Siapa Jerung Antarabangsa Dan Di Mana Mereka Suka Melabur?

Istilah jerung biasanya digunakan untuk pelabur Institusi yang mempunyai modal berbilion juta untuk melabur ke dalam syarikat-syarikat yang didagangkan di Bursa Malaysia.

Kalau di Malaysia, kita pernah mengupas peihal Kenali 7 Jerung Yang Paling Banyak Melabur di Bursa Malaysia. Secara ringkasnya seperti di bawah:

  1. Khazanah Nasional Berhad – RM265.1 Billion
  2. Permodalan Nasional Berhad – RM186.3 Billion
  3. Petronas – RM172.6 Billion
  4. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – RM31.2 Billion
  5. Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) – RM15.7 Billion
  6. Lembaga Tabung Haji – RM11.8 Billion
  7. Dimilki Kerajaan Negeri – RM7.7 Billion

Kesemua entiti ini melabur sehingga 43.53% daripada jumlah dagangan di Bursa Malaysia bagi bulan Mac 2018.

Gambar Rujukan: Trading Participation by Category of Investors (Fail PDF)

Kalau kita tengok di atas, Foreign Institutional pula menguasai 25.85% pasaran di Bursa Malaysia dengan lebih daripada RM13 bilion didagangkan untuk bulan Mac 2018. Manakala volume yang didagangkan sangatlah sedikit iaitu sebanyak 9.50% sahaja.

Ini bermakna, jerung-jerung antarabangsa banyak jual beli saham FBMKLCI, saham Blue Chip dan saham-saham ‘mahal’. Mereka lebih gemar membeli saham-saham syarikat yang kukuh dan stabil.

Berbeza sungguh dengan pelabur runcit seperti kita yang gemarkan saham penny stock dan saham bawah RM1.

Siapakah 3 Jerung Antarabangsa Tersebut?

Kredit kepada Puan Roslinah Laikoi di atas perkongsian 3 jerung antarabangsa terbesar ini.

1. BlackRock

BlackRock, Inc. merupakan sebuah institusi pengurusan pelaburan global yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat. Ditubuhkan pada tahun 1988, BlackRock merupakan pengurus aset terbesar dunia dengan $6.3 trilion aset di bawah pengurusan.

Sumber: Wikipedia

Bukan main bilion lagi ni, trilion terus. Tahun 2017 pula untung sampai 4.97 bilion.

Di antara saham-saham pilihan BlackRock di Malaysia:

  • Tenaga Nasional
  • Hartalega
  • Nestle
  • Sime Darby
  • UMW Oil & Gas
  • Sapura Energy

2. Vanguard

The Vanguard Group, Inc. juga berpangkalan di Amerika Syarikat yang mempunyai $5.1 trilion aset di bawah pengurusan.

Sumber: Wikipedia

Di antara saham-saham pilihan Vanguard di Malaysia adalah:

  • Dialog
  • Hartalega
  • MyEG
  • LCTitan
  • Inari
  • Pos Malaysia
  • F&N
  • Sime Darby
  • DRB Hicom
  • Sapura Energy

3. Norges Bank

Seterusnya, Norges Bank dari Norway menerusi anak syarikat pelaburannya yang bernama Norges Bank Investment Management adalah jerung ketiga besar di Malaysia.

Sumber: Wikipedia

Lebih kurang macam KWSP di Malaysia, Norges Bank menguruskan dana rakyat mereka sendiri dengan lebih daripada $1 trilion aset di bawah pengurusan.

Dan di antara syarikat-syarikat yang dilabur Norges Bank adalah seperti berikut:

  • Top Glove
  • Vitrox
  • DRB Hicom

Kesan Penglibatan Jerung Antarabangsa Terhadap Pasaran Saham

Dengan 25% pegangan saham di Bursa Malaysia, sudah pasti mereka ini memberi kesan terhadap pasaran saham di Malaysia kan?

Sumber: iSaham

Graf pertama di atas menunjukkan berapa banyak penglibatan jerung antarabangsa, manakala graf kedua adalah indeks FBMKLCI. Nampak tak ada persamaan di antara kedua-duanya?

Bila jerung antarabangsa melabur banyak, FBMKLCI pun naik. Bila jerung antarabangsa kurang melabur, FBMKLCI pun turun.

Sumber: Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) – Weekly Fund Flow

Kalau diikutkan penyelidikan yang dijalankan oleh MIDF, kita boleh lihat bagaimana pergerakan keluar masuk dana asing. Adakah dengan aliran masuk dan keluar jerungantarabangsa memberi kesan atau tidak kepada harga saham?

Bagaimana Kita Sebagai Pelabur Runcit Nak Ambil Kesempatan?

Pertama, kita memang takde modal sampai bilion atau trilion lah kan? Setakat ribu-ribu atau ratus ribu je yang ada. Kita ni ibarat ikan bilis je dalam pasaran saham.

Itulah sebabnya kita digalakkan untuk ‘berenang’ bersama dengan jerung-jerung ini. Kerana setiap kali mereka melabur, dapat lihat bagaimana volume spike dan harga saham meningkat naik dengan cepatnya.

Sekarang dah tahu jerung antarabangsa masih berminat membawa duit masuk melabur di Bursa Malaysia, jadi itu berita baik. Ini mencerminkan keyakinan yang tinggi di kalangan pelabur antarabangsa dalam kestabilan ekonomi Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.