Bagaimana Pelaburan Saham Bantu Tingkatkan Nilai Duit?

Tabiat menyimpan memanglah satu amalan murni. Tetapi tahu tak kalau kita simpan saja duit tu kita tetap ada risiko ‘kehilangan nilai’ duit tu disebabkan inflasi? Jadi macam mana nak kembangkan atau tingkatkan nilai duit kita tadi? Salah satu cara adalah dengan melabur dalam pasaran saham supaya duit bekerja untuk kita. Istilah lainnya adalah “duit buat duit”.

Suka kami ingatkan yang aktiviti “duit buat duit” ini hanya untuk mereka yang ada duit lebih. Andai duit simpanan kecemasan berjumlah 3-6 bulan pendapatan pun belum ada, maka bersabarlah dulu. Fokus untuk cukupkan duit simpanan dulu.

Cuba baca nukilan Jazli Izzuddin ini bagi menjawab persoalan ini.

1. Keuntungan Modal

Ini adalah kelebihan memiliki saham syarikat kerana harga saham telah diapungkan mengikut permintaan dan tawaran oleh peserta pasaran. Oleh itu, pelabur mengharapkan untuk membeli dengan harga yang rendah dan menjual dengan harga yang lebih tinggi.

Contohnya pada bulan Oktober 2013, setelah melakukan perancangan dan pemilihan yang teliti, Syahrul mengambil keputusan untuk melabur dalam syarikat Tenaga Nasional Berhad (kod saham: 5347). Beliau mendapati bahawa syarikat ini mempunyai perniagaan yang memiliki permintaan yang konsisten, mencatatkan keuntungan yang stabil dan carta yang sedang uptrend. Syahrul mempunyai wang lebihan sebanyak RM 30,000 untuk dilaburkan di pasaran saham. Syahrul telah membeli saham TENAGA dengan harga RM8.00 sebanyak 3,500 unit sahaja.

Setelah melabur selama lebih 1 tahun, pada bulan Januari 2015 beliau mengambil keputusan untuk menjual semua pegangan dengan harga RM14.00 dan menggunakan keuntungan wang tersebut untuk menunaikan umrah bersama isteri. Contoh pengiraan keuntungan sebelum kos adalah seperti berikut:

Kos belian : 3500 x RM 8.00 = RM28,000.00

Kos jualan : 3500 X RM 14.00 = RM49,000.00

Pengiraan pulangan atas pelaburan (ROI)
= ((49,000 – 28000) / 28000) x100) = 75%

*Pengiraan di atas tidak termasuk kos asas yang terlibat iaitu caj broker.

Syahrul telah berjaya mendapat keuntungan modal sebanyak 75% daripada pelaburan itu. Dalam bahasa mudah, jumlah asal modal yang hanya berjumlah RM28,000.00 telah meningkat menjadi RM49,000.00 dalam masa 15 bulan.

2. Dividen

Selain daripada menikmati keuntungan daripada kenaikan harga saham, pada masa yang sama para pelabur dapat menjana keuntungan tambahan jika syarikat yang dilaburkan itu mengumumkan dividen.

Terdapat dua jenis bonus sama ada dalam bentuk tunai dan saham. Jika dalam bentuk tunai, dividen akan dimasukkan terus ke dalam akaun simpanan atau akaun semasa yang didaftarkan semasa membuka akaun. Manakala jika pelabur layak mendapat dividen dalam bentuk saham, saham tambahan akan dimasukkan ke dalam akaun CDS pelabur.

Syarikat yang ingin memberikan dividen kepada pemegang sahamnya akan membuat pengumuman mengenainya kepada orang awam. Oleh itu, para pelabur akan cenderung membeli saham yang bakal menerima dividen.

Contoh:

a) TENAGA NASIONAL BERHAD – TENAGA (1155)

EX date : 18 Disember 2013
Entitlement date : 20 Disember 2013
Entitle Description: Final single-tier dividend of 15.0 sen per ordinary share of the Financial Year ended 31 August 2013

Senario:

Jika Syahrul memiliki 3500 unit pegangan saham TENAGA pada waktu pengumuman dividen dan. memegang saham tersebut sehingga lepas tarikh EX-date, Syahrul layak menerima (3500 unit x RM0.15) =RM525.00.

Nota: Pengumuman dividen adalah tidak tetap, ia bergantung kepada syarikat tersebut sama ada secara tahunan (sekali setahun), dua kali setahun atau setiap suku tahun.

Dalam kes ini, Syahrul bukan hanya mendapat dividen sekali sepanjang tempoh beliau memegang saham TENAGA, malah beliau mendapat 3 kali dividen pada 19 May 2014 (3,500 unit x RM0.10 = RM350.00) dan 19 Disember 2014 (3,500 unit x RM0.19 = RM665.00)

Maka, jumlah keseluruhan dividen yang diterima oleh Syahrul sepanjang tempoh beliau memegang saham TENAGA adalah sebanyak RM1,540.00

3. Saham Hak dan Bonus

Apabila sesebuah syarikat merancang untuk menambahkan modal pasarannya, maka syarikat tersebut akan mengeluarkan saham hak atau saham bonus. Oleh itu, syarikat akan memberikan saham hak atau saham bonus kepada pemegang sahamnya yang sedia ada. Pemegang saham yang sedia ada mempunyai pilihan untuk membuat keputusan sama ada :

i) Menerima dan melaksanakan hak tersebut dengan membayar sejumlah wang sebagai penerimaan. Menerima secara automatik jika ia adalah bonus.

ii) Menjual hak tersebut di pasaran. Lebih dikenali sebagai OR. Kebiasaannya, pelabur diberi masa tujuh (7) hari samada untuk melaksanakan hak tersebut atau menjualnya pada pelabur lain.

iii) Tidak membuat apa-apa.

Jika syarikat tersebut memberikan waran percuma bagi setiap saham induk yang dimiliki, waran ini boleh diurus niaga seperti saham-saham biasa dan ini adalah tambahan wang kepada pemegang saham.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada anda yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia pelaburan saham. Jika nak belajar dengan lebih lanjut macam mana nak mula terlibat dalam pelaburan saham patuh syariah, sila baca Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.