Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Mei 2024

Prestasi FBM KLCI agak baik pada bulan Mei 2024. Pada 20 Mei, ia berjaya melepasi paras 1,600 mata. Namun, KLCI agak merosot dengan penurunan hampir setiap hari pada minggu terakhir.

Sumber: TradingView

Namun secara keseluruhan, KLCI masih lagi berada pada paras Uptrend

Pada artikel yang lain, kami telah kongsikan 10 saham patuh syariah paling untung pada bulan Mei 2024.

Mari lihat 10 saham patuh syariah paling rugi pada bulan Mei 2024.

  1. Ingenieur Gudang Berhad
Sumber: TradingView

Pada bulan Mei 2024, Ingenieur Gudang Berhad mencatatkan penurunan terbesar iaitu sebanyak 45.45%. Saham ini telah susut sebanyak RM0.05 sepanjang bulan menyebabkan harganya kini hanya RM0.06.

  1. Aneka Jaringan Holdings Berhad
Sumber: TradingView

Aneka Jaringan pula di tempat kedua dalam senarai saham paling rugi setelah ia menyaksikan harganya jatuh mendadak pada 28 Mei 2024. Saham ini susut 29.09%.

  1. Seni Jaya Corporation Berhad
Sumber: TradingView

Syarikat yang menjalankan pengiklanan di serata Lembah Klang iaitu Seni Jaya pula menyaksikan sahamnya berada dalam fasa downtrend. Di awal bulan harga saham ini adalah RM0.40 dan ditutup pada RM0.31 pada penghujung bulan.

  1. Lagenda Properties Berhad
Sumber: TradingView

Lagenda Properties menerima berita buruk setelah salah seorang pegawai tertinggi syarikat ditahan SPRM atas urusan jual beli tanah. Ia lalu mengalami gap down setelah berita tersebut tersebar. Ia memberi impak terhadap kejatuhan harga sahamnya sebanyak 17.57%  pada bulan lepas.

  1. SBH Marine Holdings Berhad
Sumber: TradingView

Saham yang baru sahaja disenaraikan ini tidak mendapat minat pelabur untuk terus melabur di dalam syarikat tersebut. Harga saham SBH pada 31 Mei 2024 iaitu RM0.235 semakin menghampiri harganya ketika IPO iaitu RM0.22 sesaham.

  1. Jaya Tiasa Holdings Berhad
Sumber: TradingView

Di tempat keenam saham paling rugi, Jaya Tiasa susut sebanyak RM0.14 atau 11.20% sepanjang bulan Mei. Saham ini dilihat membuat penurunan sejak bulan Mac tahun ini.

  1. Paos Holdings Berhad
Sumber: TradingView

Paos Holdings Berhad pula mengalami kejatuhan sebanyak 9.88%. Saham ini dibuka pada harga RM0.405 dan ditutup pada RM0.365 pada penghujung bulan.

  1. Cypark Resources Berhad
Sumber: TradingView

Carta Cypark mempamerkan saham ini seperti mendapat tekanan jualan berterusan. Sepanjang bulan Mei saham ini telah jatuh sebanyak 8.76%.

  1. PWF Corporation Berhad
Sumber: TradingView

PWF Corporation mengalami kejatuhan di saat akhir iaitu hari terakhir dagangan bulan Mei setelah mengalami gap down. Saham ini ditutup pada RM0.81 dan jatuh sebanyak 8.47%.

  1. CB Industrial Product Holding Berhad
Sumber: TradingView

Kisah CB Industrial adalah mirip kepada PWF kerana mengalami kejatuhan yang besar pada hari terakhir bulan Mei. Bagi saham CB Industrial pula, ia telah jatuh sebanyak 7.30%.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, Bursa Malaysia masih menunjukkan prestasi yang baik serta saham-saham yang membuat kenaikan lebih banyak daripada saham yang membuat penurunan. Sejak kebelakangan ini, banyak berita positif yang telah diumumkan berkaitan semikonduktor dan pusat data (data centre) yang boleh kita perhatikan untuk mencari peluang seterusnya.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Ini Pengaruh Selat Hormuz Kepada Pasaran Minyak Dunia

KUALA LUMPUR: Ketegangan keselamatan maritim di Selat Hormuz susulan konflik ketenteraan Amerika Syarikat (AS)-Israel dan Iran yang kian meruncing, meletakkan laluan air strategik itu di bawah pengawasan ketat antarabangsa.

