FCPO: Melepasi Paras Psikologi RM4,000

  • Henti rugi tercetus; mulakan pegangan belian

FCPO dilihat memecah paras rintangan RM4,000 dan ditutup lebih kukuh pada harga RM4,094. Komoditi ini memulakan sesi dagangan semalam pada RM4,030. Selepas mencecah paras tertinggi pada RM4,103 dan paras terendah RM4,029 pada hari berkenaan, ia menutup dagangan pada harga RM4,094.

Pergerakan harga semasa yang meningkat melepasi paras rintangan, di samping kenaikan RSI melebihi paras ambang 50% menandakan momentum menaik menguasai pasaran dengan kuatnya. Mereka yang menjangkakan kenaikan harga menunggu harga untuk menguji paras rintangan berikutnya pada RM4,100 dan keadaan pasaran dilihat memihak kepada mereka selepas komoditi ini bergerak melepasi garisan SMA 50 hari. Sekiranya jualan komoditi berlaku, harga mungkin akan kembali susut ke arah paras sokongan RM4,000.

Memandangkan rentak menaik semakin rancak dan FCPO sudah menutup dagangan di atas paras ambang RM4,000,kami mengubah pendirian untuk beralih kepada bias dagangan positif. Kami sudah menamatkan pegangan jualan (yang dimulakan pada RM4,328 atau penutupan 4 Apr) selepas paras henti rugi pada RM4,000 ditembusi. Sebaliknya, kami memulakan pegangan belian pada penutupan 16 Feb, iaitu RM4,094.

Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada:

  • Paras ambang henti rugi sekarang ditetapkan pada RM3,850.
  • Paras sokongan pertama ditetapkan pada RM4,000 dan diikuti oleh RM3,850.
  • Dalam hal sebaliknya, paras rintangan terdekat ditambatkan pada RM4,100 dan disusuli oleh RM4,300.

Nak Mula Trade FCPO?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Nak tahu strategi terbaik untuk trade FCPO? Nak dapatkan pulangan yang baik, tak kira pasaran menaik atau menurun?

Belajar dulu.

Kemudian mula dengan modal yang paling minimum. Bukan trade dulu kemudian baru belajar.

Ini bukan kelas PREVIEW. Terus belajar teknik penting untuk berdagang FCPO.
Yang penting, akan dapat ilmu dengan yuran yang berbaloi-baloi!

Klik link di bawah untuk daftar sebelum sold out 👉 👉 SAYA NAK TRADE FCPO

Previous ArticleNext Article

FCPO: Pemulihan Harga Yang Sementara

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO meneruskan lantunan teknikalnya untuk sesi kedua pada hari Selasa apabila menaik MYR23 untuk ditutup pada paras MYR4,496. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada harga MYR4,461. Pada awalnya, ia jatuh kepada paras terendah bernilai MYR4,445 sebelum sentimen menaik membawanya lebih tinggi kepada paras MYR4,510. Walaupun penutupan dagangan positif, pergerakan menaik ini hanyalah dianggap sebagai satu koreksi harga dalam trend pasaran yang menurun. Komoditi ini terus berada di bawah garisan SMA 50 hari yang sekarang berperanan sebagai rintangan overhed yang dinamik.

Apabila harga menaik, paras rintangan kuat dijangka muncul pada paras MYR4,700. Berdasarkan pasaran teknikal ini, mereka yang menjangkakan penurunan harga masih mempunyai kelebihan teknikal. FCPO mungkin menyambung semula koreksi harga sebaik sahaja ia gagal menembusi paras rintangan overhed yang dinamik itu – garisan SMA 50 hari. Buat masa sekarang, kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi kekal kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama ialah MYR4,390, yang diikuti oleh paras MYR4,300. Sementara itu, paras rintangan pertama kini berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840.