10 Tips Uruskan Kerugian Saham – Siri 2

Rentetan daripada 10 Tips Uruskan Kerugian – Siri 1, ini merupakan artikel selanjutnya untuk rujukan anda semua. Ingat lagi yang tak semua dalam pelaburan saham itu indah?

Ya, bukan setiap daripada trade kita akan berjaya membuat keuntungan. Hidup ini kan seperti roda? Adakala kita di atas dan adakalanya kita berada di bawah.

Sebagai seorang pelabur, kita perlu sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan. Jika kita berjaya membuat keuntungan sekalipun, perlu ada cara untuk menguruskan keuntungan tersebut. Inikan pula jika anda kerugian, sudah semestinya perlu untuk anda menguruskan kerugian tersebut dengan baik.

6. Peristiwa Itu Dijadikan Motivasi

Ambil iktibar akan perkara yang telah berlaku dan move on daripada peristiwa lalu. Tanam dalam diri anda bahawa dengan kerugian yang dialami itu akan menaikkan semangat anda untuk terus melabur sehingga berjaya.

Mungkin peristiwa ini akan membantu anda menjadi pelabur yang bersungguh-sungguh untuk menjana keuntungan selepas ini. Siapa tahu kan?

7. Kaji Kenapa Kerugian Berlaku

Ini penting. Kaji semula kenapa kerugian ini berlaku. Jika anda dah tahu sebabnya, jangan ulangi perkara sama di masa hadapan. Belajar daripada pengalaman sendiri dan ia akan mematangkan diri kita dalam dunia pelaburan.

8. Ingat Semula ‘Big Why’

Ingat lagi apa ‘Big Why’ anda menyertai pelaburan saham? Jadi, bersabar dan jangan berputus asa. Inilah asam garam dalam pelaburan.

Mempunyai ‘Big Why’ yang jelas dan ‘kuat’ attachment-nya terhadap diri anda dapat membantu anda untuk meneruskan perjuangan dalam apa yang anda lakukan. Jadi, pastikan anda sendiri jelas dengan apa yang anda mahukan dan terus berusaha.

9. Latih Buat ‘Trade’ Olok-Olok

Jika anda selalu sangat menghadapi kerugian, atau anda kurang ‘kekuatan’ untuk melabur, adalah lebih baik untuk anda cuba dahulu trade olok-olok. Lihat semula teknik yang anda gunakan sama ada berkesan atau tidak.

Melalui trade olok-olok ini akan membantu anda untuk membuat adjustment kepada teknik yang anda gunakan dan anda pasti akan dapat belajar sesuatu daripadanya. Jika sekadar mahu cuba-cuba, lebih baik gunakan trade olok-olok ini. Duit pun tak rugi!

10. Mula Dengan Modal Kecil

Mulakan pelaburan anda dengan menggunakan modal yang kecil. Lihat bagaimana anda boleh menjana keuntungan dengan cara anda trade. Jumlah wang itu tidak penting tetapi apa yang penting adalah kadar peratusan keuntungan yang anda dapat.

Teruskan membuat keuntungan dengan konsisten. Daripada situ, ia akan membantu anda membina keyakinan untuk melabur dan menggunakan modal pelaburan yang lebih tinggi.

Jadi, jangan risau jika anda masih dalam kerugian ketika ini. Amalkan tips-tips yang telah diberikan, dan semoga kita semua sama-sama berjaya dalam pelaburan saham.

Selamat melabur!

Artikel ini dibawakan khas oleh Asri Ahmad Academy. Jika anda betul-betul ZERO dalam pelaburan saham, anda boleh mendaftar webinar anjuran Asri Ahmad Academy bersama Bursa Malaysia di sini.

Previous ArticleNext Article

Saham Apa Nak Beli Masa Muda, Sesuai Peram 10–20 Tahun?

Soalan yang selalu berlegar dalam kepala ramai orang:

“Dekat Malaysia ni, saham apa yang kalau kita beli masa muda, simpan 10–20 tahun, lepas tu dia naik meroket dan jadikan kita kaya?”

Memang senang kalau boleh jawab macam ni:

“Beli je saham ABC ni, duduk diam, dah tua nanti confirm kaya.”

Tapi jawapan yang jujur tak semudah itu.

