Apa Itu EBITDA?

Ramai yang melabur tidak tahu apa itu EBITDA, mungkin pernah dengar tetapi tidak mendalami maksud sebenar EBITDA. Secara ringkasnya, EBITDA adalah singkatan kepada earnings before interest, taxes, depreciation, and amortization.

Ia adalah satu formula untuk mengukur prestasi kewangan syarikat secara menyeluruh. Namun begitu, terdapat beberapa kekurangan dalam EBITDA kerana ia mengabaikan cost of capital dan juga cost of assets.

Walaubagaimanapun, penggunaan EBITDA sangat meluas dalam bidang perakaunan kerana ia mudah difahami dan digunakan untuk mengukur keuntungan syarikat. Mari kita lihat formula EBITDA.

EBITDA = Net income (untung bersih) + Taxes (cukai) + Interest expense (faedah) + Depreciation and Amortization (susut nilai dan pelunasan) 

Memahami EBITDA

Secara mudah EBITDA adalah pendapatan bersih syarikat dengan cukai dan faedah dan ditambah dengan susut nilai dan pelunasan. EBITDA selalu digunakan sebagai alat untuk membuat perbandingan antara satu syarikat dengan syarikat yang lain. EBITDA juga digunakan sebagai valuation ratio yakni sebagai kayu ukur untuk menilai nilai bersih syarikat.

Pendapatan dalam interest (faedah) ditambah ke dalam formula adalah untuk menjadikan kos hutang neutral dan kesan bayaran faedah ke atas cukai. Cukai yang diambil kira dalam EBITDA tidak akan meningkatkan nilai EBITDA apabila syarikat mencatatkan kerugian. 

Pendapatan bersih mempengaruhi nilai EBITDA secara dasar kerana apabila syarikat tidak mempunyai pendapatan bersih yang baik, prestasi EBITDA syarikat akan menurun.

Kekurangan EBITDA

Salah satu kekurangan besar adalah EBITDA tidak dikategorikan dalam generally accepted accounting principles (GAAP) sebagai alat untuk mengukur prestasi kewangan syarikat. EBITDA dianggap non-GAAP. Oleh sebab itu, pengiraan EBITDA adalah berbeza antara satu syarikat dengan yang lain.

Kebiasaannya, syarikat akan menekankan untung bersih yang lebih fleksibel dan tidak dikaitkan dengan segmen lain dalam laporan kewangan.

Tips : Apabila syarikat tersebut mula melaporkan dan highlight EBITDA dalam laporan kewangan dan perkara ini tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ini menjadi petanda bahawa syarikat telah membuat hutang yang banyak dan mengalami peningkatan dalam kos operasi dan penbangunan. Syarikat menggunakan nilai EBITDA sebagai gangguan untuk mengaburi mengelirukan mata pelabur.

Contoh kiraan Formula EBITDA : Syarikat ABC dan Syarikat XYZ

EBITDA : Net income (untung bersih) + Taxes (cukai) + Interest expense (faedah) + Depreciation and Amortization (susut nilai dan pelunasan)

SYARIKATABCXYZ
NET INCOME101.63 mil101.63 mil
TAXES51.21 mil 60.5 mil
INTEREST150.5 mil100.5 mil
DEPRECIATION-18.89 mil-23.02 mil
APPRECIATION0-10.02 mil
EBITDA284.45 mil229.59 mil

Berdasarkan data di atas, perbandingan antara Syarikat ABC dan XYZ boleh dilihat dan beberapa konklusi boleh dibuat. Walaupun keduanya mempunyai pendapatan yang sama, namun mempunyai nilai EBITDA yang berlainan. Daripada nilai ini, dapat kita simpulkan beberapa perkara.

  1. Syarikat ABC mempunyai cukai yang lebih rendah, hal ini menunjukkan pengurusan syarikat tahu menguruskan wang untuk mendapatkan diskaun cukai dan sebagainya. 
  2. Namun begitu, Syarikat ABC mempunyai hutang yang lebih banyak berbanding Syarikat XYZ. Hal ini menunjukkan Syarikat XYZ mempunyai lebih banyak aset berbanding Syarikat ABC.

EBITDA adalah alat untuk mengukur prestasi kewangan syarikat dan kadar keuntungan. Syarikat yang mencatatkan nilai EBITDA yang tinggi dari yang lain adalah syarikat yang bagus dari segi pengurusan kewangan. Nilai EBITDA adalah cara terbaik untuk membuat perbandingan satu syarikat dengan syarikat yang lain. Ilmu menganalisis EBITDA perlu dilatih untuk menjadikan pelabur lebih faham bisnes syarikat.

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Ramai kata mudah faham. Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

https://www.facebook.com/watch/?v=1322166808601507

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Kuala Lumpur Kepong: Penilaian Sekarang Munasabah

Saranan dinaik taraf kepada BELI daripada Neutral, harga sasar (TP) baharu menaik kepada MYR23.00 daripada MYR22.30, potensi kenaikan harga saham 14% dengan kadar hasil dividen kira-kira 3% untuk FY26F (Sep)

Perolehan 1HFY26 (Sep) yang dicatatkan oleh Kuala Lumpur Kepong menepati jangkaan kami dan konsensus. Melangkah ke depan, keluaran FFB mungkin terus terkawal, manakala segmen-segmen hiliran dan syarikat sekutu mungkin mengalami penambahbaikan pada 2H. Penilaian KLK sudah menurun kepada P/E lebih menarik bernilai 17x untuk FY27F, iaitu pada paras rendah dalam lingkungan catatan syarikat pesaing 17-20x.

