Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Disember 2022

Indeks FBM KLCI gagal bertahan di atas paras 1,500 mata di penghujung bulan Disember 2022 apabila ditutup pada paras 1,495.49. 

Secara keseluruhannya, indeks FBM KLCI dilihat menaik sepanjang bulan Disember 2022 dengan kenaikan sebanyak 0.992%.

Mari kita lihat senarai 10 saham patuh syariah paling rugi untuk bulan Disember tahun 2022. Senarai saham paling rugi untuk bulan Disember tahun 2022 adalah seperti berikut:

Sumber: 

1. Serba Dinamik Holding Berhad

Sumber: 

Serba Dinamik Holdings Berhad merupakan saham patuh syariah paling rugi untuk bulan Disember 2022 dengan mencatatkan kejatuhan sebanyak 50.00% dalam tempoh sebulan dagangan. 

2. Compugates Holdings Bhd

Sumber: 

Compugates Holding Bhd pula merupakan saham kedua paling rugi untuk bulan Disember 2022 dengan kejatuhan harga sebanyak 50.00%. 

3. Key Alliance Group Berhad

Sumber: 

Di tempat ketiga pula adalah saham syarikat Key Alliance Group Berhad dengan kejatuhan sebanyak 50.00% dalam tempoh satu bulan dagangan. 

4. SC Estate Builder Berhad

Sumber: 

SC Estate Builder Berhad berada di tangga keempat untuk saham paling rugi sepanjang bulan Disember 2022 dengan kejatuhan sebanyak 30.77%.

5. Ralco Corporation Bhd

Sumber: 

Di tempat kelima pula adalah syarikat Ralco Corporation Bhd yang mencatatkan kejatuhan sebanyak 23.68% untuk tempoh sebulan pada Disember 2022. 

6. Advance Information Marketing

Sumber: 

Seterusnya di tempat keenam adalah saham syarikat Advance Information Marketing dengan kejatuhan sebanyak 21.05% dalam tempoh sebulan dagangan. 

7. Metronic Global Bhd

Sumber: 

Pada tempat ketujuh adalah saham syarikat Metronic Global Bhd yang mencatatkan kejatuhan harga sebanyak 20.00% dalam tempoh sebulan dagangan pada Disember 2022. 

8. Sunsuria Berhad

Sumber: 

Syarikat Sunsuria Berhad pula adalah saham kelapan paling rugi untuk bulan Disember 2022 dengan penurunan sebanyak 19.51%. 

9. Jaks Resources Berhad

Sumber: 

Jaks Resources Berhad merupakan saham kesembilan paling rugi pada bulan Disember 2022 dengan kejatuhan sebanyak 18.97%.

10. YBS International Berhad

Sumber: 

Yang terakhir di tempat kesepuluh adalah saham daripada syarikat YBS International Berhad dengan penurunan sebanyak 18.03% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan Disember 2022.

Ada Tiga Saham Paling Rugi Dengan Kejatuhan 50%. 

Ada tiga saham paling rugi dengan kejatuhan paling teruk pada bulan Disember 2022 kali ini sementara saham paling rugi yang lain mengalami kerugian sekitar 18% hingga 30% sahaja. 

Adakah anda salah seorang yang mengalami kerugian pada bulan Disember lepas? Jangan risau dan jangan berputus asa. Peluang akan sentiasa ada. 

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Feytech Catat Keuntungan Sebelum Cukai RM6.07 Juta

Petaling Jaya: Feytech Holdings Berhad (5322) mencatatkan peningkatan 129% tahun ke tahun dalam keuntungan sebelum cukai (PBT) kepada RM6.07 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026 (“1Q FY2026”).

Hasil Kumpulan meningkat 32% kepada RM38.93 juta, hasil daripada fokus strategik Kumpulan terhadap campuran produk bernilai tinggi dan leverage operasi.

Segmen tempat duduk automotif menjadi pemacu utama pertumbuhan, berkembang 68.9% atau RM23.57 juta tahun ke tahun. Margin keuntungan kasar segmen itu meningkat kepada 27.2% berbanding 20.0% pada 1Q FY2025, mencerminkan penyerapan kos yang lebih baik, kecekapan operasi dan campuran produk yang lebih menguntungkan merentasi operasi pembuatan Kumpulan.

“Keputusan suku pertama menunjukkan kekuatan teras pembuatan Feytech dan keupayaan kami melaksanakan keputusan produk yang tepat.

“Kami telah meningkatkan profil margin dengan ketara sambil memperoleh projek baharu yang akan menyokong keterlihatan hasil untuk beberapa tahun akan datang. Asas yang sedang kami bina kini direka untuk memberikan nilai yang mampan, bukan sekadar nilai segera,” kata CEO Feytech, Connie Go.

Sepanjang suku tersebut, Feytech memperoleh kontrak baharu pembekalan sarung tempat duduk dengan Proton bagi model akan datang.

Kontrak selama 84 bulan itu dijangka menjana kira-kira RM96.83 juta jumlah hasil, dengan purata RM13.8 juta setahun dan sekali gus mengukuhkan lagi keterlihatan buku tempahan jangka panjang Kumpulan bersama pelanggan OEM utamanya.

Kumpulan turut memperoleh kontrak OEM dengan Chery dan Hyundai melalui saluran pemasangan Completely Knocked-Down (CKD), sekali gus memperluaskan rangkaian hubungannya dengan jenama automotif antarabangsa utama.

Feytech juga melanjutkan tempoh penggunaan RM51.5 juta hasil IPO yang diperuntukkan bagi pembinaan pejabat korporat baharu bersama kilang pembuatan dan gudang serta Kulim Plant 2.

Keputusan itu mencerminkan pendekatan berhati-hati Kumpulan terhadap perancangan projek, membolehkan tempoh pembangunan infrastruktur matang dan memberi keutamaan kepada pembangunan perniagaan berpulangan tinggi sebelum membuat komitmen modal. Kedudukan tunai Kumpulan yang kukuh, dengan deposit, tunai dan baki bank sebanyak RM39.28 juta serta pelaburan lain RM130.26 juta setakat 31 Mac 2026, membolehkannya memastikan setiap ringgit digunakan bagi memaksimumkan nilai pemegang saham.

“Kedudukan tunai kami yang kukuh memberi disiplin kepada kami untuk menggunakan modal di tempat dan masa yang mencipta nilai paling tinggi. Kami tidak tergesa-gesa untuk berbelanja semata-mata untuk berbelanja. Setiap komitmen yang kami buat dinilai berdasarkan kualiti pulangan yang diberikan kepada pemegang saham,” kata Go.

Menjangkakan perubahan struktur dalam industri automotif, Go menambah bahawa Kumpulan “kekal optimis secara berhati-hati tahun ini susulan pengumuman terbaru Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai syarat import EV yang lebih ketat dijangka mendorong pengeluar asing ke arah pemasangan CKD tempatan, yang secara langsung memberi manfaat kepada pembekal alat ganti tempatan seperti Feytech.”