4 Bentuk Pemulihan Ekonomi Yang Bakal Berlaku Apabila Krisis Covid-19 Ini Berakhir

Krisis Covid-19 yang sedang berlaku telah mengakibatkan kegawatan ekonomi dunia berlaku. Jika dilihat semula kepada sejarah, setiap 10-12 tahun sekali pasti akan berlaku kegawatan.

Pada tahun 1998 kita ada Krisis Kewangan Asia dan pada tahun 2008 kita ada Krisis Subprime. Tapi apa yang berlaku selepas itu?

Ya, ekonomi pulih semula dan menjadi semakin rancak. Setiap kali kegawatan ekonomi berlaku, ianya pasti akan disusuli dengan pemulihan ekonomi.

4 Bentuk Pemulihan Ekonomi

Proses pemulihan ekonomi adalah satu proses yang berlaku selepas setiap kali kegawatan ekonomi melanda. Terdapat 4 bentuk utama yang bakal berlaku diwakili oleh abjad V, U, W dan juga L.

Jom kita tengok keempat-empat bentuk ini dan maksud yang tersirat di sebaliknya.

1. Bentuk V

Bentuk yang pertama adalah “V”. Bentuk ini adalah sangat diinginkan oleh mana-mana negara dalam dunia selepas krisis kemelesatan berlaku.

Ianya bermaksud selepas sesuatu ekonomi itu mengalami kegawatan, kadar pemulihan ekonomi berlaku adalah sangat pantas. Pemulihan yang cepat seperti ini dapat membantu ekonomi sesebuah negara kembali rancak dalam tempoh yang singkat.

Di antara contoh yang pernah berlaku adalah pada tahun 1990. Kita dapat lihat bagaimana ekonomi Amerika Syarikat mengalami kemelesetan hanya dalam tempoh tujuh bulan dan kembali pulih pada pada tahun 1991 dengan pantas.

2. Bentuk U

Bentuk kedua pula adalah bentuk “U” yang hampir sama seperti bentuk “V” tetapi mengambil masa yang lebih lama untuk pulih. Kebiasaannya ia akan mengambil masa setahun untuk pulih.

Contoh pemulihan ekonomi berbentuk “U” adalah ketika krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 2008 yang mengambil masa selama 18 bulan untuk kembali pulih.

3. Bentuk W

This image has an empty alt attribute; its file name is 4-Bentuk-Pemulihan-Ekonomi-Yang-Bakal-Berlaku-Apabila-Krisis-Covid-19-Ini-Tamat3.jpg

Bentuk yang ketiga pula adalah berbentuk “W”. Ianya merupakan bentuk yang merbahaya kepada pelabur jangka pendek kerana pemulihan ekonomi yang berlaku pada mulanya menunjukkan tanda positif. Namun secara tiba-tiba, penurunan berlaku untuk kali kedua dalam tempoh yang singkat.

Di antara contoh yang melibatkan pemulihan ekonomi berbentuk “W” adalah pada awal 1980-an yang disebabkan perubahan polisi kewangan (monetary policy) yang berlaku di Amerika syarikat pada ketika itu.

Ramai pakar beranggapan kemungkinan krisis Covid-19 ini akan berbentuk “W” memandangkan penularan gelombang kedua yang berlaku sekarang ini di banyak negara terutamanya di Amerika Syarikat.

4. Bentuk L

Bentuk yang terakhir pula adalah bentuk “L”. Bentuk ini lebih bahaya sekiranya pemulihan ekonomi mengambil masa yang lama untuk kembali pulih.

Contohnya ketika krisis era 1990-an yang berlaku di Jepun apabila ekonomi negara tersebut mengambil masa selama satu dekad untuk pulih. Jika penawar atau vaksin Covid-19 ini tidak dijumpai di dalam tempoh satu dekad ini, tidak mustahil pemulihan ekonomi ini akan terbentuk sebegini.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.