Buku Malaysia Melabur

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-Nya, buku pertama kami bakal terbit dan akan berada di pasaran selepas tempoh PKP.

Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Buku Malaysia Melabur juga turut berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.

Rujukan : MPH Best 2020

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?

  • Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
  • Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
  • Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan

6 Sebab Kenapa Kena Beli Buku Ini

1. Sebagai tanda anda sayang kami 🙂

2. Pelbagai contoh dan bimbingan oleh mereka yang berada di sebalik keyboard laman web kewangan dan pelaburan popular di Malaysia, MajalahLabur.com.

3. Daripada beribu-ribu artikel yang telah kami terbitkan, ini adalah kompilasi wajib tahu!

4. Inilah buku yang menggabungkan ilmu, rahsia dan tips mahal; dalam bahasa santai yang senang faham.

5. Lepas habis baca, pilih dengan tenang pelaburan yang sesuai dengan jiwa

6. Dengan ilmu yang betul, barulah duit tidak hilang dan pelaburan semakin berkembang.

Cari ilmu dan melabur secara tenang untuk hidup lebih dari biasa.

Pre-order sekarang dengan harga RM35 termasuk penghantaran terus ke rumah -> https://www.majalahlabur.com/BukuMalaysiaMelabur

Buku dijangka siap dan mula dihantar pada awal Jun 2020.

Beli sekarang sebelum harga naik menjadi RM40, dan siapa cepat dia dapat!

Testimoni

“Majalah Labur adalah sumber rujukan yang terbaik untuk memantapkan ilmu berkaitan pelaburan dan kewangan. Buku ini mesti beli!”

Tuan Haji Mohd Asri, Mentor Pelaburan Saham #1 Malaysia

“MJ ingin mengucapkan Syabas kepada MAJALAH LABUR atas usaha yang istiqomah untuk memprogramkan minda masyarakat Malaysia untuk menyusun kewangan sehingga melibatkan diri dalam pelbagai instrumen pelaburan”

Puan Ieza Yusof / Mak Jerung, CEO & Founder Ieza Yusof Consultancy Sdn Bhd

“Pelaburan bukan soal wang, ia soal ilmu pengetahuan. Ramai orang hilang duit sebab mereka tiada ilmu pelaburan. Dengan ilmu, ia bukan sahaja dapat selamatkan duit kita, tetapi ia juga menambah wang kita untuk masa depan. Buku wajib ada bagi setiap manusia yang ingin bijak dalam pelaburan dan memiliki harta.”

Dr Azizul Azli Ahmad, Pensyarah, Pelabur Hartanah dan Penulis Kewangan

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Memandangkan pre-order telah pun tamat, boleh membuat pembelian secara online:

MPH Online
Kinokuniya
Lazada
Shopee

*Makluman muka surat 117 : Terdapat ralat pada muka surat ini, sepatutnya “Fatwa semua negeri di Malaysia menyatakan bahawa pelaburan ASB adalah harus.”

Previous ArticleNext Article

Ke Mana Perginya Duit Simpanan Tabung Haji Kita? Ini Jawapannya

Setiap kali kita menyimpan duit di Tabung Haji, ramai yang tahu tujuan utamanya adalah untuk menunaikan ibadah haji.

Tetapi pernah tak terfikir…

Ke mana sebenarnya Tabung Haji melaburkan wang simpanan lebih 9.7 juta pendeposit ini?

Adakah semuanya disimpan dalam bank?

Jawapannya tidak.

Seperti institusi pelaburan lain, Tabung Haji akan melaburkan dana pendeposit bagi menjana keuntungan. Bezanya, semua pelaburan perlu mematuhi prinsip Syariah serta mengambil kira tahap risiko yang sesuai kerana wang tersebut adalah amanah para pendeposit.

Berapa besar dana Tabung Haji?

Sehingga 31 Disember 2025:

PerkaraNilai
Pendeposit9.77 juta orang
Simpanan PendepositRM93.42 bilion
Jumlah AsetRM98.58 bilion
Pendapatan Pelaburan KasarRM4.64 bilion
Pulangan Pelaburan (ROI)5.01%

Ke Mana Perginya Duit Simpanan Tabung Haji?

