Cara-Cara Menjalankan Kajian Saham Secara Bottom Up Approach

Analisis Fundamental adalah kajian terhadap perkembangan dan potensi ekonomi, kewangan dan perniagaan sesebuah syarikat. Analisa ini boleh dilakukan sama ada melalui pendekatan Top Down atau Bottom Up.

Pendekatan secara Top Down bermaksud analisa dari makro ke mikro. Pelabur akan mengkaji situasi ekonomi global dan domestik terlebih dahulu, kemudian menentukan sektor mana yang menjadi tumpuan dan daripada situ mereka akan memilih syarikat yang bagus untuk pelaburan.

Pendekatan secara Bottom Up pula bermaksud analisa daripada mikro ke makro di mana pelabur akan memulakan kajian mereka ke atas saham syarikat terlebih dahulu, kemudian mereka akan mengkaji industri yang dipilih dan seterusnya situasi ekonomi

Jom tengok contoh kajian secara Bottom Up:

1. Syarikat

(a) Siapakah pemegang saham utama yang mengawal syarikat? Apakah mereka terlibat sama dalam pengurusan dan adakah mereka mahir dan layak menguruskan syarikat tersebut?

Ini boleh dilihat daripada pengalaman mereka mengurus syarikat lain dan juga kelayakan akademik mereka.

Prestasi

(b) Adakah jualan syarikat mengalami pertumbuhan yang mendatar, meningkat atau sebaliknya? Apakah faktor yang menyumbang ke arah prestasi jualan syarikatnya? Apakah barangan keluaran syarikat boleh bertahan di pasaran dan adakah ia mengawal pasaran?

(c) Adakah trend keuntungan syarikat meningkat atau sebaliknya? Seterusnya kaji pula sumbangan setiap sektor atau anak-anak syarikat terhadap keuntungan kumpulan. Apakah tindakan syarikat untuk meningkatkan lagi prestasi anak syarikat?

(d) Adakah aset syarikat semakin bertambah atau sebaliknya? Kaji sama ada syarikat telah memaksimumkan penggunaan aset syarikat.

(e) Kaji berita terbaru berkaan syarikat. Setiap perkembangan syarikat akan dilaporkan kepada Bursa Malaysia dan maklumat ini boleh diperolehi di dalam akhbar dan juga Bursa Marketplace.

Kaji sama ada pengumuman sesuatu perkembangan itu akan menyumbang kepada perkembangan syarikat pada masa akan datang. Berapakah keuntungan yang bakal diraih?

2. Industri

Kaji industri yang melibatkan kegiatan syarikat tersebut. Apakah prestasi syarikat setara dengan perkembangan industri? Jika prestasi syarikat memberangsangkan, apakah ia boleh bertahan dengan jumlah modal dan kapasiti pengeluaran yang ada?

Kenali Industri-Industri Dalam Pasaran Saham Bursa Malaysia.

3. Ekonomi

Kaji apakah masalah yang dihadapi oleh industri berkenaan. Misalnya, adakah industri itu mengalami kekurangan buruh, bahan mentah atau pun sedang melalui perubahan teknologi?

Kaji ekonomi negara secara keseluruhannya. Adakah ekonomi negara akan terus berkembang atau bakal mengalami kemelesetan ekonomi dalam masa beberapa tahun akan datang?

Maklumat maklumat tersebut boleh diperolehi daripada pelbagai sumber, misalnya daripada laporan tahunan syarikat, laporan Bank Negara, laporan ekonomi, keratan-keratan akhbar atau pelabur boleh berhubung terus dengan syarikat berkenaan.

Akhirnya, proses segala maklumat yang ada dan fikirkan apakah syarikat tersebut mampu meraih keuntungan yang sewajarnya pada masa hadapan.

Jika anda membuat keputusan berdasarkan kajian Fundamental ini, anda telah membuat keputusan yang bijak kerana risiko kejatuhan harga atau modal yang dilaburkan mungkin dapat dikurangkan.

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

QES Group: Pertumbuhan Menerusi Inisiatif Kenaikan Nilai

Saranan BELI kekal, harga sasar (TP) baharu menaik kepada MYR0.69 daripada MYR0.57, potensi kenaikan harga 21% dan kadar hasil dividen kira-kira 2% untuk FY27F

Selepas menghadiri perjumpaan dengan pihak pengurusan, kami tetap optimis akan prospek FY26 untuk QES Group, atas sokongan keterlihatan buku pesanan yang bertahan ketika fasa kenaikan semikonduktor yang berlangsung dan portfolio pembuatan yang kian berkembang. Pihak pengurusan meramalkan perolehan lebih kukuh dari 2Q26, didorong oleh peningkatan dalam teknologi perubatan (MedTech) dan prestasi bertahan dalam bahagian kejuruteraan nilai. Pada masa yang sama, sebarang kenaikan lanjut mungkin berpunca daripada ikhtiarikhtiar kerjasama dengan China yang menawarkan sumber pertumbuhan tambahan daripada segmen pasaran yang berbeza dalam jangka sederhana.