Dalam dunia pelaburan, yang tentukan kita senang bila tua nanti bukan bergantung pada satu saham, tapi:

1. Bisnes di belakang saham tu berkembang atau tidak 
2. Masa (berapa lama kita beri peluang compounding bekerja) 
3. Disiplin menambah modal dan tidak cepat gelabah

Jom tengok tiga contoh saham Bursa Malaysia yang ramai kenal: Hartalega, Gamuda dan Press Metal.

1. Hartalega – contoh saham “meroket”, tapi lepas tu….

Hartalega ialah syarikat pengeluar sarung tangan getah (glove).

Apa yang berlaku dalam lebih kurang 10 tahun kebelakangan ini:

  • Ada beberapa tahun sangat kuat, contohnya tahun-tahun di mana syarikat berjaya naikkan kapasiti dan permintaan global ketika itu menyebelahi sektor glove. Ada beberapa tahun yang prestasi Hartalega memang luar biasa contohnya 2015, 2017 dan 2020, di mana data menunjukkan saham ini naik sekitar 60% hingga lebih 100% dalam setahun.
  • Tapi selepas fasa kemuncak (terutamanya sekitar zaman Covid), cycle pecah:
    •   margin untung jatuh,
    •   permintaan kembali normal,
    •   harga saham turun berpuluh-puluh peratus dalam 1–2 tahun.

Pengajaran daripada Hartalega:

1. Memang betul ada tempoh di mana siapa yang beli awal dan simpan bertahun-tahun boleh nampak pulangan luar biasa.
2. Tapi siapa yang kejar masa puncak, atau tak sedar ini sektor yang berkitar (cyclical), boleh rasa sakit bila harga kembali ke “pangkal jalan”.

Maksudnya:

“Simpan lama-lama” bukan jaminan selamat kalau kita tak faham bisnes di belakang syarikat.

2. Gamuda – contoh yang ambil masa panjang, ada tahun “meroket”

Gamuda bukan syarikat “hype sehari dua”; mereka membina nama melalui projek infrastruktur besar: MRT, lebuh raya, terowong, projek luar negara dan sebagainya.

Dalam lebih kurang 10 tahun kebelakangan:

  • Ada tahun harga saham jatuh – contohnya masa sentimen sektor construction lemah, isu politik / projek tertangguh, harga jatuh dalam -40% hingga -50% setahun.
  • Ada tahun naik sederhana, macam naik dalam lingkungan 10–30%.
  • Ada tahun naik elok: contohnya bila sentimen sektor pulih, projek baru diumumkan, keuntungan nampak lebih jelas – harga saham naik lebih kurang 70%+ dalam satu tahun.
  • Ada satu tahun baru-baru ni di mana prestasi Gamuda sangat luar biasa dengan harga saham naik lebih 100% berbanding hujung tahun sebelumnya (termasuk kesan bonus issue).

Pengajaran daripada Gamuda:

1. Pelabur yang beli lepas tu mengharapkan “setiap tahun saham naik cantik” akan kecewa.
2. Mereka yang faham Gamuda main game jangka panjang (projek infra, konsesi, projek luar negara), sanggup tahan 10 tahun lebih, dan tak panik bila ada tahun saham jatuh 30–50%, akan rasa:

“Oh, rupa-rupanya beberapa tahun yang sangat kuat inilah yang tarik result 1 dekad.”

3. Press Metal – contoh pelaburan besar bertahun-tahun akhirnya membuahkan hasil

Press Metal Aluminium Holdings pula pemain aluminium: bina kilang peleburan besar di Sarawak, naik taraf dari sekadar pemain kecil kepada antara nama besar dalam industri aluminium serantau.

Dalam lebih kurang 10 tahun kebelakangan:

Secara kasar, corak dia lebih kurang begini:

  • 2015: harga saham turun dalam lingkungan -20%+.
  • 2016: harga saham naik lebih kurang >100%,
  • 2017: lagi sekali naik, lebih kurang >250%.
  • 2018-2019: prestasi perlahan: satu tahun negatif, satu tahun hampir mendatar.
  • 2020-2021: harga saham naik banyak lagi bila kombinasi faktor harga aluminium dunia dan sentimen komoditi menyebelahi mereka.
  • 2022-2023: harga saham tak seagresif tahun-tahun sebelumnya.
  • 2024-2025: boleh disimpulkan sebagai fasa pemulihan dan sambung uptrend, selari dengan keuntungan yang makin tinggi.

