Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi September 2022

Indeks FBMKLCI dilihat melakukan kejatuhan yang berderet sepanjang bulan September 2022 dan telah mematahkan paras sokongannya pada paras 1,408.64 mata. 

Secara keseluruhannya, indeks FBMKLCI sedang menjunam mencari paras sokongan yang baru. 

Mari kita lihat senarai 10 top saham patuh syariah paling rugi untuk bulan September tahun 2022. Senarai saham paling rugi untuk bulan September tahun 2022 adalah seperti berikut:-

1. Metronic Global Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Metronic Global Bhd merupakan saham patuh syariah paling rugi untuk bulan September 2022 dengan mencatatkan kejatuhan sebanyak 78.57% dalam tempoh sebulan dagangan. 

2. South Malaysia Industries Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

South Malaysia Industries Bhd pula merupakan saham kedua paling rugi untuk bulan September 2022 dengan kejatuhan harga sebanyak 55.32%. 

3. Jade Marvel Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat ketiga pula adalah kaunter syarikat Jade Marvel Group Berhad dengan kejatuhan sebanyak 42.86% dalam tempoh satu bulan dagangan. 

4. Harvest Miracle Capital Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Harvest Miracle Capital Berhad berada di tangga keempat untuk kaunter saham paling rugi sepanjang bulan September 2022 dengan kejatuhan sebanyak 42.86%.

5. Minetech Resources Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat kelima pula adalah syarikat Minetech Resources Bhd yang mencatatkan kejatuhan sebanyak 33.33% untuk tempoh sebulan pada September 2022. 

6. Ageson Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Seterusnya di tempat keenam adalah saham syarikat Ageson Berhad dengan kejatuhan sebanyak 32.65% dalam tempoh sebulan dagangan. 

7. Advance Synergy Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Pada tempat ketujuh adalah saham syarikat Advance Synergy Bhd yang mencatatkan kejatuhan harga sebanyak 31.58% dalam tempoh sebulan dagangan pada September 2022. 

8. Ucrest Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Syarikat Ucrest Berhad pula adalah kaunter saham kelapan paling rugi untuk bulan September 2022 dengan penurunan sebanyak 31.25%. 

9. Evergreen Fibreboard Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Evergreen Fibreboard Bhd merupakan kaunter saham kesembilan paling rugi pada bulan September 2022 dengan kejatuhan sebanyak 30.39%.

10. Hong Seng Consolidated Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Yang terakhir di tempat kesepuluh adalah saham daripada syarikat Hong Seng Consolidated Berhad dengan penurunan sebanyak 27.79% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan September 2022. 

Kejatuhan Saham Paling Rugi September 2022 Melebihi 27%.

Jika kita perhatikan jumlah peratusan kejatuhan saham-saham paling rugi bulan September ini semuanya melebihi 27% kejatuhan.  

Kejatuhan saham-saham bulan September ini dilihat lebih besar berbanding pada bulan sebelumnya. 

Kepada pelabur dan perdagang semua, semoga anda dielakkan daripada kerugian yang sia-sia. Selamat melabur. 

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

PNB Institusi Pelaburan Keempat Terbaik Global Dalam Skor GSR

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) mencatat pencapaian baharu apabila menduduki tempat keempat terbaik di peringkat global dalam Papan Skor Governance, Sustainability and Resilience (GSR) 2026 yang diterbitkan oleh Global SWF.

PNB turut mengekalkan kedudukan sebagai institusi pelaburan milik negara dengan penarafan tertinggi di Malaysia dalam penilaian yang membabitkan lebih 200 institusi pelaburan milik kerajaan di seluruh dunia.

Dalam penarafan itu, PNB memperoleh markah keseluruhan 88 peratus, merangkumi 90 peratus bagi tadbir urus, 100 peratus untuk kelestarian dan 60 peratus bagi aspek daya tahan.

Pencapaian berkenaan menunjukkan peningkatan ketara berbanding kedudukan ke-17 yang direkodkan pada tahun lalu, sekali gus mencerminkan usaha berterusan organisasi memperkukuh tadbir urus serta amalan perniagaan yang bertanggungjawab.

Menurut PNB, skor penuh bagi komponen kelestarian diberikan berdasarkan kekuatan rangka kerja tadbir urus, ketelusan pendedahan maklumat, komitmen terhadap agenda iklim dan penerapan pertimbangan kelestarian dalam aktiviti pelaburan.

PNB juga memaklumkan bahawa pihaknya memperbaharui Rangka Kerja Kelestarian dengan memberi tumpuan kepada tiga teras strategik iaitu Kelestarian Organisasi, Kepengurusan Bertanggungjawab dan Pembangunan Negara.

Selain itu, antara faktor yang menyokong pencapaian itu ialah kejayaan memenuhi sasaran Perusahaan Sifar Bersih bagi pelepasan Skop 1 dan Skop 2 pada 2025 serta usaha memperkukuh aspirasi Portfolio Sifar Bersih menjelang 2050.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Rizal Rickman Ramli, berkata peningkatan daripada tangga ke-17 kepada tangga keempat global dalam tempoh setahun mencerminkan usaha kolektif organisasi memperkukuh tadbir urus dan daya tahan institusi.

“Pencapaian ini mencerminkan kemajuan yang telah kami capai dalam memperkukuh tadbir urus, menerapkan amalan yang bertanggungjawab dan membina organisasi yang lebih berdaya tahan.

“Pencapaian skor kelestarian sempurna ini merupakan pengiktirafan yang amat bermakna kepada PNB kerana ia mencerminkan komitmen dan usaha berterusan kami untuk mengintegrasikan pertimbangan kelestarian ke dalam cara kami beroperasi, melabur dan melaksanakan kepengurusan.

“Menerusi Rangka Kerja Kelestarian yang telah diperbaharui, kami terus memperkukuh pendekatan yang lebih holistik, berteraskan kelestarian organisasi, kepengurusan bertanggungjawab dan pembangunan negara,” katanya.

— Berita Harian