Covid-19 Risiko Utama Kepada Ketidaktentuan Pasaran Global Ketika Ini

Pasaran saham Asia membuat kenaikan empat hari berturut-turut sejak hari Isnin (2 Mac 2020) berikutan kenaikan mendadak Wall Street selepas pengumuman mengejut oleh bank pusat Amerika Syarikat (Federal Reserve) pada hari Selasa (3 Mac 2020)

Dalam masa yang sama dewan perwakilan di Amerika Syarikat (House of Representative) juga telah meluluskan sejumlah dana US$8.3 bilion untuk melawan penyebaran jangkitan virus Covid-19 di negara Uncle Sam itu.

Dow Jones Industrial Index (DJIA) pada Rabu menokok 4.53% dengan S&P 500 naik sebanyak 4.22% dan Nasdaq ditutup 3.85% lebih tinggi berikutan suntikan dana oleh kerajaan untuk melawan Covid-19 dan juga rangsangan monetari oleh bank pusat.

Pasaran Asia mengikut jejak Wall Street dengan Indeks MSCI Asia Pasifik merekodkan kenaikan 0.7%. Indeks utama saham Asia seperti Nikkei 225 naik sebanyak 1.09%, Kospi di Korea Selatan meningkat 1.26% dan CSI 300 di China dengan 2.23% lebih tinggi.

Malaysia tidak terkecuali daripada kenaikan ini dengan peningkatan sebanyak 0.07% pada hari Khamis (5 Mac).

Walaupun setakat pada hari Khamis sentimen pasaran dilihat semakin baik, tetapi kebimbangan terhadap Covid-19 semakin memuncak dengan jangkitan virus tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda untuk reda dan terus meragut nyawa di seluruh dunia.

Terbaru, Itali sebagai antara negara di luar China yang merekodkan kes tertinggi telah mengarahkan penutupan semua sekolah di negara itu; dan California salah sebuah negeri di Amerika Syarikat juga telah mengumumkan darurat.

Bank Pusat Dunia Bertindak

Pihak berautoriti seperti bank pusat telah bertindak melonggarkan dasar kewangan seperti yang dilakukan oleh Federal Reserve (The Fed), Bank of Canada (BoC) termasuk juga Bank Negara Malaysia (BNM). The Fed pada hari Selasa (3 Mac 2020) telah mengumumkan pemotongan kadar faedah dasar (Fed Fund Rate) sebanyak 50 mata asas yang membawa kadar ke paras 1.25%. Bank pusat Kanada juga mengikuti jejak langkah The Fed dengan menurunkan kadar faedahnya sebanyak 0.50% kepada 1.25%.

Tidak terkecuali Malaysia yang lebih awal menurunkan kadar faedahnya pada Isnin (2 Mac) melalui BNM dengan pemotongan 25 mata asas yang membawa Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.50%. BNM menyatakan penurunan ini bertujuan bagi menyediakan persekitaran untuk menyokong pertumbuhan ekonomi lebih baik dengan risiko Covid-19 yang semakin meningkat di seluruh dunia.

Walaupun tidak semua bank pusat di dunia menurunkan kadar faedah, tetapi kesemuanya cenderung untuk melonggarkan dasar monetari untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi masing-masing disebabkan aktiviti ekonomi yang semakin perlahan terutamanya kini dunia berhadapan dengan gelombang kedua virus Covid-19.

Aktiviti Ekonomi di China Jatuh Mendadak

Dalam laporan yang dikeluarkan pada hari Rabu (4 Mac 2020), sektor perkhidmatan di China kini merekodkan bacaan paling rendah sejak 14 tahun lalu. Bukan itu sahaja, bacaan indeks dalam sektor pembuatan yang dikeluarkan terlebih dahulu pada Isnin jatuh ke paras terendah yang pernah direkodkan 16 tahun lalu dengan bacaan 40.3.

Permintaan dari dalam dan luar negara kini merosot dengan komponen perniagaan baru dan eksport jatuh ke paras kemelesetan. Keyakinan terhadap ekonomi China juga semakin merosot berikutan jangkitan virus yang berlaku di negara itu.

Pelabur Beralih Ke Aset Selamat (Safe Haven)

Covid-19 adalah satu ketidaktentuan (uncertainty) dalam pasaran yang telah menyebabkan kejatuhan pasaran saham dan juga peningkatan volatility (naik-turun) dalam pasaran kewangan secara keseluruhan. Kesan Covid-19 dapat dilihat melalui kenaikan nilai aset-aset tertentu seperti emas, matawang Yen, dan kejatuhan hasil-bon. Sebaliknya, Covid-19 telah menyebabkan kejatuhan dalam aset berisiko seperti saham.

