Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mei 2024

Apabila tiba bulan Mei, ramai pelabur yang mengatakan “Sell in May and go away”. Pernahkah anda
mendengar ayat tersebut?


Untuk tahu apa yang terjadi kepada pasaran tempatan, mari kita lihat kepada indeks FBM KLCI
terlebih dahulu.

FBM KLCI

Indeks FBM KLCI akhirnya berjaya melepasi paras 1,600 mata pada bulan Mei. Hari yang ditunggu-
tunggu oleh pelabur pasaran saham tempatan kerana indeks perlu melepasi paras psikologi ini untuk
terus mara ke paras yang baru.

Pada 2 Mei 2024, indeks KLCI berada pada 1,574.97 mata dan akhirnya ditutup pada 1,596.68 mata
pada penghujung Mei 2024. Tidak lupa juga Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi dalam tempoh
3 tahun.

Sumber: TradingView

Oleh itu, agaknya apakah saham-saham yang membuat kenaikan yang tinggi juga pada bulan lepas?
Mari kita lihat apakah saham patuh syariah paling untung bagi bulan Mei 2024.

Top 10 saham patuh syariah paling untung Mei 2024

  1. Notion Vtec Berhad
Sumber: TradingView

Notion Vtec Berhad merupakan saham patuh syariah dengan kenaikan tertinggi bagi bulan Mei 2024 dengan kenaikan sebanyak 178.50%. Notion antara syarikat yang menerima tempias positif daripada tindakan Amerika Syarikat meningkatkan tarif terhadap semikonduktor dari negara China.

Di samping itu, Notion juga berjaya merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM14 juta pada suku kedua 2024 kerana permintaan tinggi terhadap produk perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS). 

  1. PTT Synergy Group Berhad
Sumber: TradingView

PTT Synergy pula mencatatkan kenaikan sebanyak 88.52% sepanjang Mei. Saham PTT Synergy naik sehingga mencecah paras tertingginya dalam tempoh 24 tahun setelah berita syarikat itu memenangi kontrak pembinaan bernilai RM169.85 juta dan berjaya menarik minat pelabur.

  1. JCY International Berhad
Sumber: TradingView

JCY akhirnya mencatatkan keuntungan suku tahunan buat kali pertama sejak suku kedua 2022. Untuk pengetahuan anda, JCY telah mengalami kerugian untuk lapan suku berturut-turut sejak 2022.

Suku kedua 2024 menyaksikan JCY berjaya merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM5.3 juta. Ia didorong oleh permintaan tinggi terhadap pemacu storan (storage drive).

Syarikat ini mencatatkan kenaikan sebanyak 84.21% sepanjang Mei.

  1. Pan Malaysia Holdings Berhad
Sumber: TradingView

Pan Malaysia Holdings Berhad antara saham yang membuat Uptrend pada bulan Mei 2024. Saham ini membuat kenaikan sebanyak 16 sen atau 76.19%.

  1. Eversendai Corporation Berhad
Sumber: TradingView

Eversendai antara saham yang agak hot pada tahun 2024 ini. Saham ini sering menjadi antara saham paling aktif didagangkan setiap hari. Ketika anda membuka platform dagangan, pasti akan ternampak saham ini di antara saham paling aktif.

Eversendai naik sebanyak 60.26% pada bulan Mei.

  1. Pekat Group Berhad
Sumber: TradingView

Pekat tidak terkecuali daripada senarai saham paling untung pada bulan Mei 2024. Saham ini dibuka pada harga RM0.54 pada awal bulan dan ditutup pada RM0.80 di hujung bulan. Kenaikan sebanyak RM0.26 berjaya meletakkan Pekat di tempat keenam saham paling untung.

Syarikat ini mencatat kenaikan sebulan sebanyak 48.15%.

  1. Sealink International Berhad
Sumber: TradingView

Satu lagi saham penny berjaya berada dalam senarai ini iaitu Sealink. Saham ini naik sebanyak RM0.085 atau 43.59% pada bulan Mei 2024. Kenaikan saham ini lebih bersifat teknikal dan ia berjaya membuat kenaikan ’52 Week High’. Di samping itu, Sealink juga berjaya menunjukkan prestasi kewangan yang baik pada suku pertama 2024 iaitu margin keuntungan sebanyak 19.9%.

  1. GHL Systems Berhad
Sumber: TradingView

GHL Systems tiada masalah mencatatkan keuntungan bagi suku pertama tahun ini sama seperti suku tahunan sebelum ini juga. Namun, margin keuntungan telah merosot dari 7.1% kepada 3.8%. Saham ini mula menarik perhatian setelah sebuah syarikat Jepun menawarkan untuk membeli saham ini pada RM1.08 sesaham. 

GHL naik sebanyak 42.28% pada bulan lepas.

  1. YLI Holdings Berhad
Sumber: TradingView

YLI di tempat kesembilan berjaya membuat kenaikan sebanyak RM0.185 atau 41.11%. Pada hari terakhir dagangan Mei 2024, saham ini membuat gap down pula dan ditutup pada RM0.635.

  1. Kobay Technology Berhad
Sumber: TradingView

Di tempat kesepuluh, Kobay naik sebanyak RM0.51 atau 30.91%. Kobay telah menerima pertanyaan UMA dari Bursa setelah sahamnya Limit Up pada 10 Mei 2024. Setelah itu saham ini membuat pullback dan masih berada di paras sokongan yang baru sahaja dibentuk.