Tindakan Iran menyekat selat itu sebagai tindak balas terhadap serangan berterusan AS-Israel ke atas wilayahnya disokong Pemimpin Tertinggi, Mojtaba Khamenei, yang dalam mesej awam pertamanya pada 12 Mac, berikrar untuk menyekat Selat Hormuz sebagai ‘kelebihan ke atas AS dan Israel’.

Sekatan, berserta serangan ke atas kapal komersial sejak konflik bermula, telah menimbulkan kebimbangan terhadap akibat gangguan berpanjangan ke atas bekalan minyak dan gas global.

Laluan penting bekalan minyak dunia

Selat Hormuz, yang dikenali sebagai koridor tenaga terpenting di dunia, terletak di antara Iran dan Oman, menghubungkan Teluk Parsi dengan Teluk Oman dan Laut Arab.

Kira-kira 167 kilometer panjang dan hanya 33 kilometer lebar pada titik paling sempit serta kedalaman 200 meter, selat itu berfungsi sebagai satu-satunya laluan laut bagi pengeluar Teluk mengeksport minyak dan gas dalam jumlah besar ke pasaran antarabangsa.

Kira-kira satu perlima daripada bekalan minyak dan gas asli cecair (LNG) dunia melintasi selat itu sekali gus menggariskan kepentingan strategiknya sebagai laluan paling penting di dunia untuk keterjaminan tenaga global.

Menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA), pada 2024, kira-kira 20 juta tong minyak sehari (bpd) transit melalui selat itu dengan anggaran 84 peratus daripada minyak mentah dan kondensat serta 83 peratus daripada LNG yang diangkut ke pasaran Asia.

China merupakan penerima terbesar dengan 5.4 juta bpd dan merangkumi destinasi utama lain seperti India, Jepun dan Korea Selatan, membentuk kira-kira 69 peratus daripada jumlah penghantaran.

Sebagai perbandingan, hanya 0.5 juta bpd minyak mentah dan kondensat yang melalui Selat Hormuz diangkut ke AS pada 2024.

Susulan kepentingannya, gangguan di sepanjang laluan itu boleh mewujudkan krisis tenaga global, terutamanya di Asia yang negara-negaranya amat bergantung pada penghantaran minyak dan gas melalui selat tersebut untuk penjanaan elektrik dan bekalan bahan api.

Medan konflik AS-Israel-Iran

Trafik penghantaran melalui Selat Hormuz menurun dengan mendadak sejak konflik meletus pada 28 Februari, apabila Tehran, yang mengawal selat itu, telah menyekat jalan air tersebut dan mengancam untuk menyasarkan kapal yang dikaitkan dengan AS dan Israel.

Data daripada Perisikan Maritim Starboard menunjukkan purata 153 kapal transit melalui selat itu setiap hari dalam seminggu sebelum konflik, dengan trafik memuncak pada 188 kapal pada 17 Februari.

Jumlah itu menurun secara drastik kepada hanya tujuh kapal pada 6 Mac dan turun kepada tiga dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Sementara itu, menurut agensi keselamatan maritim Britain UKMTO, sekurang-kurangnya 16 kapal di dalam atau berhampiran Selat Hormuz telah diserang setakat 12 Mac dan 20 laporan diterima setakat ini mengenai insiden menjejaskan kapal yang beroperasi di sekitar kawasan itu.

Pengulas dan penganalisis maritim, Nazery Khalid, berkata ancaman Iran tidak boleh diketepikan, menyifatkan serangan baru-baru ini ke atas kapal yang melalui selat itu sebagai sebahagian strategi Tehran untuk mempengaruhi pendapat global mengenai serangan yang tidak diprovokasi dan menyalahi undang-undang ke atas republik itu.

“Jelas bahawa Iran tidak berusaha untuk menandingi kekuatan tentera AS-Israel tetapi untuk berlawan dalam perang asimetri dalam banyak bidang termasuk dalam bidang strategik dan ekonomi.

“Ia kelihatan lebih jelas pada hari ini bahawa penceroboh telah tersilap menilai kehendak, keazaman dan keupayaan Iran dan mungkin terpaksa membayar harga yang tinggi untuk pelanggaran mereka apabila Iran terus mencapai sasaran, yang boleh menyebabkan kesan teruk terhadap ekonomi mereka yang menyerangnya dan terhadap ekonomi global,” katanya kepada Bernama.