Untung teras 1HFY26 mencapai 54-58% jangkaan sepenuh tahun kami dan konsensus

Kami menganggap hal ini sebagai menepati jangkaan kerana KLK masih lagi belum menggabungkan kerugian syarikat sekutunya, Synthomer untuk suku ini (1H25: rugi syarikat sekutu bernilai MYR48j), kerana pengumuman keputusan kewangannya yang lewat. Nota: Untuk 2HFY25, Synthomer merekodkan kerugian bersih statutori berjumlah GBP83j. Walau bagaimanapun, hal ini mungkin diimbangi oleh tindakan KLK untuk mengambil kira keuntungan MP Evans, iaitu syarikat sekutu yang dimilikinya sebanyak 24%, dari Apr 2026. KLK mengisytiharkan DPS interim sebanyak 20 sen (1H25: 20 sen).

Tahap pengeluaran buah tandan segar (FFB) bagi 2QFY26 jatuh 15% QoQ (+6% YoY), yang menyebabkan FFB 1HFY26 berkembang kepada 6.4% YoY

Sedikit melepasi andaian pertumbuhan FY26 kami berjumlah 4.7%, namun menepati ramalan pertumbuhan berdigit tunggal sederhana-tinggi oleh pihak pengurusan. Dalam tempoh tujuh bulan pertama pada FY26 (7MFY26), pengeluaran FFB sudah mengecil kepada 4.8% YoY. Kami bertindak mengekalkan andaian pertumbuhan FFB kami sebanyak 4-5% untuk FY26-27.

KLK mengiktiraf kerugian nilai saksama berjumlah MYR121.1j

Pada derivatifnya semasa suku ini kerana ia sudahpun membuat jualan hadapan untuk sebahagian besar pengeluarannya di Malaysia, yang menyebabkan kontrak-kontrak derivatif mengalami kerugian akibat harga pasaran semasa apabila harga CPO meningkat. Pihak pengurusan tidak memberikan maklumat lanjut berkenaan jumlah kuantiti dan harga yang ditetapkan untuk jualan hadapannya.

Kos unit berkembang QoQ namun jatuh YoY pada 1HFY26

Berikutan keluaran lebih kukuh (YoY). Kami difahamkan bahawa KLK sudah menggunakan 50% baja pada tahun itu dan telah membeli keperluan baja FY26-nya pada harga berdigit tunggal yang lebih mahal YoY. Walaupun begitu, ia mengekalkan bayangan kos unitnya untuk FY26, iaitu mendatar pada sekitar MYR2,000/tan, susulan keluaran lebih mahal.

Margin EBIT hiliran menyusut QoQ pada 2Q26

Kepada 0.05% (daripada 1.5% pada 1Q26), lalu membawa margin EBIT 1H26 kepada 0.8%. Penurunan ini diheret oleh keuntungan segmen oleokimia yang semakin rendah yang sebahagiannya diimbangi oleh kerugian lebih rendah daripada segmen penapisan dan segmen-segmen lain. Melangkah ke depan, KLK menjangkakan jumlah jualan lebih baik daripada segmen oleokimia walaupun paras margin terus kecil, manakala kerugian daripada loji penapisan dan kilang pengisaran isirung jatuh dengan ketaranya. Kami bertindak mengekalkan margin hiliran kami antara 1.5-2% untuk FY26-28F.

Saranan dinaik taraf kepada BELI, TP baharu sebanyak MYR23.00 melalui kaedah SOP, termasuk premium ESG 4%

Kami menyemak naik perolehan sebanyak 2.8%, 4.7% dan 4.3% untuk FY26-28F, setelah mengambil kira keuntungan MP Evans dan mengemas kini andaian FX.

Asas Penilaian

Penilaian kami diperoleh berdasarkan kaedah SOP yang mengambil kira:
i. P/E 18x FY26F untuk bahagian perladangan
ii. P/E 18x FY26F untuk bahagian hiliran
iii. RNAV bagi bahagian hartanah

Hal ini disokong oleh EV/ha USD20,000-30,000/ha yang menyamai rekod syarikat Malaysia yang lain.

Faktor Pemacu Utama

i. Kenaikan harga CPO
ii. Hasil pengeluaran FFB lebih tinggi
iii. Daya saing lebih tinggi dalam bahagian pemprosesan hilirannya berbanding bahagian syarikat pesaing.

Risiko Utama

i. Penurunan harga CPO
ii. Risiko cuaca
iii. Kesan negatif akibat perubahan dinamik permintaan dan bekalan dalam industri minyak sayuran dunia

Profil Syarikat

Kuala Lumpur Kepong merupakan syarikat perladangan bersepadu yang memiliki bank tanah perladangan
minyak sawit di Malaysia, Indonesia dan Liberia. KLK juga mengendalikan segmen pembuatan hiliran
menerusi kilang penapisan minyak masak dan perniagaan oleokimia. Tambahan lagi, KLK terlibat dalam bidang pembangunan hartanah.

Carta Saranan

Penganalisis
Hoe Lee Leng +603 2302 8110 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.