Sub Topik
Indeks FBM KLCI secara keseluruhannya jatuh 10.82 mata sepanjang April 2023 dan menutup tirai April pada paras 1415.95 mata.
Cubaan indeks untuk mendaki ke paras 1,500 mata belum tercapai setelah indeks dilihat membuat pullback pada bulan April 2023 ini.
Mari kita lihat senarai 10 saham patuh syariah paling rugi untuk bulan April tahun 2023. Senarai saham paling rugi untuk bulan April tahun 2023 adalah seperti berikut:
1. Ageson Berhad
Ageson Berhad merupakan saham patuh syariah paling rugi untuk bulan April 2023 dengan mencatatkan kejatuhan sebanyak 55.0% dalam tempoh sebulan dagangan.
2. Fitters Diversified Bhd
Fitters Diversified Bhd pula merupakan saham kedua paling rugi untuk bulan April 2023 dengan kejatuhan harga sebanyak 43.75%.
3. EP Manufacturing Bhd
Di tempat ketiga pula adalah saham syarikat EP Manufacturing Bhd dengan kejatuhan sebanyak 34.64% dalam tempoh satu bulan dagangan.
4. GDB Holdings Berhad
GDB Holdings Berhad berada di tangga keempat untuk saham paling rugi sepanjang bulan April 2023 dengan kejatuhan sebanyak 31.64%.
5. Alam Maritim Resources Bhd
Di tempat kelima pula adalah syarikat Alam Maritim Resources Bhd yang mencatatkan kejatuhan sebanyak 25% untuk tempoh sebulan pada April 2023.
6. Pesona Metro Holdings Bhd
Seterusnya di tempat keenam adalah saham syarikat Pesona Metro Holdings Bhd dengan kejatuhan sebanyak 24.49% dalam tempoh sebulan dagangan.
7. Amtel Holdings Bhd
Pada tempat ketujuh adalah saham syarikat Amtel Holdings Bhd yang mencatatkan kejatuhan harga sebanyak 23.84% dalam tempoh sebulan dagangan pada April 2023.
8. JAG Berhad
Syarikat Jag Berhad pula adalah kaunter saham kelapan paling rugi untuk bulan April 2023 dengan penurunan sebanyak 23.26%.
9. Sersol Berhad
Sersol Berhad merupakan saham kesembilan paling rugi pada bulan April 2023 dengan kejatuhan sebanyak 22.58%.
10. Asdion Bhd
Yang terakhir di tempat kesepuluh adalah saham daripada syarikat Asdion Bhd dengan penurunan sebanyak 14.29% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan April 2023.
Rugi Itu Pasti, Untung Itu Rezeki
Dalam pelaburan saham, untung dan rugi itu asam garam dalam dunia pelaburan saham ini. Dengan ilmu yang betul, kita mampu mendapatkan keuntungan yang konsisten dan mengawal risiko kerugian kita.
Yang penting, usaha dan jangan pernah kenal erti mengalah.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress