Tak Beli Saham Glove Tapi Masih Boleh Buat Duit

Ramai yang tahu bahawa sejak pandemik Covid-19 melanda, harga-harga saham di dalam sektor sarung tangan getah (rubber glove) dan penjagaan kesihatan (healthcare) melonjak naik. Ini kerana apabila permintaan terhadap sesuatu barangan dan perkhidmatan meningkat, pendapatan syarikat meningkat dan seterusnya keuntungan syarikat turut meningkat.

Secara lumrahnya, harga saham syarikat juga meningkat naik disebabkan ini. Dan katanya harga saham-saham sarung tangan getah dan penjagaan kesihatan dah berada di puncak, takut pula kalau beli di pucuk nanti.

Baca: Saham-Saham Glove Terus Terbang

Sektor Teknologi Taknak Ketinggalan

Kalau nak tahu, ada lagi satu sektor yang turut meningkat naik iaitu sektor teknologi.

Mengikut pengkelasan oleh Bursa Malaysia, sektor teknologi di pasaran saham terbahagi kepada empat iaitu, Perkhidmatan Digital, Semikonduktor, Perisian dan Peralatan Teknologi.

Jom kita tengok pula prestasi saham-saham yang ada dalam sektor teknologi ini sepanjang tahun ini:

1. Perkhidmatan Digital (Digital Services)

Microlink Solutions

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM0.88
Harga 22 Julai 2020: RM1.69
Kenaikan/Penurunan Tahun 2020: +RM0.81 atau +92.05%

MMag Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM0.29
Harga 22 Julai 2020: RM0.34
Kenaikan/Penurunan Tahun 2020: +RM0.05 atau +17.24%

GHL Systems

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM1.34
Harga 22 Julai 2020: RM2.06
Kenaikan/Penurunan Tahun 2020: +RM0.72 atau +53.73%

MY E.G. Services

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM1.11
Harga 22 Julai 2020: RM1.44
Kenaikan/Penurunan Tahun 2020: +RM0.33 atau +29.73%

2. Semikonduktor (Seminconductor)

Frontken Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM2.31
Harga 22 Julai 2020: RM3.53
Kenaikan/Penurunan Tahun 2020: +RM1.22 atau +52.81%

Inari Amertron

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM1.70
Harga 22 Julai 2020: RM1.83
Kenaikan/Penurunan Tahun 2020: +RM0.13 atau +7.65%

Globetronics Technology

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM2.29
Harga 22 Julai 2020: RM2.42
Kenaikan/Penurunan Tahun 2020: +RM0.13 atau +5.68%

Key Asic

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM0.055
Harga 22 Julai 2020: RM0.085
Kenaikan/Penurunan Tahun 2020: +RM0.03 atau +54.55%

UWC

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM2.14
Harga 22 Julai 2020: RM4.75
Kenaikan/Penurunan Tahun 2020: +RM2.61 atau +121.96%

3. Perisian (Software)

AppAsia

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM0.145
Harga 22 Julai 2020: RM0.42
Kenaikan/Penurunan Tahun 2020: +RM0.275 atau +189.66%

IRIS Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM0.14
Harga 22 Julai 2020: RM0.235
Kenaikan/Penurunan Tahun 2020: +RM0.095 atau +67.86%

N2N Connect

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM0.70
Harga 22 Julai 2020: RM0.795
Kenaikan/Penurunan Tahun 2020: +RM0.095 atau +13.57%

Opensys (M)

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM0.37
Harga 22 Julai 2020: RM0.79
Kenaikan/Penurunan Tahun 2020: +RM0.42 atau +113.51%

4. Peralatan Teknologi (Technology Equipment)

Aemulus Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM0.225
Harga 22 Julai 2020: RM0.295
Kenaikan/Penurunan Tahun 2020: +RM0.07 atau +31.11%

Greatech Technology

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM2.41
Harga 22 Julai 2020: RM5.60
Kenaikan/Penurunan Tahun 2020: +RM3.19 atau +132.37%

JF Technology

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM1.52
Harga 22 Julai 2020: RM3.69
Kenaikan/Penurunan Tahun 2020: +RM2.17 atau +142.76%

MI Technovation

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM1.92
Harga 22 Julai 2020: RM3.90
Kenaikan/Penurunan Tahun 2020: +RM1.98 atau +103.13%

