Mak Ayah Pesan: Simpan Semua Duit Dalam ASB & Tabung Haji. Salah Tak Kalau Kita Nak Lain Sikit?

“Cukup dah simpan kat ASB, Tabung Haji…”

Saya dibesarkan dengan formula yang sama macam ramai orang.

Untuk majoriti, ASB dan Tabung Haji sangat berguna sebab:

  • Tempat parking duit yang selamat (rendah risiko)
  • Tak nampak turun naik. Senang nak tidur malam.
  • Sesuai untuk simpanan jangka sederhana
    Contoh:
    • nak kahwin dalam 2–5 tahun,
    • deposit untuk tukar kereta,
    • tabung kecemasan 3–6 bulan gaji.

Untuk tujuan macam ni, ASB/Tabung Haji memang dah ok sangat. Tak perlu overcomplicate.

Sejarah Pulangan Dividen ASB Dari Tahun 2014 – 2024

Baca lagi Memahami ASB: Pelaburan, Kepatuhan Syariah, dan Manfaat kepada Masyarakat Islam

Antara Selamat dan Berani Ambil Risiko

Salah ke kalau kita nak lain sikit?

Bukanlah berdosa semata-mata sebab kita tak ikut 100% nasihat pelaburan mak ayah.

Kalau:

  • Kita masih hormat mereka,
  • Jelaskan elok-elok,
  • Duit tu kita labur dalam instrumen yang patuh syariah dan diharuskan,

…itu lebih kepada perbezaan pandangan kewangan antara generasi.

Ada orang dia perlukan campuran aset lain yang berpotensi tumbuh lebih laju. Dia percaya sebahagian duit patut duduk di tempat selamat, sebahagian lagi perlu bekerja lebih keras melalui pelaburan yang lebih berisiko. Dia dah jangka akan turun naik (untung dan rugi) macam roller coaster, tapi asalkan ada peluang untuk dapat pulangan yang lebih tinggi, dia sanggup hadap.

Saya juga jenis yang macam itu.

Memang banyak sangat pilihan pelaburan yang lebih berisiko. Ada yang memilih saham, ETF, REIT, unit trust. Ada yang kejar kripto, ada juga yang cuba benda macam futures (FCPO) dan macam-macam lagi. Setiap satu menjanjikan potensi pulangan yang nampak menggiurkan tapi pakej sekali dengan risiko yang boleh buat jantung berdegup laju.

Cuma masalahnya, masa membesar dulu tak ada siapa cerita pun pasal pasaran saham Bursa Malaysia.

Di rumah, yang selalu disebut cuma simpan duit dalam bank, buka akaun SSPN, ASB dan Tabung Haji.

Di sekolah, kita diajar rajin belajar supaya dapat kerja bagus atau jadi usahawan berjaya tapi tak diajar macam mana duit itu boleh “bekerja keras” untuk kita.

Mungkin anda pun sama macam saya dulu yang tahu saham itu wujud, tapi tak pernah ada siapa betul-betul duduk dan terangkan macam mana semuanya berfungsi, dan apa risiko sebenar di sebalik “potensi pulangan tinggi” itu.

Jangan marah ya, di hujung cerita ni kami selit sikit info pasal buku yang kami tulis. Bukan nak paksa beli, cuma kalau rasa nak belajar lebih mendalam, buku tu dah ready menunggu.

Bila saya mula faham tentang saham:

  • Rupa-rupanya banyak syarikat besar di Malaysia saham dia patuh syariah. Setakat 30 Mei 2025, sebanyak 850 daripada kira-kira 1,056 saham tersenarai di Bursa Malaysia diklasifikasikan sebagai patuh Syariah – lebih kurang 80%.
  • Rupa-rupanya kita boleh menjadi sebahagian daripada pemilik Tenaga Nasional, Takaful Malaysia, Mr DIY, Gamuda, Oriental Kopi dan banyak lagi.
  • Rupa-rupanya dividen + kenaikan harga saham dalam jangka panjang boleh kalahkan inflasi.
  • Rupa-rupanya nak mula melabur saham tak semestinya perlukan modal berbelas ribu; sedikit demi sedikit pun boleh.
  • Rupa-rupanya masuk dunia saham ikut rasa hati memang mengundang bahaya. Tapi bila kita miliki ilmu dan disiplin, sebenarnya itulah antara cara paling masuk akal untuk bina kekayaan.
  • Rupa-rupanya rugi tu normal, bukan aib. Semua orang yang melabur saham cukup lama mesti pernah rasa. Yang penting bukan “macam mana nak elak rugi 100%”, tapi macam mana nak kawal risiko dan kekal waras bila rugi.
  • Rupa-rupanya ada orang yang senyap-senyap tambah saham setiap bulan, tak riuh di media sosial, tapi itu antara cara mereka persiapkan diri untuk persaraan.

Tapi masa mula nak belajar, saya sendiri pening dengan jargon seperti “IPO, dividend yield, support, resistance”.

Sebelum saya tulis buku “Malaysia Melabur Saham”, saya bukan terus pandai sendiri. 10 tahun lepas saya bermula macam orang lain juga – duduk, dengar dan belajar daripada ramai sifu dan cikgu.

Antara nama yang banyak membuka mata saya:

  • Datuk Haji Mohd Asri – yang selalu tekankan bab disiplin dan emosi bila melabur.
  • Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK) – banyak ajar cara tengok pasaran dari sudut “big picture”.
  • Haji Zainal Ariffin – tekankan pentingnya kefahaman, bukan sekadar ikut-ikutan.

Saya pergi seminar, dengar ceramah, catat nota.

Tapi bila saya tengok sekeliling, saya perasan ramai yang dah pergi seminar sana-sini, dah follow ramai guru saham tapi masih takut nak mula, atau masih tak faham asas.

Sebab itu saya tulis buku Malaysia Melabur Saham dalam bahasa yang macam kawan explain dekat kawan.

Buku ini adalah usaha kecil saya untuk himpunkan apa yang saya belajar, disusun semula dalam gaya orang biasa supaya anda yang baru nak bermula tak rasa lost.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Meridian Ditegur Bursa, Didenda RM8,500

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd mengenakan teguran secara terbuka terhadap Meridian Bhd dan Pengarah Eksekutifnya, Tang Boon Koon, selepas syarikat itu didapati melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities (LR Utama).

Tang turut dikenakan denda keseluruhan RM8,500 berikutan pelanggaran berkenaan.

Bursa Malaysia Securities dalam kenyataan berkata, Meridian melanggar perenggan 9.23(1) LR Utama kerana gagal menerbitkan laporan tahunan termasuk penyata kewangan diaudit dalam tempoh ditetapkan bagi tempoh kewangan 17 bulan berakhir 30 November 2023 dan tempoh kewangan 18 bulan berakhir 31 Mei 2025.

Menurutnya, laporan tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 30 November 2023 hanya diterbitkan pada 5 April 2024, iaitu lewat lima hari urus niaga selepas tarikh akhir pada 31 Mac 2024.

Sementara itu, laporan tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 31 Mei 2025 diterbitkan pada 8 Oktober 2025, iaitu lewat enam hari urus niaga selepas tarikh akhir pada 30 September 2025.

“Tang, Pengarah Eksekutif Meridian pada masa itu, melanggar perenggan 16.13(b) LR Utama kerana membenarkan Meridian melakukan pelanggaran berkenaan serta dikenakan teguran secara terbuka selain denda keseluruhan berjumlah RM8,500,” katanya.

Bursa Malaysia Securities turut mengarahkan Meridian memastikan Tang dan kakitangan berkaitan menghadiri program latihan pematuhan LR Utama, khususnya berkaitan penyata kewangan.

Selain itu, lembaga pengarah syarikat diminta menyemak semula kecukupan serta kecekapan sumber kewangan dan perakaunan, selain dasar serta prosedur pelaporan kewangan syarikat.

Bursa Malaysia Securities berkata, dapatan pelanggaran dan tindakan terhadap Meridian serta Tang dibuat menurut perenggan 16.19 LR Utama selepas proses sewajarnya selesai dengan mengambil kira semua fakta dan keadaan berkaitan kes berkenaan.

Pertimbangan itu termasuk kepentingan material pelanggaran, kesannya terhadap Meridian serta pemegang saham atau pelabur, selain peranan, tanggungjawab, pengetahuan dan tingkah laku Tang.

Bursa Malaysia Securities memandang serius pelanggaran berkenaan kerana penyerahan penyata kewangan dalam tempoh ditetapkan adalah kewajipan asas bagi syarikat tersenarai.

“Amat penting untuk memastikan pasaran yang teratur dan adil bagi sekuriti yang diniagakan di Bursa Malaysia Securities serta perlu bagi membantu keputusan pelaburan yang termaklum.

“Bursa Malaysia Securities turut mengingatkan Meridian dan lembaga pengarahnya mengenai tanggungjawab masing-masing untuk mengekalkan piawaian tanggungjawab korporat serta akauntabiliti yang sewajarnya kepada pemegang saham dan orang awam yang melabur,” katanya.

Menurut Bursa Malaysia Securities, kelewatan penerbitan laporan tahunan berkenaan berpunca terutamanya daripada kegagalan Meridian menyelenggara serta menyediakan maklumat, dokumen dan rekod perakaunan yang diperlukan kepada juruaudit luar.

Keadaan itu turut menyebabkan juruaudit memberikan pendapat penafian terhadap kedua-dua set penyata kewangan diaudit berkenaan.

Pendapat penafian itu mencetuskan kriteria yang ditetapkan di bawah Nota Amalan 17 (PN17), sekali gus menyebabkan Meridian diklasifikasikan sebagai penerbit berstatus PN17 pada 8 April 2024.