3 Sebab Bumiputera Tak Nak Mula Melabur Saham

Belajar saham bersama Tn Hj Asri

Pelaburan bagi orang kita bukan sahaja ASB dan Tabung Haji.

Ada lubuk emas yang masih belum diteroka.

Masih ramai yang tidak mahu mulakan langkah pertama melabur dalam pasaran saham yang sah dan patuh syariah.

Bermacam-macam alasan yang diberikan…

Tetapi apabila muncul sejenis ‘pelaburan’ yang memerlukan anda mendepositkan sejumlah wang dan kemudian dapat duit tiap-tiap bulan, berpusu-pusu pula yang join. Akhirnya apabila penganjur melarikan diri dan ramai dibiarkan ternganga, baru nak menyesal tak sudah. Itupun menyesal kejap je, bila datang peluang lain yang hampir serupa, join balik. Kena tipu lagi…

Jadi kenapa orang kita terutamanya Bumiputera tak nak terlibat dengan pelaburan saham di Bursa Malaysia? Ini adalah 3 sebab utama:

1. Tak Tahu Mana Nak Mula

“Saya pernah dengar kawan sebut pelaburan saham ni tapi tak tahu mana nak mula?”

Mulakan dengan membaca. Dalam www.majalahlabur.com pun ada banyak info.

Zaman Google ni, apa benda pun kita boleh cari jawapannya. Ada bermacam-macam bahan bacaan yang akan keluar, ada yang berbayar dan ada yang percuma.

Kalau dah baca tetapi masih tak faham, carilah guru yang sudi mengambil kita sebagai anak murid. Nak belajar A,B,C dan 1,2,3 pun kena ada guru, inikan pula pelaburan saham.

Terpulanglah samada anda suka guna highway atau shortcut. Kami cadangkan anda belajar dari kesilapan mereka yang telah berjaya.

Nak pandai matematik, kenalah belajar dengan guru matematik, jadi nak pandai saham, kena jugalah belajar dengan guru atau mentor saham. Belajarlah dengan mereka yang telah berjaya, insyaAllah anda pun akan turut berjaya. Kami telah sediakan Senarai Sifu-Sifu Saham di Malaysia.

2. Takut Rugi

“Kalau takutkan ombak, jangan membuat rumah di tepi pantai”, biasa dengar kan pepatah ni?

Adakah anda rasa selesa dengan pulangan 6% daripada ASB setiap tahun, 7% daripada Tabung Haji setiap tahun atau 5% daripada KWSP setiap tahun? Bagaimana kalau kami kata ada cara untuk membuat keuntungan lebih dari itu setiap bulan ataupun setiap minggu? Adakah anda berminat?

Tapi semuanya datang dengan risiko. Dalam pelaburan saham, rugi adalah pasti sebab harga saham turun naik. Tapi ada cara untuk kita minimakan kerugian. Di sinilah peranan ilmu itu penting, kalau 10 kali kita melabur, kita untung 7-8 kali dan 1-2 kali kita rugi, kan ke bagus namanya tu?

Kalau nak melabur saham ni, kita dinasihatkan untuk tidak menggunakan wang perbelanjaan tetap kita – sebaliknya gunakanlah duit lebihan. Jangan guna duit beli susu anak. Jadi kalau rugi, itu merupakan wang lebihan yang kita sanggup rugi. Jadi takdelah kita jatuh bankrap, kereta kena tarik atau rumah kena lelong.

3. Tak Cukup Modal

Tak cukup modal? Telefon berharga lebih RM1,000 tu takde hal pun nak beli. Tapi tahukah anda nak mula melabur dalam pasaran saham ni, modal kurang RM1,000 pun dah cukup? Anda tak percaya?

Harga saham sekitar RM0.10 – RM1 seunit pun ada.

Contoh-contoh saham bawah RM1 :

  • XOX Berhad RM0.25
  • GDEX RM0.26
  • Hawa Tai RM0.63
  • Puncak Niaga Holdings Berhad  RM0.77

Minima pelaburan pula adalah 100 unit atau 1 lot, bukan lagi 1,000 unit macam dulu. Jadi kalau kita beli saham yang harganya RM1, modal yang diperlukan hanyalah RM100. Tak percaya juga lagi?

Saham tu HARAM? Di Bursa Malaysia, ramai sangat tak tahu terdapat lebih 600 saham syarikat patuh syariah. Boleh baca sendiri di laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Baca juga Siapa Bilang Melabur Saham Kena Modal Besar?

Jadi apa lagi alasan anda untuk tidak mahu terlibat dalam pelaburan saham?

 

Macam-macam cerita dongeng orang kata pasal saham, cuba layan video ni…

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Mendatar Di Bawah Garisan SMA 50 Hari

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO menurun MYR2 untuk ditutup pada paras MYR4,535 selepas tekanan jualan muncul berhampiran garisan SMA 50 hari. Pada Jumaat, komoditi ini membuka sesi dagangan pada harga MYR4,547. Ia kemudiannya berayun antara MYR4,570 dan MYR4,518 sebelum menutup dagangan pada paras MYR4,535. Pergerakan harga ini mengesahkan bahawa garisan SMA 50 hari terus menjadi paras rintangan overhed.

Selagi komoditi ini berada di bawah garisan purata bergerak jangka sederhana ini, mereka yang menantikan penurunan harga akan mempunyai kelebihan teknikal. Sementara itu, paras rintangan kukuh dijangka berada pada paras MYR4,700. Dalam keadaan pasaran menurun, paras rintangan kukuh dan akan menghalang kenaikan harga komoditi ini. Kami akan terus berpegang pada bias dagangan negatif melainkan FCPO menembusi paras ambang MYR4,700 tersebut.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan terdekat sebaliknya berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840