Notion VTEC

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM0.635
Harga 22 Julai 2020: RM0.75
Kenaikan/Penurunan Tahun 2020: +RM0.115 atau +18.11%

Pentamaster Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

Harga 2 Januari 2020: RM4.60
Harga 22 Julai 2020: RM6.65
Kenaikan/Penurunan Tahun 2020: +RM2.05 atau +44.57%

Hebatnya Sektor Teknologi

Di kala banyak sektor lain yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, kelihatan seperti sektor teknologi tidak terkesan sangat. Daripada penny stock ke harga saham di atas RM1, kebanyakannya mencatatkan kenaikan yang memberangsangkan.

Memang menarik apabila melihat portfolio Puan Fazalena Ali yang tak shopping saham-saham dalam sektor sarung tangan, sebaliknya lebih kepada sektor teknologi dan yang lain-lain.

Itulah kelebihan kepada orang yang ada ilmu.

Tenang-tenang saja walau sektor teknologi mengganas lagi 😎Trend is your friend, until it ends when it bends 😉Bukan…

Posted by Fazalena Ali on Selasa, 21 Julai 2020

Tahniah kepada anda semua yang sudah berjaya meraih pulangan yang baik di pasaran saham. Kepada yang baru nak mula melabur, all the best!

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PNB Institusi Pelaburan Keempat Terbaik Global Dalam Skor GSR

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) mencatat pencapaian baharu apabila menduduki tempat keempat terbaik di peringkat global dalam Papan Skor Governance, Sustainability and Resilience (GSR) 2026 yang diterbitkan oleh Global SWF.

PNB turut mengekalkan kedudukan sebagai institusi pelaburan milik negara dengan penarafan tertinggi di Malaysia dalam penilaian yang membabitkan lebih 200 institusi pelaburan milik kerajaan di seluruh dunia.

Dalam penarafan itu, PNB memperoleh markah keseluruhan 88 peratus, merangkumi 90 peratus bagi tadbir urus, 100 peratus untuk kelestarian dan 60 peratus bagi aspek daya tahan.

Pencapaian berkenaan menunjukkan peningkatan ketara berbanding kedudukan ke-17 yang direkodkan pada tahun lalu, sekali gus mencerminkan usaha berterusan organisasi memperkukuh tadbir urus serta amalan perniagaan yang bertanggungjawab.

Menurut PNB, skor penuh bagi komponen kelestarian diberikan berdasarkan kekuatan rangka kerja tadbir urus, ketelusan pendedahan maklumat, komitmen terhadap agenda iklim dan penerapan pertimbangan kelestarian dalam aktiviti pelaburan.

PNB juga memaklumkan bahawa pihaknya memperbaharui Rangka Kerja Kelestarian dengan memberi tumpuan kepada tiga teras strategik iaitu Kelestarian Organisasi, Kepengurusan Bertanggungjawab dan Pembangunan Negara.

Selain itu, antara faktor yang menyokong pencapaian itu ialah kejayaan memenuhi sasaran Perusahaan Sifar Bersih bagi pelepasan Skop 1 dan Skop 2 pada 2025 serta usaha memperkukuh aspirasi Portfolio Sifar Bersih menjelang 2050.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Rizal Rickman Ramli, berkata peningkatan daripada tangga ke-17 kepada tangga keempat global dalam tempoh setahun mencerminkan usaha kolektif organisasi memperkukuh tadbir urus dan daya tahan institusi.

“Pencapaian ini mencerminkan kemajuan yang telah kami capai dalam memperkukuh tadbir urus, menerapkan amalan yang bertanggungjawab dan membina organisasi yang lebih berdaya tahan.

“Pencapaian skor kelestarian sempurna ini merupakan pengiktirafan yang amat bermakna kepada PNB kerana ia mencerminkan komitmen dan usaha berterusan kami untuk mengintegrasikan pertimbangan kelestarian ke dalam cara kami beroperasi, melabur dan melaksanakan kepengurusan.

“Menerusi Rangka Kerja Kelestarian yang telah diperbaharui, kami terus memperkukuh pendekatan yang lebih holistik, berteraskan kelestarian organisasi, kepengurusan bertanggungjawab dan pembangunan negara,” katanya.

— Berita Harian