Modal Melabur Serendah RM10, Berpeluang MAE-nang Myvi?

Walau sebesar mana pendapatan kita, jika tidak diurus dengan baik, ia akan hilang begitu sahaja atau semakin mengecil nilainya.

Bagaimana cara terbaik melindungi nilai wang kita daripada mengecil? Salah satu caranya adalah dengan melaburkan wang itu dalam produk pelaburan yang memberi pulangan.

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah syarikat pengurusan unit amanah terbesar di negara ini. Bagi yang ingin mendapatkan pulangan setiap tahun, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) memang tempat terbaik untuk anda melabur dengan risiko yang rendah. 

Dahulu, urusniaga ASNB hanya boleh dilakukan di kaunter–kaunter pejabat POS, bank atau cawangan pejabat ASNB berhampiran dan perlu menggunakan buku akaun.

Sekarang dah senang. Guna aplikasi MAE atau laman web Maybank2u pun boleh.

Baca juga: Jenis Pelaburan Yang Terbaik Pada Tahun 2022?
Saham Amanah PNB Sudah Jatuh Hukum Harus Di Seluruh Negara

Melabur Sambil Menang Hadiah? 

Haa… Maybank sedang mengadakan kempen yang berlangsung dari 1 Oktober hingga 30 November 2022. Hadiah besar untuk para pengguna aplikasi MAE dan laman web Maybank2u. Anda berpeluang untuk menang hadiah tunai sehingga RM500 atau paling padu, bawa pulang hadiah utama sebuah Perodua Myvi 1.3L G.  

Semestinya ini galakan menarik untuk anda melabur ASNB dengan lebih kerap. Tidak perlu banyak, cukup serendah RM10 per transaksi. Hanya pastikan anda menggunakan saluran transaksi yang betul. Buat para pengguna aplikasi MAE dan laman web Maybank2u, kempen ini terutamanya untuk anda. Ada sebulan lebih sahaja lagi, kena cepat bertindak!

Macam Mana Nak Sertai?

  1. Guna aplikasi MAE

Senang sangat! Buka aplikasi MAE dan buat pindahan duit untuk akaun ASNB anda dengan langkah-langkah berikut:

1. Log masuk aplikasi MAE dan tekan ‘Transfer

2. Pergi ke ‘ASNB’ > pilih ‘ASNB Transfer’

3. Masukkan butiran pemindahan dan selesaikan transaksi anda

Tiada aplikasi MAE lagi? Anda boleh muat turun di sini: 

(Apple): https://apps.apple.com/my/app/mae-by-maybank2u

(Android): https://play.google.com/store/apps/details?id=com.maybank2u.life&hl=en&gl=US

Sebenarnya, dengan aplikasi MAE ini anda bukan sahaja boleh melabur dalam dana-dana ASNB, anda juga boleh bayar bil, isi semula prabayar mudah alih dan macam-macam lagi. Memang best bila muat turun aplikasi ini. Paling best sekali, walaupun anda tiada akaun bersama Maybank, anda masih boleh daftar untuk akaun MAE secara percuma!

2. Guna Laman Web Maybank2u

Kalau anda nak labur menggunakan laman web Maybank2u, boleh rujuk sini:

1. Log masuk ke akaun anda di Maybank2u.com.my 

2. Kemudian klik ‘Pay & Transfer’

3. Klik ‘Transfer’ dan pilih ‘ASNB Accounts’

4. Masukkan butiran pemindahan dan selesaikan transaksi anda

Syaratnya pun mudah sahaja. Cuba semak di bawah:

  1. Semestinya warganegara Malaysia.
  2. Pemegang akaun MAE atau mempunyai akaun berdaftar Maybank2u yang sah.
  3. Buat pelaburan ASNB, dengan nilai minimum RM10 melalui aplikasi MAE atau laman web Maybank2u.

Lebih Banyak Transaksi, Lebih Tinggi Peluang Untuk MAE-Nang

Jumlah pelaburan kecil tidak menjadi masalah. Asalkan lebih banyak transaksi yang dilakukan, maka lebih tinggi peluang untuk anda bawa pulang hadiah yang lebih besar.

Pertandingan ini terbuka untuk dimenangi oleh sesiapa sahaja yang memenuhi syarat penyertaan. Sekalipun jumlah pelaburan anda kecil, anda juga ada peluang untuk menang.

Ingat, transaksi minimum hanya untuk sertai kempen ini.

Nak Tahu Hadiah Apa Yang Anda Berpeluang Dapat?

Dengan minimum tiga transaksi sahaja anda sudah berpeluang untuk memenangi wang tunai RM50. Kalau nak rebut peluang dapat hadiah utama, kena buat lagi banyak transaksi.

Pemenang akan dipilih secara rawak dan diumumkan dalam masa sembilan puluh hari selepas tempoh kempen. Jom rebut peluang ini!

Mula Sekarang Sebelum Kempen Tamat 30 Nov Ini

Jadi, cepat buat pelaburan anda hari ini! Kempen ini akan tamat pada 30 November 2022. Lebih kurang sebulan sahaja lagi dari sekarang. Jangan lengah lagi.

Ingat! Boleh mula dengan modal serendah RM10 sahaja. Ini fakta, bukan auta!

Untuk maklumat lanjut, boleh semak di link ini:

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.