalnya, ia jatuh ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,575. Ia kemudiannya melantun ke paras tertinggi sesi tersebut pada MYR4,608 dan menutup dagangan pada MYR4,597. Di samping pergerakan RSI ke bawah, penutupan dagangan terkini yang menurun menunjukkan momentum menurun kembali menguat.

Komoditi ini mungkin akan melanjutkan fasa koreksi harga dan menguji paras sokongan semula pada MYR4,390. Sementara itu, garisan SMA 50 hari masih bergerak ke paras lebih rendah, lantas mengukuhkan keadaan pasaran menurun. Sekiranya komoditi ini mencatat pergerakan menaik, paras MYR4,700 akan menahan harga daripada menembusi paras berkenaan. Selagi FCPO terus berada di bawah paras ambang MYR4,700, kami tetap akan berpegang pada bias dagangan negatif.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,390 dan diikuti oleh paras sokongan lebih rendah pada MYR4,250. Paras rintangan pertama pula ialah MYR4,700 yang diikuti oleh paras MYR4,900.