Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Febuari 2018

Indeks FMBKLCI pada awal bulan Februari ini mengalami kejatuhan yang teruk, tetapi nampaknya bersinar kembali pada hujung bulan.

Di kala pasaran saham tidak menentu ini, banyak saham-saham yang mengalami kejatuhan. Sekali lagi diingatkan kepada semua, betapa pentingkan kita membuat Trading Plan dan lagi penting membuat Cut Loss apabila telah jatuh ke paras yang kita telah tetapkan.

Jom kita tengok senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Untuk Bulan Februari 2018 seperti di bawah.

1. Ge-Shen Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

2. Vivocom International Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

3. Salutica (Salute)

Sumber: Bursa Marketplace

4. Brahim’s Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

5. PDZ Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

6. Perdana Petroleum

Sumber: Bursa Marketplace

7. Paragon Union

Sumber: Bursa Marketplace

8. Carimin Petroleum

Sumber: Bursa Marketplace

9. Spring Gallery Berhad (SGB)

Sumber: Bursa Marketplace

10. Daya Materials

Sumber: Bursa Marketplace

OK Ke Rugi 32% Dalam Masa Sebulan?

Sangatlah tak OK, kalau rugi banyak macam ni. Lagi sekali diingatkan supaya anda membuat Trading Plan dan cepat-cepat Cut Loss apabila telah jatuh ke paras yang kita sanggup rugi. Takut-takut kalau rugi besar sebegini, memang demam punya. Ada yang taubat tak nak melabur saham pun ada.

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Februari 2018 di atas adalah berdasarkan Screener Worst Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti 52 Weeks High Screener, All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, Magic Formula Investing dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.