Berita Baik Untuk Pelabur Yang Berhasrat Meningkatkan Potensi Pelaburan Saham Shariah

CGS-CIMB Securities (“CGS-CIMB”) telah melancarkan satu instrumen Pembiayaan Margin Saham Patuh Shariah (SMF-i) dikenali sebagai Margin Trading-i dan Margin Lite-i yang dapat membantu dalam merealisasikan hasrat tersebut.

Apa Itu Pembiayaan Margin Saham Patuh Shariah (SMF-i)?

Ia adalah satu instrumen kewangan patuh Shariah yang merupakan alternatif kepada Pembiayaan Margin Saham konvensional. Ia meningkatkan potensi pelaburan dengan memberi lebih nilai kepada aset pelabur dalam pembelian saham patuh Shariah tersenarai di Bursa Malaysia. SMF-i mempunyai dua produk di bawahnya iaitu Margin Trading-i dan Margin Lite-i.

Apa itu Konsep Tawarruq?

Konsep Tawarruq adalah merujuk kepada transaksi penjualan dan pembelian komoditi atau aset berasaskan pembayaran tertangguh samada dengan cara Murabahah (mendedahkan harga kos aset dan margin keuntungan) ataupun Musawamah (tidak mendedahkan harga kos aset dan margin keuntungan) daripada penjual kepada pembeli dan kemudiannya komoditi atau aset tersebut akan dijual secara tunai oleh pembeli kepada pihak ketiga (selain dari penjual asal).

Tawarruq juga sering diistilahkan sebagai “Commodity Murabahah” kerana penggunaan komoditi di dalam urusan jual beli tersebut.

CGS-CIMB menggunakan sistem komoditi yang ditawarkan oleh Bursa Suq Al-Sila’, Bursa Malaysia dan memastikan konsep Tawarruq dilakukan mengikut kelulusan Penasihat Shariah CGS-CIMB dan sejajar dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Konsul Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti mengenai Tawarruq.

Apa itu Margin Trading-i?

Margin Trading-i merupakan kemudahan kredit patuh Shariah yang meningkatkan potensi pelaburan dengan memberi lebih nilai kepada aset anda dalam pembelian saham patuh Shariah tersenarai di Bursa Malaysia.

Apa itu Margin Lite-i?

Margin Lite-i mempunyai kelebihan yang serupa dengan Margin Trading-i tetapi lebih sesuai untuk pelabur aktif di mana pelabur boleh menyelesaikan pembelian saham tertunggak pada bila-bila masa di samping caj keuntungan menarik yang hanya akan dikenakan bermula pada hari T+2.

Ciri-ciri Produk SMF-i

SMF-i terdiri daripada Margin Trading-i dan Margin Lite-i. Ciri-ciri produk yang ditawarkan oleh CGS-CIMB adalah seperti berikut:
✓ Kelayakan umur bagi pemohon akaun ini antara 21 tahun sehingga 70 tahun
✓ Syarikat Pelaburan Korporat juga layak memohon
✓ Margin Trading-i dan Margin Lite-i dapat menggandakan kuasa pelaburan pelabur sehingga 2.8 kali had dagangan
✓ Selain itu cagaran diterima dalam bentuk wang tunai termasuk matawang asing atau saham pada sebut harga yang diterima di Bursa Malaysia
✓ Margin Pembiayaan (MOF) yang ditawarkan untuk dua produk ini adalah tinggi, iaitu sehingga 65%
✓ Penilaian saham ditawarkan untuk Margin Lite-i adalah setinggi 100% dan caj pembrokeran serendah 0.15%

Kempen “Invest Shariah: Islamic Margin”

Bermula dari 29 Julai 2021 sehingga 31 Disember 2021, CGS-CIMB memberi tawaran istimewa kepada pelabur yang membuka akaun Margin Trading-i dan Margin Lite-i.

Margin Trading-i : Pelabur boleh menikmati kadar keuntungan efektif terendah di pasaran untuk 6 bulan pertama, iaitu 3.45% setahun. Bukan itu saja, pelabur juga tidak dikenakan “rollover fee” untuk 2 tahun pertama dan berpeluang memenangi hadiah baucar Shopee bernilai RM100, tertakluk pada terma dan syarat.

Margin Lite-i : Pengecualian duti setem akan diberi kepada 50 pelabur pertama yang membuka akaun secara dalam talian. Pelabur juga berpeluang memenangi hadiah baucer Watson bernilai RM100, tertakluk pada terma dan syarat.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon SMF-i

• Borang Permohonan Akaun;
• Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang);
• Penyata Bank untuk (3) bulan terkini; dan/atau
• Penyata Gaji untuk (1) bulan terkini; atau
• Borang EA / Borang B / Borang BE; atau
• Penyata KWSP terkini;
• Penyata akaun margin terkini dari pembiaya anda yang sedia ada (jika ada untuk Margin Trading-i)
• Penyata akaun margin terkini dari pembiaya anda yang sedia ada (sekiranya kes penebusan untuk Margin Lite-i)

Sekiranya berminat nak buka akaun CGS-CIMB secara online, jemput baca Nak Buka Akaun CDS Dengan CGS-CIMB? Jom Ikut Tutorial Ini.