Keterlihatan FY26 yang kukuh

Setakat akhir bulan Mei 2026, buku pesanan belum bayar oleh QES terus bertahan pada paras MYR121j (akhir April: MYR122j), yang merangkumi MYR86j dan MYR35j bawah bahagian-bahagian kejuruteraan nilai dan pembuatan. Walaupun mencatat bil sekitar 45% daripada buku pesanan akhir bulan Apr pada akhir Jun, penambahan tempahan yang masih berjalan memastikan buku pesanan secara amnya terkawal dengan kira-kira 90% daripada buku pesanan belum bayar dijangka akan dilaksanakan pada FY26. Dalam hal berasingan, QES memperoleh tempahan sistem Pemeriksaan Optikal Automatik (AOI) yang terbesar baru-baru ini dari India dengan nilai mencecah sekitar MYR14j. Tempahan ini dijadualkan untuk penghantaran penuh pada FY26.

Tempahan MedTech terus meningkat

Setakat akhir Jun, QES berjaya memperoleh jumlah tempahan MedTech mencecah kira-kira MYR21.5j, manakala tempahan medtech yang tertunggak adalah sekitar MYR9j (kira-kira 26% buku pesanan pembuatan). Operasi MedTech sekarang menggunakan lebih kurang 90% ruang yang disediakan untuk kegunaan MedTech di Kilang A di Batu Kawan. QES sedang giat berhubung dengan beberapa syarikat MedTech multinasional yang sepatutnya mendorong lagi pertumbuhan tempahan dan memperkukuh kemampuan bahagian pembuatan ini untuk mencatat pulangan modal (1QFY26 PBT: -MYR1.5j).

Kerjasama dengan China berjalan dengan baiknya

QES sedang membangunkan sebuah bilik bersih Class 1000 di kemudahannya di Batu Kawan, dan ia dijadualkan siap dibina menjelang 4Q26, untuk menyokong kerjasama pembuatannya yang pertama dengan rakan kongsi yang berpangkalan di China. Projek ini dijangka menjana pendapatan sehingga MYR80j sebaik sahaja ia beroperasi dengan sepenuhnya. Dalam hal berasingan, kerjasamanya dengan Unicomp Technology mengembangkan peluang pertumbuhan menerusi pengedaran sistem-sistem
pemeriksaan sinar-X di rantau ASEAN (TAM: kira-kira USD5j setahun) dengan pendapatan awal dijangka diperoleh dari 4QFY26 sebelum menjadi sebuah pusat pembuatan serantau selepas fasa penyelidikan & pembangunan (R&D) selesai.

Perolehan dan TP

Kami tingkatkan perolehan FY26F-28F sebanyak 2%, 12% dan 11% supaya mencerminkan andaian hasil lebih kukuh yang diperkuat oleh keterlihatan buku pesanan yang bertahan dan pemulihan segmen pembuatan yang didorong oleh MedTech. Kami jangkakan margin akan menaik mulai 2Q26, dibantu oleh kadar penggunaan kilang lebih tinggi dan jangkaan pemulihan untuk bahagian pembuatannya. Kami menganjakkan penilaian kami ke FY27F dan mengekalkan P/E FY27F pada 23x, untuk memperoleh TP baharu sebanyak MYR0.69.

Faktor pemacu utama

i. Permintaan semikonduktor yang meningkat menyokong segmen kejuruteraan nilainya
ii. Pertumbuhan segmen pembuatan didorong oleh pesanan berkaitan teknologi perubatan
iii. Sumbangan berperingkat daripada kerjasamanya di China.

Risiko utama

i. Turun naik pesanan
ii. Kenaikan kos input
iii. Kemerosotan nilai USD berbanding MYR.

Pemegang Saham (%)

WA Capital – 26.2
Weng Chew Ne – 2.8
Norges Bank – 2.5

Profil Syarikat

QES terlinat dalam pengedaran peralatan pemeriksaan, ujian dan pengukuran, bahan-bahan, dan penyelesaian kejuruteraan. Ia juga mengilangkan peralatan pemeriksaan optikal, stok wafer, dan peralatan
berautomasi lain, khususnya untuk segmen semikonduktor.

Penganalisis
Lee Meng Horng +603 2302 8115 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.