Daripada keseluruhan portfolio pelaburan Tabung Haji pada tahun 2025:

Walaupun hanya 28% portfolio berada dalam ekuiti, kelas aset ini menyumbang 34% daripada jumlah pendapatan pelaburan TH. Sebaliknya, sekuriti pendapatan tetap membentuk 57% portfolio tetapi menyumbang 53% pendapatan, menunjukkan peranan utamanya sebagai sumber pulangan yang lebih stabil dan berisiko lebih rendah.

Ekuiti (Saham)

Sebanyak 28% daripada portfolio pelaburan Tabung Haji diperuntukkan kepada pelaburan ekuiti. Pelaburan ini merangkumi saham syarikat di Malaysia dan juga luar negara, selaras dengan strategi kepelbagaian portfolio bagi menjana pulangan jangka panjang.

Berdasarkan Laporan Tahunan 2025:

  • Ekuiti Domestik mencatat pulangan 5.47%
  • Ekuiti Luar Negara mencatat pulangan 7.03%
  • Private Equity pula merekodkan pulangan tertinggi iaitu 8.29% pada tahun 2025.

TH memegang ekuiti strategik dalam pelbagai syarikat terkemuka negara:

  • Bank Islam Malaysia Berhad (48.87%)
  • Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (30.80%)
  • TH Plantations Berhad (73.84%): Perladangan kelapa sawit tersenarai di Bursa Malaysia.
  • TH Properties Sdn. Bhd. (100%): Pembangunan hartanah & pembinaan.
  • TH Hotel & Residence Sdn. Bhd. (100%): Rangkaian hotel & pusat konvensyen Syariah.
  • TH Marine Holdings (L) Inc. (100%): Perkhidmatan logistik & sokongan marin offshore.

Menariknya, TH tidak berkongsi saham apa yang dimiliki atau pegangan terbesar mereka dalam Laporan Tahunan 2025. Jadi, kita hanya tahu pendedahan kepada ekuiti tempatan dan luar negara, tetapi tidak tahu nama kesemua syarikat-syarikat yang berada dalam portfolio tersebut.

Namun, berdasarkan maklumat pemilikan saham yang tersedia di Bursa Malaysia dan platform data pasaran, kita masih boleh mengenal pasti beberapa pegangan saham utama.

Antaranya ialah:

  • Focus Point Holdings Bhd – Tabung Haji muncul sebagai antara pemegang saham utama dengan pegangan sekitar 31.08 juta saham (5.06%) pada Julai 2026.
  • AEON Co. (M) Bhd – 71.39 juta saham
  • Gas Malaysia Bhd – 63.67 juta saham
  • Axis Real Estate Investment Trust (Axis REIT) – Tabung Haji memiliki kira-kira 6.24%, bersamaan 126.32 juta unit.
  • Farm Fresh Bhd – 56.13 juta saham
  • MR D.I.Y. Group – 127.51 juta saham
  • Orkim Bhd – 50.06 juta saham
  • Tenaga Nasional Berhad (TNB) – 73.52 juta saham
  • KPJ Healthcare Berhad – 43.29 juta saham
  • Solarvest Holdings Berhad – 25.26 juta saham
#SyarikatPeganganHarga Semasa (RM)Anggaran Nilai (RM Juta)
1Gas Malaysia Bhd63.67 juta5.27335.54
2Axis REIT126.32 juta1.92242.53
3MR D.I.Y. Group (M) Bhd127.51 juta1.61205.29
4Farm Fresh Bhd56.13 juta2.21124.05
5Tenaga Nasional Bhd73.52 juta14.561,070.45
6KPJ Healthcare Bhd43.29 juta3.12135.07
7AEON Co. (M) Bhd71.39 juta1.0574.96
8Solarvest Holdings Bhd25.26 juta3.0075.78
9Orkim Bhd50.06 juta0.8844.05
10Focus Point Holdings Bhd31.08 juta0.5115.85
Jumlah≈ RM2.32 bilion

Secara teori, jika semua pegangan ini dijual pada harga pasaran semasa, Tabung Haji berpotensi memperoleh sekitar RM2 bilion. Namun, angka ini hanyalah anggaran berdasarkan harga saham semasa dan tidak semestinya jumlah sebenar yang akan diterima.

Nilainya memang sekitar RM2 bilion berdasarkan harga semasa. Tetapi itu tidak bermaksud Tabung Haji perlu menjual saham-saham ini. Selagi syarikat terus mencatat prestasi yang baik dan membayar dividen, pegangan tersebut boleh terus menjana pendapatan kepada Tabung Haji sambil berpotensi meningkat nilainya dari semasa ke semasa.

