RSI Dalam Trading

Pernahkah anda menggunakan RSI dalam menganalisis pasaran? Jika belum, mari kenali apa itu RSI.

RSI atau Relative Strength Index adalah indicator yang dicipta oleh J.Welles Wilder pada tahun 1978. Ia merupakan salah satu indicator oscillator yang popular dalam kalangan pedagang.

RSI ditunjukkan dengan satu garisan graf bergerak yang mempunyai nilai bacaan 0 hingga 100. Ia berfungsi untuk mengukur kekuatan momentum harga pasaran sama ada menjadi overbought (di atas 70%) atau oversold (di bawah 30%).

Overbought bermaksud harga menjadi terlalu mahal dan pasaran berkemungkinan akan mula turun tidak lama lagi. Manakala oversold pula harga menjadi terlalu murah dan kemungkinan harga akan naik.

RSI merupakan indicator tambahan yang boleh membantu pedagang menentukan untuk membuka posisi membeli ataupun menjual. Ia juga boleh digunakan sebagai panduan tambahan untuk menutup posisi trading.

RSI 14

Setting default RSI adalah 14 yang mana ia membawa maksud tempoh data 14 candlestick yang terakhir. Ianya bergantung kepada time-frame yang digunakan. Sekiranya anda menggunakan time-frame H1 (1 jam), data RSI adalah dari 14 jam yang lepas. Begitulah seterusnya.

Aturan posisi membeli menggunakan RSI

  1. Menunggu nilai RSI turun hingga ke area oversold, iaitu di bawah 30.
  2. Agar lebih meyakinkan, pastikan terdapat candlestick bullish saat RSI melepasi posisi oversold. Pada saat ini, jangan terburu-buru, tunggu sehingga candlestick close.
  3. Pada pembukaan candlestick selanjutnya, barulah peluang membuka posisi membeli.
  4. Pastikan anda mempunyai trading plan terlebih dahulu sebelum membuka posisi trading.

Aturan posisi menjual menggunakan RSI

  1. Pastikan nilai RSI berada di atas 70, iaitu ketika pasaran telahpun overbought. Tunggu hingga RSI tersebut berbalik turun ke bawah angka 70.
  2. Perlu ada candlestick bearish ketika RSI berada di atas angka 70 dan sama juga seperti aturan membeli, tunggu candlestick selesai atau close terlebih dahulu.
  3. Pada pembukaan candlestick selanjutnya, barulah peluang membuka posisi menjual.
  4. Pastikan anda mempunyai trading plan terlebih dahulu sebelum membuka posisi trading.

Pada dasarnya, RSI mudah digunakan, namun begitu, anda tidak seharusnya bergantung kepada indicator RSI semata-mata. Konsepnya berpandukan pada overbought dan oversold sahaja.

Semua indikator yang ada hanya untuk membantu dan memudahkan kita untuk membuat keputusan. Sebaiknya buat juga kajian teknikal analisis lain yang menguatkan analisa kita.

Previous ArticleNext Article

FCPO: Penurunan Harga Kian Menguat

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak pada hari Jumaat apabila menyusut MYR76 untuk ditutup pada harga MYR4,475. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,560. Ia mencecah paras tertinggi intrahari pada MYR4,577 sebelum kegiatan jualan yang besar mengheretnya ke arah paras terendah sesi tersebut pada MYR4,455. Ia kemudiannya menutup dagangan berhampiran paras terendah sesi hari itu dengan corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan FCPO menurun ke arah paras sokongan terdekat bernilai MYR4,390. RSI berada dalam zon menurun, lalu memberikan isyarat bahawa momentum menurun adalah kukuh dan mungkin akan berlarutan. Komoditi ini sekarang diramalkan untuk menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana sentimen menurun jelas menguasai pasaran.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih dikekalkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,600.