Pelabur beralih ke aset safe haven kerana mereka mahu mengekalkan atau mencari alternatif lain bagi meningkatkan dana pelaburan mereka dalam keadaan berisiko ketika penurunan pasaran saham.

Tempoh 19 Februari 2020 hingga kini menunjukkan pengukuhan matawang Yen sekaligus menimbulkan beberapa tanda amaran lain yang membuktikan kita kini memasuki satu tempoh yang volatile. Hasil-bon (US10 Year Yield) telah menjunam, harga emas pula bergerak tidak menentu.

Korelasi pasaran melibatkan indeks saham dan aset safe haven Sumber: Investing.com

Carta di atas menunjukkan pergerakan aset yang boleh kita kaitkan semasa kejatuhan pasaran saham pada sekitar 19 Februari 2020. Terdapat empat carta termasuk Indeks Dow Jones (Merah), pasangan matawang USD/JPY (Hijau), Hasil-bon 10 tahun kerajaan AS (US10-Year Yield) dan harga emas.

Kejatuhan pasaran jelas kita lihat dalam indeks Dow Jones sejak 19 Februari 2020 hingga ke penghujung bulan tersebut. Hal ini menyebabkan peningkatan permintaan aset safe haven dengan kenaikan Yen, penurunan Hasil-bon berikutan permintaan tinggi terhadap bon kerajaan Amerika Syarikat.

Dalam hal ini, pergerakan dalam harga emas menarik untuk dilihat kerana korelasi yang sedikit bertentangan dengan sifatnya sebagai aset selamat di mana pergerakannya agak tidak menentu sejak 19 Februari yang lalu.

Sumber Rujukan:

Ditulis oleh Rolandshah Hussin, seorang pelabur runcit dalam pasaran kewangan. Beliau adalah graduan dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya dan kini memegang jawatan sebagai penganalisis konten di sebuah syarikat yang berpangkalan di China.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerajaan Baharu Argentina Harap Projek LNG Dengan Petronas Akan Diteruskan – Mondino

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.

“Kami berharap dapat memberikan semua jaminan yang diperlukan untuk pelaburan ini diteruskan,” kata Menteri Luar, Perdagangan Antarabangsa dan Ibadat Argentina Diana Mondino kepada Bernama.

Mondino, yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi sulungnya, dijangka mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Petronas pada Isnin 18 Mac, 2024 untuk membincangkan aktiviti Petronas di Argentina.

Pada 1 Sept, 2022 Petronas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas bersepadu terbesar Argentina, YPF, untuk meneruskan kerjasama di negara Amerika Selatan itu dalam projek LNG bersepadu serta bidang lain termasuk minyak huluan, petrokimia dan penyelesaian tenaga bersih.

Selain MoU itu, YPF dan entiti operasi Petronas di Argentina, Petronas E&P Argentina S.A., memeterai perjanjian kajian dan pembangunan bersama ke arah pelaksanaan kajian dan pembangunan potensi projek LNG Bersepadu Argentina.

Perkara itu akan merangkumi pengeluaran gas huluan khusus, pembangunan saluran paip dan infrastruktur khusus, pengeluaran LNG serta pemasaran dan penghantaran.

Keputusan pelaburan akhir (FID) untuk projek itu akan dilaksanakan selepas penilaian teknikal dan komersial yang teliti dijalankan, disokong oleh terma, perundangan dan dasar fiskal yang kondusif.

Pakatan strategik Petronas dengan YPF bermula pada 2014 melalui perkongsiannya dalam projek La Amarga Chica, Vaca Muerta, sebagai sebahagian daripada aspirasi pertumbuhannya di benua Amerika.

Mondino berkata negara itu boleh mengeksport banyak produk gas dan minyak ke peringkat dunia.

“Argentina boleh mengeksport banyak gas kepada dunia namun kami belum mempunyai teknologi untuk mencairkan gas dan pengangkutan…bukan di tahap yang sepatutnya.

“Banyak perubahan politik berlaku di negara saya dan kini, kami jauh lebih pantas. Sebenarnya, perkara ini boleh bermula bertahun-tahun yang lepas namun tidak berlaku. Kami akan memajukan pelaburan seperti ini,” katanya.

Dilaporkan pada 13 Mac, 2024 YPF dan Petronas telah membuat penangguhan selama setahun untuk memuktamadkan FID bagi fasa pertama projek itu.

— BERNAMA