Previous ArticleNext Article

Perladangan: El Nino Secara Rasminya Tiba

Saranan dinaik taraf kepada WAJARAN TINGGI daripada Neutral; Saham Pilihan Utama: Johor Plantations Group (JPG), Sarawak Oil Palms (SOP), IOI Corp (IOI), Hap Seng Plantations (HSP), London Sumatra Indonesia (LSIP) dan SD Guthrie (SDG)

Satu makluman rasmi berkaitan El Nino telah dikeluarkan oleh Pentadbiran Lautan dan AtmosferaKebangsaan AS (NOAA) walaupun tahap keterukan fenomena ini masih lagi belum dapat dipastikan. Meskipun berdepan dengan risiko-risiko geopolitik semasa, kami percaya harga CPO akan terus terkawal pada paras semasa dengan ia berpotensi menaik sekiranya fenomena El Nino kali ini dianggap kuat.

NOAA AS mengumumkan bahawa El Nino sudahpun muncul

Mengeluarkan makluman berkaitan El Nino yang meramalkan fenomena ini akan bertambah kuat kepada tahap sederhana atau kuat. Dari segi tahap kekuatan, kebarangkalian untuk El Nino kuat muncul memuncak pada 88% untuk tempoh Nov 2026-Jan 2027. Sekiranya kejadian El Nino kuat melanda, keluaran minyak sawit akan terjejas dan kesan ini mungkin berlarutan sehingga dua tahun, bergantung pada tahap keterukan
fenomena ini.

Pada tahun-tahun sebelum ini, kesan ketara terhadap hasil keluaran CPO daripada El Nino hanyalah dirasai semasa tempoh-tempoh El Nino kuat. Kami ingin menekankan bahawa Biro Meteoreologi Australia masih lagi belum mengumumkan pengesahan tentang kemunculan El Nino

Menurut rekod sebelum ini, El Nino selalunya menyebabkan hasil tanaman merosot antara 2% dan 20%

Kami mengambil maklum bahawa semasa dua kejadian El Nino yang kuat pada 1997-1998 dan 2015-2016: hasil tanaman mengalami penurunan sebanyak 17% pada 1998-1999 dan kejatuhan 14% dalam keluaran hasil tanaman pada 2016-2017 yang kesannya hanya dirasai selepas setahun. Bagi harga CPO pula, harga purata CPO menokok setinggi 21% semasa tahun-tahun melandanya El Nino dan mencapai paras purata tambahan 26% setahun selepas El Nino muncul.

Oleh demikian itu, walaupun kami mengekalkan ramalan harga CPO buat masa sekarang sementara menunggu pengesahan mengenai kekuatan fenomena El Nino, kami percaya adanya potensi kenaikan

Andaian harga CPO kami berjumlah MYR4,400/tan untuk 2026 dan MYR4,300/tan untuk 2027, khususnya untuk 2027. Hal ini demikian kerana harga CPO sepatutnya meningkat dan bukannya menurun selepas El Nino berlalu lebih-lebih lagi apabila ia merupakan satu kejadian yang kuat.

Faktor-faktor lain yang boleh menaikkan harga CPO ialah kesan daripada skim tadbir urus eksport komoditi Indonesia

Yang akan menyalurkan semula urus niaga eksport melalui Danantara Sumberdaya Indonesia. Walaupun Kerajaan Indonesia sekarang mempertimbang untuk mengurangkan skop skim ini, tahap pengawasan yang lebih ketat masih akan dikenakan terhadap eksport dan mekanisme penetapan harga akan dibuat pada harga barangan eksport. Hal ini bertujuan mencegah masalah pembuatan invois yang lebih murah daripada yang sepatutnya dan amalan harga pindahan.

Sebaik sahaja skim ini berkuat kuasa (tarikh akhir pada 31 Dis 2026), pengeksport dikehendaki untuk menghantar laporan bulanan yang memperincikan tentang maklumat jenis produk, jumlah barangan, nilai, dan pengelasan tarif, dan mereka hendaklah menyimpan semua hasil eksport dalam bank-bank milik kerajaan Indonesia.

Kami percaya berlakunya peningkatan eksport lebih awal sebelum skim ini dilaksanakan pada fasa peralihan awal, namun sebaik sahaja ia dilaksanakan, kita mungkin dapat melihat berlakunya penangguhan eksport dari Indonesia yang membawa kepada bekalan lebih terhad dan harga lebih tinggi. Kita juga mungkin dapat menyaksikan syarikat perladangan Indonesia berhadapan dengan kos lebih mahal berkait dengan langkah pengawasan lebih ketat ini, tetapi harga CPO mungkin juga menaik untuk mengimbangi masalah kos ini.

WAJARAN TINGGI

Saranan-saranan kami untuk saham-saham perladangan dalam semakan kerana harga-harga saham untuk syarikat perladangan serantau mengalami pembetulan yang ketara baru-baru ini susulan perubahan kawal selia di Indonesia.

Penganalisis
Hoe Lee Leng +603 2302 8110 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.