Disebabkan Covid-19, Tisu, Pembersih Tangan (Hand Sanitizer) Dan Keperluan Asas Menjadi Rebutan

Tersebar video pembelian tisu tandas secara panik di beberapa buah supermarket di Australia. Kesannya kosong rak yang menjual tisu. Pembelian barang seperti hand sanitizer, pasta, beras, air serta tisu menjadi barang pilihan kerana ia barang keperluan asas untuk tinggal di rumah dan langkah untuk menjaga kebersihan dengan wabak yang telah merebak ke seluruh dunia ini.

Situasi ini juga telah berlaku di Singapura dan Indonesia juga panik dengan hadirnya virus Covid-19 ini. Negara Arab Saudi juga mengambil langkah menghentikan sementara urusan umrah dan melawat masjid Nabawi buat masa ini.

Setakat ini virus ini diberi nama 2019-nCOV, yang bermaksud “2019 novel coronavirus”. Ia adalah sejenis novel coronavirus merbahaya yang ketiga yang menyerang populasi dunia selepas SARS pada tahun 2003 dan MERS pada tahun 2012.

Wabak SARS telah menyebabkan kerugian pasaran sebanyak $40 bilion USD, adakah wabak Wuhan Coronavirus ini akan membawa kerugian ekonomi yang sama atau lebih dari itu?

Sekiranya situasi ini masih berlanjutan, kesan ekonomi terhadap negara Asia dan terutamanya China amat terasa. Seperti kita sedia maklum, China merupakan salah satu negara pembuatan barangan dengan kos yang murah.

Sektor yang lain terjejas adalah pelancongan dan penerbangan. Namun,sektor yang mendapat permintaan tinggi adalah kesihatan dan penjagaan diri, termasuklah barangan keperluan asas bagi kawasan dan negara yang terlibat.

Update terkini dari: https://experience.arcgis.com/experience/685d0ace521648f8a5beeeee1b9125cd

Terkini, Malaysia dilanda gelombang kedua Coronavirus selepas mangsa ke-26 dikenalpasti sebagai suspek yang menyebarkan virus ini. Latar belakang beliau yang merupakan orang penting dalam sebuah syarikat memerlukan beliau hadir ke beberapa mesyuarat penting dan majlis keraian. Selepas hampir sebulan baru dikenalpasti belaiau dijangkiti virus ini.

“Berdasarkan siasatan dan pengesanan kontak yang dijalankan sehingga kini, terdapat 215 kontak rapat yang dikesan.

“Daripada jumlah kontak rapat berkenaan, 16 kes adalah positif, 19 negatif dan 180 individu masih menunggu keputusan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. 

Kita semua dinasihatkan agar tidak panik dengan melakukan panic-buying dan sentiasa mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan seperti yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mereka yang berkunjung ke negara berisiko seperti China, Korea Selatan, Jepun dan Itali; hendaklah mematuhi nasihat perjalanan dan kesihatan yang dikeluarkan dan segera ke hospital atau klinik sekiranya mempunyai simptom seperti batuk, demam dan sesak nafas.

Disebabkan penularan wabak ini jugalah, sindrom ‘panic attack’ turut berlaku dalam pasaran saham.

Kredit Gambar: CNBC

Ia menjadikan pelabur menjual dengan kadar lebih cepat bagi mengelakkan kerugian berterusan.

Namun yang demikian, ada kelebihan juga bagi yang ingin melabur dalam pasaran unit amanah kerana harga sedang murah, masa inilah ungkapan “Be greedy when others fearful” sesuai untuk digunakan.

Didoakan agar kemelut virus ini berakhir dengan segera. Jika ia berterusan, kesannya amat besar kepada seluruh dunia.

Sumber Rujukan:

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dagangan Sekuriti Ireka Akan Digantung Pada 3 Okt, Berdepan Risiko Dinyahsenarai

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia Securities Bhd akan menggantung dagangan sekuriti Ireka Corporation Bhd (ICB) berkuat kuasa 3 Okt 2025.

Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata bursa telah menolak permohonan ICB untuk melanjutkan masa bagi mengemukakan pelan penyusunan semulanya.

Melainkan rayuan dikemukakan pada atau sebelum 2 Okt, sekuriti syarikat itu akan dinyahsenarai daripada Senarai Rasmi Bursa Malaysia pada 7 Okt.

Menurut Bursa Malaysia, sebarang rayuan yang dikemukakan selepas tempoh masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Sekiranya rayuan dibuat dalam tempoh masa itu, penyahsenaraian akan ditangguhkan sementara menunggu keputusan.

“Bagaimanapun, Bursa Securities akan meneruskan untuk menggantung dagangan sekuriti syarikat pada 3 Okt, walaupun keputusan rayuan syarikat masih belum selesai,” kata ICB.

Sebaik sahaja dinyahsenarai, sekuriti ICB akan ditarik balik daripada Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd, dengan syarikat itu terus mengekalkan maklumat pemegang sahamnya dalam daftarnya.

ICB berkata syarikat itu akan menjadi entiti tidak tersenarai dan kekal dapat beroperasi serta meneruskan penstrukturan semula korporat.

Hak pemegang saham akan kekal dilindungi di bawah Akta Syarikat 2016, walaupun saham mereka tidak lagi disebut harga atau didagangkan di Bursa Malaysia.

Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa, syarikat itu melaporkan bahawa ia telah gagal membayar balik pinjaman berjumlah RM1.04 juta kepada Hong Leong Bank Bhd (HLBB) dan AmBank (M) Bhd.

ICB berkata kemungkiran bayaran itu berkaitan dengan kemudahan pembiayaan yang asalnya diberikan kepada bekas anak syarikat milik penuhnya, Ireka Engineering & Construction Sdn Bhd (IECSB), yang telah menamatkan operasi.
— BERNAMA