Kesimpulan

Tahun ini kita dapat menyaksikan Bursa Malaysia kembali meriah dengan peningkatan volume serta kemasukan dana asing. Jangan pula saham telah naik tinggi barulah kita terhegeh-hegeh nak sertai pasaran saham.

Akaun CDS dah buka atau belum?

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

REITS: Keputusan 1Q26 Menepati Jangkaan

Saranan WAJARAN TINGGI dikekalkan; Saham Pilihan Utama: Axis REIT dan Pavilion REIT

Indeks REIT Bursa Malaysia (KLREI) mencatatkan prestasi lebih lemah berbanding pasaran saham secara keseluruhan apabila menurun 0.3% YTD. Kami terus mengekalkan perwajaran sektor kami kerana perbezaan kadar hasilnya berubah menjadi menarik apabila memaparkan prestasi melebihi paras purata. Pada masa yang sama, Jabatan Ekonomi RHB menjangkakan Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan terus berada pada 2.75% yang menggalakkan kegiatan pembiayaan untuk dijalankan. Sektor ini tetap menjadi tarikan buat para pelabur yang mencari saham yang menawarkan kadar pulangan kerana saham M-REIT mempunyai prospek perolehan dan dividen yang stabil, di samping penilaian yang murah (Rajah 4).

Perbezaan kadar hasil antara KLREI dengan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 10 tahun

Sekarang mencecah paras sekitar 200 mata asas (bps), iaitu +0.5SD melebihi paras purata jangka panjangnya.

Keputusan 1Q26 menepati jangkaan

Kesemua lapan saham REIT di bawah liputan kajian kami melaporkan keputusan kewangan yang memenuhi jangkaan. IGB REIT menyaksikan lonjakan besar dalam perolehan suku tahun (untung bersih: +52% YoY) yang sebahagian besarnya berpunca daripada sumbangan Mid Valley Southkey (suntikan aset selesai pada Nov 2025). Untuk segmen REIT pejabat, IGB Commercial REIT kelihatan menonjol apabila ia merekodkan untung bersih yang melambung naik sebanyak 28% YoY yang dipacu oleh kadar penghunian yang bertambah baik sebanyak 93% (daripada 89%) dan kadar sewaan purata yang lebih tinggi bagi setiap kadar ruang kaki persegi (kps) sebanyak MYR6.64 (daripada MYR6.42).

Dalam ruang REIT perindustrian, pertumbuhan perolehan sebanyak 13.0% YoY berjaya diraih oleh AME REIT menerusi sumbangan enam hartanah perindustrian baharu (yang proses pemerolehan selesai sepanjang tempoh 12 bulan lalu), selain kadar penghunian penuh dan kadar turun naik harga sewa yang positif untuk aset-aset miliknya.

Prospek

Asas-asas sektor terus kukuh menerusi paras penghunian yang tinggi dan kadar turun naik harga sewa yang terkawal. Menurut jangkaan Jabatan Ekonomi RHB, Bank Negara Malaysia akan meneruskan pendirian dasar yang terkawal secara amnya dengan unjuran OPR tetap pada paras 2.75% pada tahun 2026. Perkara ini sepatutnya dapat membendung tekanan kos pinjaman dan menggalakkan kegiatan pemerolehan aset.

Dari aspek permintaan pula, berdasarkan data jualan runcit terbitan Jabatan Perangkaan Malaysia, perbelanjaan pengguna dilihat bertahan dengan kenaikan 6.3% YoY pada Apr 2026 (Apr 2025: 4.7%). Walau bagaimanapun, sentimen pengguna mungkin melemah pada bulan-bulan seterusnya, manakala trend kunjungan pelancong juga mungkin turut tidak menentu. Biarpun begitu, kami percaya pusat-pusat beli belah utama yang mempunyai jumlah bilangan pengunjung kukuh, tahap penghunian tinggi dan penyewa-penyewa berkualiti sepatutnya lebih bersedia untuk melindungi perolehan.

Apa-apa ketegangan Asia Barat yang mereda juga dapat menyokong sektor pelancongan untuk pulih dengan lebih kukuh. Berkenaan segmen pejabat pula, sentimen terus lemah namun kadar pulangan sekitar 8-9% menawarkan sedikit kelegaan buat pelabur. Dalam sesebuah pasaran yang kekurangan faktor-faktor pemacu permintaan untuk ruang pejabat, kami mendapati aset-aset yang bersambung dengan hab pengangkutan utama beroperasi dengan lebih berdaya tahan.

Sementara itu, syarikat REIT perindustrian sepatutnya terus menerima manfaat daripada faktor-faktor pemacu permintaan struktur, yang dibantu oleh inisiatif-inisiatif dasar, WALE yang lama dan tahap penghunian yang tinggi, yang menjaminkan penjanaan pendapatan untuk jangka panjang

Saham Pilihan Utama

Kami menyukai:

i) Axis REIT kerana statusnya sebagai syarikat REIT perindustrian terbesar di Malaysia, kelompok pelanggan bermutu, perancangan pengambilalihan aset yang jelas, dan profil kecairan yang lebih baik

ii) Pavilion REIT akibat pendedahannya kepada aset-aset runcit utama, sumbagan semakin baik daripada Pavilion Bukit Jalil, dan kenaikan perolehan daripada asetaset hotelnya.

Risiko-risiko negatif utama ialah perbezaan kadar hasil yang semakin mengecil, lambakan bekalan yang berpanjangan, dan kejutan makroekonomi.

Penganalisis
Loong Kok Wen, CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.