Fahami 14 Istilah Asas Dalam Pelaburan Saham

Fahami istilah saham

Sebagai newbie dalam dunia pelaburan saham, sudah tentu anda akan berbual dengan geng-geng otai saham sebab nak tambah ilmu dan belajar daripada pengalaman mereka.

Saya pasti ada di antara anda yang akan blur blur apabila mereka mula bercerita menggunakan istilah-istilah tertentu.

Bukanlah niat mereka mahu memeningkan kepala anda lebih-lebih lagi ianya di dalam Bahasa Inggeris. Bagi mereka yang sudah lama dalam dunia pelaburan saham ini, maklumat akan lebih cepat dikongsikan jika menggunakan istilah-istilah ini.

Jadi, bagi mengelakkan anda lost ketika berbual dengan otai-otai saham, di sini Pak Teh kongsikan beberapa istilah asas dalam pasaran saham yang akan selalu anda dengar.

  1. Balance Sheet – Ia mengandungi maklumat ringkas penyata kewangan tentang aset (pemilikan), liabiliti (hutang/tanggungan) dan ekuiti milik pemegang saham (shareholder’s equity) yang melabur di sesebuah syarikat saham itu. Maklumat ini penting bagi memaparkan prestasi syarikat tersebut. Shareholder’s equity pula adalah hasil selepas jumlah aset ditolak dengan jumlah liabiliti.
  2. Bear Market – Keadaan di mana pasaran saham mengalami trend kejatuhan harga dalam jangka masa yang agak lama.
  3. Bull Market – Situasi yang berlawanan dengan situasi Bear Market.
  4. Capital Gain – Keuntungan hasil daripada perbezaan harga saham yang dijual adalah melebihi daripada harga saham ketika ianya dibeli dahulu.
  5. Diversification – Membeli pelbagai saham dari pelbagai sektor / industri  bagi mengurangkan risiko.
  6. Dividen – Perkongsian keuntungan syarikat saham yang diberikan kepada pemegang saham setiap 6 bulan atau pada tempoh tertentu. Tidak semua syarikat saham yang memberikan dividen kepada pemegang saham mereka.
  7. Indeks – Penanda aras dalam setiap sektor.
  8. Initial Public Offering (IPO) Saham syarikat yang ditawarkan jualannya kepada orang ramai sebelum diapung di pasaran saham.
  9. Lot – 100 unit saham juga dikenali sebagai 1 lot
  10. Open Price – Harga pembukaan saham pada sesi dagangan.
  11. Close Price – Harga penutup saham bagi setiap sesi dagangan.
  12. Portfolio – Koleksi jenis saham yang dilaburkan.
  13. Saham Blue ChipSaham yang berkualiti dan bernilai tinggi.
  14. Volatility – Ia merujuk kepada tahap keaktifan turun naik pergerakan sesuatu harga saham tersebut dalam sehari.
  15. Yield = dividen yang diperolehi dalam masa setahun  X 100%

                    harga seunit saham yang anda beli

 

Bagaimana dengan perkongsian kali ini?

Ada rasa yakin tak selepas ini nak berborak dengan otai-otai saham?

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Anak Syarikat TNB Terbit Sukuk RM1.05 Bilion Biaya Projek Solar PV Di Kedah

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB), TNB Renewables Sdn Bhd melalui unitnya TNB Kuala Muda Solar Sdn Bhd menerbitkan sukuk bernilai RM1.05 bilion melalui Sukuk Wakalah Hijau ASEAN bagi Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) untuk membiayai projek solar fotovolta (PV) di Kedah.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, menurutnya TNB Kuala Muda Solar diberikan peranan untuk menguruskan reka bentuk, kejuruteraan, pembelian, pembinaan, pemasangan, pengujian, pengoperasian, pemilikan, operasi dan penyelenggaraan bagi kemudahan PV solar berskala besar dengan kapasiti terpasang arus ulang-alik 500 megawatt di Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah.

Menurut kumpulan utiliti itu, sukuk berkenaan diterbitkan dalam 17 tranche.

TNB memaklumkan, hasil yang diperoleh daripada sukuk itu akan digunakan untuk tujuan patuh Syariah, menurut Rangka Kerja Kewangan Peralihan TNB yang dikeluarkan pada 24 September 2024.

Menurut TNB, hasil itu akan digunakan untuk membiayai sebahagian daripada kos projek, termasuk pembayaran atau pembayaran balik kepada penaja projek bagi perbelanjaan yang ditanggung sebelum pemuktamadan pembiayaan serta pembayaran balik pinjaman sedia ada atau kemudahan pembiayaan Islam.

TNB memaklumkan, sebahagian daripada hasil sukuk itu juga akan diperuntukkan untuk pendanaan awal akaun rizab perkhidmatan pembiayaan, bersamaan enam bulan bayaran perkhidmatan pembiayaan seterusnya di bawah program sukuk, keperluan modal kerja semasa fasa awal operasi projek serta perbelanjaan berkaitan penerbitan sukuk.

Menurutnya, CIMB Investment Bank Bhd dan Maybank Investment Bank Bhd adalah penasihat utama bersama, pengatur utama bersama dan pengurus utama bersama untuk Sukuk Wakalah SRI Hijau ASEAN.

Ia berkata, penyerahan dokumen berkaitan program sukuk telah dihantar kepada Suruhanjaya Sekuriti pada 3 Mac 2026.

-BERNAMA