Jangan Buat 6 Kesilapan Ini Apabila Hendak Bayar Balik Pinjaman Pelajaran

Kaedah ini diinspirasikan daripada kisah Melanie Lockert yang telah berjaya membayar habis hutang pinjaman pelajarannya sebanyak $80,000 ketika berusia 31 tahun.

Jom lihat apa yang beliau buat.

1. Ikut Firasat Dan Rasa

Bila kita berhutang, ini akan membuat kita rasa kurang selesa. Jadi, kita mesti bayar hutang kita untuk membuatkan kita berasa lebih selesa. Jangan abaikan kerana ini akan menyebabkan kita rasa terhimpit dan lebih teruk lagi apabila kita kena “blacklist”.

Lockert mencadangkan untuk membayar hutang yang paling banyak dahulu. Bayar hutang seperti hutang kad kredit dan pinjaman pelajaran yang menyebabkan kita rasa tak sedap hati.

2. Jangan Bayar Amaun Minimum

Lockert sebelumnya membuat kesilapan kerana hanya membayar jumlah minimum untuk pinjamannya seperti membayar bil setiap bulan. Jika kita hendak bebas hutang dengan cepat, kita seharusnya membayar lebih.

Bayaran minimum adalah syarat yang diletakkan tetapi tidak harus diikut. Kita boleh membayar dengan lebih cepat daripada jangkaan pelan pinjaman.

Bayaran minimum juga menjadikan kita lebih sukar untuk membuat rayuan bayar balik pinjaman seperti memanjangkan tempoh bayar balik atau meminta pengurangan bayaran.

3. Dapatkan Pencerahan Secepat Mungkin

Ramai sebenarnya yang tidak tahu atau pun tidak ambil kisah tentang kadar faedah yang dikenakan apabila membuat pinjaman. Kita selalu terlepas pandang kos pinjaman dan tidak mengambil kira kesannya terhadap kewangan kita.

Kita boleh selesaikan pinjaman dengan cara ‘avalanche’ sekiranya kita tahu berapa kadar faedah yang dikenakan. Bayar dahulu pinjaman yang mempunyai kadar faedah yang tertinggi diikuti yang lain.

4. Pilih Pelan Bayaran Yang Tepat

Ada yang lebih selesa dengan kaedah bayaran ‘snowball’. Ada juga yang lebih gemar dengan cara ‘avalanche’. Yang paling penting sebenarnya adalah motivasi diri untuk membuat bayaran dan terus konsisten dengan cara yang dipilih.

Pelan bayaran yang paling tepat dengan diri kita sebenarnya adalah cara bayaran yang kita boleh ikut dengan konsisten.

5. Jangan Terlewat Bayar

Jika kita tidak membayar pada masa yang sepatutnya, ini boleh membawa kepada kesalahan dan juga tambahan kadar faedah yang dikenakan. Lockert memberitahu bahawa kita perlu meletakkan peringatan tarikh akhir bayaran setiap bulan di kalendar.

Satu cara lagi untuk mengelakkan kita terlewat membayar adalah dengan membuat bayaran secara autodebit. Jangan sampai jadi overdraf yang boleh menambahkan beban kewangan kita.

6. Kenali Pemberi Pinjaman

Kalau di Malaysia, kita tahu pemberi pinjaman seperti PTPTN, MARA dan sebagainya. Kita harus tahu di mana hendak membuat bayaran balik dan siapa yang kita boleh hubungi jika kita mempunyai sebarang pertanyaan.

Kita juga boleh menghubungi mereka jika kita mempunyai masalah untuk membayar balik dengan memberitahu mereka keadaan kewangan kita. Mereka boleh membantu memberikan cadangan untuk mengelakkan pinjaman kita menjadi default.

Ditulis oleh Abang Yazree Hazwan. Penulis merupakan seorang Eksekutif di sebuah syarikat penyelidikan pasaran di Malaysia. Mempunyai pengalaman dalam bidang insurans/reinsurans di syarikat reinsurans tempatan.

Sumber Rujukan: https://www.cnbc.com/2019/12/17/dont-make-these-six-student-loan-repayment-mistakes.html

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!