Jenis Pelaburan Yang Terbaik Pada Tahun 2022?

Sejak pandemik COVID-19, ekonomi telah merudum tetapi bagi pasaran pelaburan, ia telah berkembang.

Biasanya pada awal tahun baru, ramai yang bersemangat mencari alternatif untuk mengembangkan duit sedia ada.

Pelaburan yang terbaik adalah pelaburan yang kita tahu dan faham risiko keuntungan dan kerugiannya. Jangan percaya sangat dengan cakap member semata-mata.

Mari kami kongsikan antara jenis pelaburan yang boleh dipertimbangkan. Semoga bermanfaat buat anda.

Di Mana Saya Boleh Laburkan RM1,000?

1. Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)

Amanah Saham Nasional Berhad atau dikenali sebagai ASNB adalah satu bentuk pelaburan yang dibuat oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan kaedah pelaburan yang teratur. Pelaburan ASNB sangat popular di kalangan masyarakat bumiputera.

Untuk memberi pulangan yang menarik setiap tahun, ASNB perlu gunakan dana daripada orang ramai untuk melabur bagi menjana pulangan yang tinggi. Dan salah satu tempat yang ASNB laburkan adalah di dalam pasaran saham.

Setiap tahun, ASNB akan mengumumkan dividen kepada semua pemegang unit amanahnya.

Baca juga Saham Amanah PNB Sudah Jatuh Hukum Harus Di Seluruh Negara

2. Pelaburan Emas

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pernah menerbitkan panduan Parameter Syariah ke atas Dana Dagangan Bursa Islam berasaskan Emas dan Perak pada 2014.

Jika dahulu ia disifatkan sebagai komoditi yang pasif, kini emas pula boleh memainkan peranan yang lebih banyak untuk meningkatkan kekuasaan dan kekayaan bagi orang Islam secara langsung di seluruh dunia.

Jika baru berjinak di dalam dunia pelaburan, emas boleh menjadi antara pilihan. Mengapa? Sebab, emas boleh memberi perlindungan terhadap inflasi. Dan kerana sumber emas yang terhad, ianya juga akan kekal bernilai.

Emas fizikal mempunyai daya tarikan tersendiri dan harga yang stabil membuatkannya sering digunakan untuk tujuan pelaburan. Namun, pelaburan emas tidak memberikan pulangan dividen.

Cara untuk mendapatkan wang melalui pelaburan emas adalah dengan membeli pada harga yang rendah dan menjualnya pada kadar harga yang lebih tinggi.

Panduan percuma :

  1. Pelaburan Emas, Sesuai Untuk Anda Atau Tidak?
  2. 4 Sebab Wajib Perlu Jadikan Emas Sebagai Simpanan Kedua
  3. 5 Kesilapan Yang Sering Dilakukan Pelabur Emas
  4. Tutorial Beli Emas Secara Online

3. Pelaburan Hartanah

Pelaburan hartanah pula merupakan antara pelaburan yang paling popular di dunia. Apa yang menjadikannya amat popular adalah kerana permintaannya yang stabil dan harganya yang sentiasa meningkat. Ia sama seperti konsep anda beli rumah dan jadikan rumah itu sebagai aset untuk menyewa, menjual dan lain-lain aktiviti.

Panduan percuma :

  1. 6 Cara Elak Daripada Ditipu Dalam Urusan Jual Beli Hartanah
  2. Nak Beli Hartanah Pelaburan, Tapi Tak Tahu Yang Mana Satu?
  3. iProperty.com.my: Cara Merangsang Pemulihan Pasaran Hartanah Kediaman Malaysia Melalui Belanjawan 2022
  4. 6 Langkah Memulakan Pelaburan Hartanah Untuk Newbie

4. Pelaburan Saham

Setiap tahun pasti kita akan dengar pasaran saham tak menentulah….tengah jatuhlah……

Ya memang betul tetapi kita bukan nak beli semua saham. Kita hanya perlu memberi fokus kepada saham-saham yang kita rasa berpotensi untuk pergi jauh. Jika tidak berminat dengan pasaran saham Bursa Malaysia, kita juga boleh mula melabur ke pasaran saham Wall Street (US).

Panduan percuma :

  1. Market Outlook 2022. Apa Kata Tuan Nik Ihsan?
  2. Syarikat Mana Yang Banyak Beri Dividen Tahun 2021?
  3. Top 5 Prestasi IPO Untuk Tahun 2021
  4. Saham Yang Sama, Beli Jual Berulang Kali
  5. Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Wall Street 2021
  6. Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia

5. Pelaburan Unit Trust

Pelaburan unit trust atau unit amanah ini adalah sejenis pelaburan dimana pelabur akan mengumpulkan dana mereka kepada syarikat yang akan melabur dana tersebut. Kemudian, dana tadi akan diuruskan oleh Pengurus Dana untuk menperolehi keuntungan daripada dana tersebut.

Pelaburan unit trust ini sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai pengalaman dalam pelaburan.

Baca juga :

  1. Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Unit Trust Dan 5 Kelebihan Unit Trust.
  2. Labur Unit Trust Guna Akaun 1 KWSP
  3. Unit Trust vs Emas, Mana Lebih Baik?
  4. Mana Lagi Bagus, Private Mandate Atau Unit Trust?

Kita perlu ingat, pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan duit modal. Prestasi instrumen tersebut pada masa lalu pula tidak menjamin akan terus untung pada masa depan.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

FCPO: Lantunan Melawan Arus Namun Trend Menurun Masih Berlangsung

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mencatat lantunan melawan arus trend semalam apabila menaik MYR13 untuk ditutup pada paras MYR4,551. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras lebih rendah iaitu sebanyak MYR4,534. Ia jatuh kepada paras terendah sesi hari itu sebanyak MYR4,528 sebelum minat pembelian yang kuat muncul, lalu membawanya kepada paras tertinggi berjumlah MYR4,580. Akhirnya, ia menutup dagangan berhampiran paras tertinggi berkenaan dan membentuk corak lilin menaik. Pergerakan harga yang positif ini dianggap sebagai lantunan yang melawan arus trend. RSI sekarang semakin meningkat, sekali gus menunjukkan momentum menaik kembali muncul.

Walaupun mengalami kenaikan harga, komoditi ini masih lagi berada di bawah garisan SMA 50 hari, yang mengesahkan bahawa struktur pasaran menurun dalam jangka sederhana masih kuat. Kami ramalkan tekanan jualan akan kembali menghampiri garisan SMA 50 hari sekiranya momentum menaik bertahan. Buat masa sekarang, kami tetap berpegang pada bias dagangan negatif melainkan FCPO melepasi paras MYR4,700.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi kekal kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840.