Pengajaran daripada Press Metal:

1. Bertahun-tahun syarikat labur duit besarkan kilang dan operasi – hasilnya tak nampak cantik setiap tahun pada carta harga saham.
2. Tapi bila kapasiti dah cukup besar, harga aluminium pula elok dan pelabur mula sedar skala sebenar syarikat, beberapa tahun yang kuat boleh menyumbang sebahagian besar keuntungan untuk pelabur jangka panjang.

Pengajaran penting:

“Simpan saham selama 10 tahun” tak bermaksud harga naik sikit-sikit setiap tahun secara garis lurus.

4. Bahaya kalau guna contoh ini untuk “cari saham magic”

a) Survivorship bias

Kita hanya nampak Hartalega yang pernah jadi superstar, Gamuda yang masih steady, Press Metal yang jadi multi-bagger, tapi kita tak nampak saham-saham lain dalam sektor sama yang sendu, atau jahanam bisnesnya.

Contoh macam Hartalega, Gamuda, Press Metal memang best untuk konten: “Kalau kau beli dulu-dulu…”

Kalau kita cuma tengok yang untung, kemudian kata: “Ok, aku cari satu saham macam ni, all-in, settle masa depan” itu sebenarnya lebih dekat dengan berjudi.

Baca juga Sektor-Sektor Saham Di Bursa Malaysia

b) Jadi kaya dengan mencari satu saham yang tepat adalah mindset yang berbahaya

Ramai yang tanya: “Bro, satu saham apa aku kena beli untuk 20 tahun?”

Soalan yang lebih sesuai adalah: “Macam mana aku boleh bina pelan pelaburan yang guna beberapa saham/instrumen, bukannya nasib pada satu saham?”

  • Yang lebih penting: pendedahan konsisten kepada aset produktif (ekuiti patuh syariah), melalui portfolio yang diversified: dana ekuiti patuh syariah, ETF indeks, dan baru kemudian memilih beberapa saham individu yang berkualiti.
  • Compounding + masa + modal. Mula awal masa muda, simpan dan melabur secara konsisten setiap bulan / tahun dan bagi masa 15–25 tahun, bukan 3–5 tahun.

Terus terang, mungkin ada yang baca sampai habis akan rasa frust sikit.

“Ingatkan hujung-hujung nanti dia bagi nama satu saham yang akan meroket 10–20 tahun lagi…”

Kalau tanya ChatGPT pun, jawapan yang waras sepatutnya macam ni:

“Saya tak boleh beritahu satu nama saham yang confirm kaya 20 tahun lagi.
Yang saya boleh buat ialah bantu terangkan prinsip, tunjuk risiko dan bantu kau bina pelan pelaburan yang lebih masuk akal dengan situasi hidup kau.”

Kalau aku tulis:

“Beli je saham XYZ ni, confirm 20 tahun lagi kau kaya,” itu macam tilik nasib.

Tapi kalau kau rasa frust , itu sebenarnya bagus:

Kau sedar yang tak ada jalan pintas dan kekayaan yang lebih stabil datang daripada sistem yang kau bina, bukan senarai saham yang kau harap akan naik meroket.

Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.


Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan. Betul tak?

Untuk jadi pelabur atau pedagang yang bijak pilih saham berkualiti, kita tak boleh main rasa hati semata-mata. Kena kuasai asas:

  • Analisis Fundamental – faham bisnes, untung rugi, hutang, prospek.
  • Analisis Teknikal – faham pergerakan harga, trend dan timing beli/jual.

Di sinilah datangnya formula CANSLIM. Pernah dengar tak?
Ini antara formula pemilihan saham yang popular seluruh dunia, diperkenalkan oleh pelabur tersohor William J. O’Neil. Ramai gunakan CANSLIM sebagai “sistem tapisan” untuk cari saham yang berpotensi, bukan sekadar teka-teka ikut kawan.
Kami sendiri pun gunakan formula yang sama bila nak pilih saham.
Cuma syaratnya satu: kena faham dulu logik di sebalik setiap huruf C-A-N-S-L-I-M.

Dalam ebook CANSLIM ini kami detailkan lagi ceritanya -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM