10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Tahun 2017 (Kategori Mid Caps)

Sekarang kita tengok pula prestasi saham-saham yang dikenali sebagai Mid Caps di Bursa Malaysia, iaitu saham yang bernilai RM500 juta sehingga RM1 bilion. Boleh dikatakan syarikat-syarikat ini adalah lebih kukuh dan lebih dikenali di kalangan pelabur.

Nota :
Market Capitalization = Nilai sesuatu saham
Market Capitalization = Harga Saham x Jumlah Volume Saham

 

Kalau diikutkan, saham-saham syarikat Mid Caps ini kenaikannya tidaklah begitu mendadak sangat seperti saham-saham syarikat Small Caps di mana kesemua top 10 dalam senarai naik lebih daripada 200%.

Siapa Nak Bagi Keuntungan 338% Setahun?

Nak pilih saham yang berkualiti dan berpotensi tinggi, kita perlu melakukan Fundamental Analysis bagi mengetahui syarikat-syarikat yang mempunyai kewangan yang kukuh dan berprestasi tinggi supaya kita tahu saham apa yang boleh dibeli, dan kemudiannya baru kita lakukan Technical Analysis bagi menentukan masa yang sesuai untuk beli saham tersebut.

Rajin-rajinlah buat dua analisa di atas, agar anda mendapat hidayah saham apa untuk dibeli pada tahun 2018 ini.

  1. Lion Industries Corporation
  2. JHM Consolidation
  3. Excel Force MSC
  4. D & O Green Technologies
  5. Pentamaster Corporation
  6. Gabungan AQRS
  7. ML Global
  8. Tong Herr Resources
  9. KESM Industries
  10. Elsoft Research

Untung rugi itu lumrah dalam pelaburan saham. Senarai saham paling untung untuk 2018 berkemungkinan besar terdiri daripada syarikat yang sama juga. Jadi masih nak tunggu lagi? Nak buka akaun saham (CDS)? Banyak tutorial telah kami sediakan. Cuba belek-belek dan baca.

Jom sempena permulaan tahun 2018 ini kita bangkit dari kehidupan yang biasa-biasa dan mula belajar asas pelaburan saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Baca juga Senarai Sifu-Sifu Saham & Kewangan Di Malaysia

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.