Ini baru 10 syarikat yang berjaya dikenal pasti melalui rekod pemilikan saham awam. Sangat berkemungkinan masih terdapat banyak lagi pegangan ekuiti Tabung Haji yang tidak tersenarai di sini.

Nota: Maklumat pegangan diperoleh daripada sumber awam dan bukan senarai lengkap portfolio ekuiti Tabung Haji. Nilai anggaran adalah berdasarkan harga pasaran semasa ketika artikel ini disediakan dan tertakluk kepada perubahan harga saham.

Kenapa Tidak Labur Semua Duit Dalam Saham?

Kalau semua wang dilaburkan ke saham, pulangan mungkin lebih tinggi ketika pasaran naik.

Tetapi…

Apabila pasaran jatuh, nilai simpanan juga boleh terjejas dengan besar.

Sebab itu TH menggunakan strategi kepelbagaian pelaburan (diversification) supaya risiko lebih seimbang.

Bagaimana Pula dengan Ekuiti Swasta (Private Equity)?

Selain saham syarikat tersenarai, Tabung Haji turut melabur dalam ekuiti swasta (private equity). Menariknya, kelas aset ini mencatat pulangan pelaburan 8.29% pada tahun 2025, iaitu lebih tinggi berbanding ekuiti domestik (5.47%) dan ekuiti luar negara (7.03%).

Walau bagaimanapun, Laporan Tahunan 2025 tidak mendedahkan syarikat atau dana ekuiti swasta yang menjadi pegangan Tabung Haji.

Pelaburan ekuiti swasta menyumbang pulangan yang baik kepada Tabung Haji, namun maklumat mengenainya masih agak terhad dalam laporan tahunan. Pada masa hadapan, adalah wajar Tabung Haji mempertimbangkan pendedahan yang lebih terperinci mengenai portfolio ekuiti swasta, sekurang-kurangnya bagi pegangan utama. Ini akan membolehkan pendeposit memahami dengan lebih jelas bagaimana dana mereka diurus serta meningkatkan tahap ketelusan institusi.

Siapa Yang Menguruskan Pelaburan Tabung Haji?

Pengurusan pelaburan Tabung Haji tidak dibuat oleh seorang individu, sebaliknya diurus oleh pasukan pelaburan profesional yang terdiri daripada pengurus dana, penganalisis pelaburan dan pengurusan TH. Semua aktiviti pelaburan dipantau oleh Panel Pelaburan (Investment Panel), iaitu jawatankuasa yang bertanggungjawab merangka strategi, dasar dan hala tuju pelaburan serta memastikan setiap keputusan selaras dengan objektif Tabung Haji, peraturan yang berkuat kuasa dan prinsip syariah. Laporan Tahunan 2025 turut menunjukkan bahawa TH mempunyai Pengurus Dana Ekuiti (Equity Fund Managers) yang memantau prestasi portfolio secara berkala, manakala pengurusan tertinggi diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewangan dan pelaburan.

Penutup

Ramai melihat Tabung Haji sekadar tempat menyimpan wang untuk menunaikan ibadah haji. Hakikatnya, setiap ringgit yang disimpan diurus secara profesional melalui portfolio pelaburan yang dipelbagaikan dan mematuhi prinsip Syariah.

Strategi ini bertujuan mengimbangi antara pulangan, risiko dan kecairan, supaya Tabung Haji mampu terus memberikan agihan keuntungan yang kompetitif, melindungi simpanan pendeposit serta memastikan urusan haji dapat dilaksanakan secara mampan untuk jutaan rakyat Malaysia.

Sebagai pendeposit, memahami ke mana wang kita dilaburkan bukan sahaja menambah keyakinan terhadap pengurusan Tabung Haji, malah membantu kita menghargai bagaimana simpanan tersebut diurus bagi mencapai matlamat jangka panjang dan bukan sekadar untuk memperoleh pulangan, tetapi juga sebagai persediaan menunaikan rukun Islam kelima.

Penafian: Artikel ini bertujuan memberi kefahaman tentang bagaimana Tabung Haji mengurus dan melaburkan dana pendeposit berdasarkan maklumat yang didedahkan dalam Laporan Tahunan 2025. Ia bukan merupakan nasihat pelaburan. Sebarang perubahan dasar, strategi pelaburan atau komposisi portfolio adalah tertakluk kepada pengumuman rasmi Tabung Haji.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!