Apa Itu Pelaburan Saham? Anda Pasti Faham Maksud Saham Lepas Baca Artikel Ini

Topik sebelum ini, kita dah tengok serba sedikit tentang apa itu pelaburan. Masih ada yang tak clear ke?

Bagi yang masih tak berapa faham, Pak Teh repeat semula:

“Pelaburan adalah memperuntukkan duit dengan harapan ia bertambah nilai pada masa hadapan”

Maksud mudahnya, katakan kita melabur RM1,000; kita nak tengok duit kita berkembang jadi RM1,100 atau memberi pulangan 10%. Ada yang perlukan masa setahun, ada yang beberapa bulan; tak kurang juga yang mengambil masa beberapa tahun.

Kalau macam itu, pelaburan saham pula bagaimana?

Tapi sebelum itu, kena bagi faham dulu apa maksud saham.

Jom kita tengok contoh ni dulu:

Ali minat berniaga sejak dari kecil lagi. Sesudah tamat persekolahan, Ali mula berniaga nasi lemak di tepi jalan berhampiran apartmen kediaman beliau. Dengan kelazatan sehingga menjilat jari, nasi lemak Ali semakin laku. Dengan pertambahan permintaan, Ali terpaksa menggaji pekerja dan menambah pengeluaran nasi lemak beliau.

Kalau sebelum ini, Ali menjual 100 bungkus sehari – kini ia mencecah hampir 1,000 bungkus sehari.

Makin lama, makin terkenal pula Nasi Lemak Ali dan beliau mula membuka beberapa gerai di taman bersebelahan. Namun, impian Ali adalah untuk membuka kedai di seluruh Malaysia. Tapi impian tersebut memerlukan modal yang besar mencecah jutaan ringgit. Sebijik kedai dengan sewa nya, dengan renovation nya, dengan upah pekerja nya, dengan logistik nya lagi – memerlukan modal yang sangat besar dan Ali sememangnya tidak memiliki modal sebesar itu.

Ali ada pergi berjumpa dengan beberapa institusi kewangan tetapi proposal beliau untuk mendapatkan modal tersebut gagal. Justeru, beberapa ahli keluarga Ali dan kenalan rapat beliau mula mengumpul dana.

Berkat kesabaran dan pujuk rayu Ali, akhirnya terkumpul juga RM1 juta bagi Ali membuka kedai di beberapa lokasi bagi menampung permintaan yang semakin bertambah; dan juga menambah keselesaan pembeli. Kini Ali mula menjual air serta menambah beberapa menu baru dan pengunjung pula boleh makan dengan selesa. Siap ada air-cond lagi tu…

Dengan RM1 juta ‘pinjaman’ ahli keluarga dan kenalan Ali tadi, beliau membayar sejumlah wang kepada mereka setiap tahun mengikut jumlah keuntungan tahunan perniagaan nasi lemak tadi. 

“Keuntungan” yang kembali kepada pelabur ini pada asasnya dipanggil dividen.

Konsep saham berkait rapat seperti di atas ini. Jom kita kenali beberapa watak yang terlibat:

  1. Ali – seorang peniaga yang berbakat, mempunyai visi dan masa depan. Senang cerita Ali merupakan seorang usahawan yang hebat
  2. Peminjam – terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai Ali yang percaya kepada prospek dan masa depan perniagaan yang dijalankan Ali. Mendapat pulangan setiap tahun bergantung kepada keuntungan (jika rugi sama-sama rugi)

Dengan erti kata lain, pelabur saham bererti orang yang melabur duit ke dalam perniagaan yang berpotensi berkembang dan dapat memberikan pulangan.

Apa yang anda perlukan sebagai pelabur bijak, adalah untuk melihat dan menilai potensi naiknya sesebuah perniagaan. Perniagaan tersebut untung besar, anda sebagai pelabur pun bakal untung besar.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.