Krisis bekalan tenaga

Serangan ke atas kapal tangki minyak yang melintasi Selat itu telah mencetuskan kenaikan mendadak harga minyak di pasaran.

Harga minyak melonjak kepada hampir AS$120 setong awal minggu ini berikutan gangguan pengeluaran di Arab Saudi dan negara Teluk lain termasuk Bahrain, Qatar dan Kuwait kerana infrastruktur tenaga diserang dan kapal tidak dapat melalui Selat Hormuz.

Iran telah memberikan amaran bahawa harga minyak boleh melonjak kepada AS$200 setong jika konflik semakin meruncing.

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dalam laporan terbaharunya menyatakan bahawa sekatan Selat Hormuz akibat konflik mewujudkan gangguan bekalan minyak terbesar dalam sejarah, dengan bekalan minyak global diunjurkan merosot sebanyak lapan juta tong sehari pada Mac atau lapan peratus daripada permintaan dunia.

“Gangguan berpanjangan kepada pengeluaran, pengangkutan dan bekalan keseluruhannya jelas akan mencetuskan kesan buruk perkadaran seismik, bukan sahaja untuk ekonomi negara-negara yang bergantung kepada minyak Teluk tetapi juga ekonomi global secara keseluruhan,” kata Nazery.

Beliau berkata, negara yang bergantung pada minyak Teluk mungkin perlu memperkenalkan langkah penjimatan untuk mengimbangi impak krisis tenaga semasa.

“OPEC (Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum) hanya boleh mengeluarkan stok simpanan untuk menampung kehilangan bekalan sehingga rizabnya mencapai tahap kritikal.

“Keadaan boleh menjadi seteruk krisis minyak 1973 apabila ahli OPEC mengenakan embargo minyak terhadap AS dan negara lain yang menyokong Israel semasa Perang Yom Kippur. Ini mencetuskan penurunan besar-besaran dalam bekalan, menyebabkan harga minyak meningkat empat kali ganda dan menyebabkan kekurangan petrol yang serius,” katanya.

Alternatif Selat Hormuz

Ketika ketegangan memuncak, Saluran Paip Minyak Mentah Timur-Barat Arab Saudi dan Saluran Paip Minyak Mentah Abu Dhabi Emiriah Arab Bersatu (UAE) meraih perhatian antarabangsa apabila saluran berkenaan muncul sebagai ‘talian hayat’ yang membolehkan minyak diangkut melalui Laut Merah ke pasaran dunia.

Bagaimanapun, Nazery berkata, saluran paip itu tidak boleh menggantikan peranan penting Selat Hormuz.

“Walaupun saluran paip Saudi dan UAE boleh digelar sebagai ‘paip talian hayat’, ia tidak lebih sekadar kelegaan sementara kepada kesesakan Selat Hormuz dan tidak lama lagi akan mencapai kapasiti maksimum.

“Dalam erti kata lain, jika konflik berlarutan, meluas dan memuncak tanpa sebarang prospek penyelesaian konkrit tidak lama lagi, adalah tidak realistik untuk bergantung pada saluran paip bagi membantu mengawal harga minyak yang semakin meningkat dan menyelamatkan ekonomi global daripada kemelesetan,” katanya.

Sebagai contoh, beliau berkata Arab Saudi mengeksport 6.3 juta bpd minyak mentah dan 1.4 juta bpd produk minyak ditapis pada 2025, tetapi terminal Yanbu di Laut Merah hanya boleh mengendalikan sekitar 4.5 juta bpd minyak mentah sehari iaitu satu perempat daripada jumlah harian yang dihantar melalui Selat.

Nazery juga mengingatkan bahawa mengangkut minyak Teluk melalui saluran paip dan pelabuhan di sepanjang Laut Merah tidak menjamin laluan yang selamat.

“Kumpulan pemberontak Houthi di Yaman yang bersekutu dengan Iran boleh melancarkan serangan ke atas saluran paip dan kapal yang transit di Laut Merah.

“Ini mungkin sama bahayanya seperti cuba belayar dengan kapal tangki minyak penuh melalui Selat Hormuz, mengingkari amaran Iran,” tambahnya

-BERNAMA