Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Jun 2021

Bulan Jun adalah bulan di mana negara kita masuk ke fasa PKP 3.0 atau ‘total lockdown’ berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat. Kita ingatkan bilangan kes akan berkurangan, tapi nampak seperti ianya masih berlegar-legar di paras 5,000 – 6,000 kes positif setiap hari.

Bagaimana pula dengan prestasi Bursa Malaysia sepanjang bulan Jun yang lalu?

Sumber: TradingView

Indeks FBM KLCI 1 Jun 2021: 1,585.70 Mata

Indeks FBM KLCI 30 Jun 2021 Paras Terendah Bulan Jun: 1,531.70 Mata

Indeks FBM KLCI 3 Jun 2021 Paras Tertinggi Bulan Jun: 1,599.70 Mata

Indeks FBM KLCI 30 Jun 2021: 1,532.60 Mata

Penurunan Sebulan: -53.10 Mata atau -3.35%

Memang negatif sangat apabila FBM KLCI mencatatkan kejatuhan sebanyak 3.35% sepanjang bulan Jun 2021. Tetapi itu tidak bermakna bahawa tiada potensi untuk kita meraih keuntungan, cuma mungkin sedikit sukar tanpa ilmu yang betul.

Jom kita tengok senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Jun 2021:

Sumber: Screener iSaham

1. Genetec Technology

Sumber: Bursa Marketplace

2. K Seng Seng Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

3. Kobay Technology

Sumber: Bursa Marketplace

4. Tafi Industries

Sumber: Bursa Marketplace

5. Edaran Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

6. Globaltec Formation

Sumber: Bursa Marketplace

7. Senijaya Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

8. Avillion Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

9. Ireka Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

10. Sand Nisko Capital

Sumber: Bursa Marketplace

Market Koyak Masih Boleh Buat Duit

Jika dilihat kepada Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Jun 2021, masih ada potensi untuk kita meraih pulangan yang besar dalam saham-saham di atas RM1 dan yang mempunyai fundamental yang elok (baca bukan syarikat rugi).

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Untung rugi itu biasa dalam pelaburan. Tetapi orang kita lebih suka benda yang confirm untung. Maaflah, lebih baik jangan terlibat dalam pelaburan saham. Anda belum bersedia.

Ada banyak bahan bacaan percuma yang ajar benda-benda asas untuk melabur di pasaran saham. Nak Google semua memang memakan masa.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Pernah dengar tentang buku Malaysia Melabur Saham? Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat dalam pelaburan saham tetapi “ZERO” buku ini teramat sesuai.

This image has an empty alt attribute; its file name is 210115-MMS-Thumbnail-700x468.jpg

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

  • Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang.
  • Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
  • Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa -> Buku Malaysia Melabur Saham

Previous ArticleNext Article

Bahan Asas: Permulaan Tahun Yang Kukuh

Saranan WAJARAN TINGGI kekal; Saham Pilihan Utama: Press Metal (PMAH)

Perolehan bagi syarikat-syarikat yang kami kaji rata-ratanya mencapai anggaran yang ditetapkan semasa suku tahun terbaru ini. Kami terus memandang positif akan prospek untuk aluminium disebabkan oleh harga yang meninggi – didorong oleh kekurangan bekalan jangka panjang. Walaupun kami masih memandang positif akan prospek Malayan Cement (LMC) oleh sebab tahap kecekapan yang semakin baik, hal ini mungkin dilemahkan oleh kesan daripada kos arang batu lebih mahal, yang sepatutnya mula dirasai pada FY27. Permintaan untuk simen mungkin akan mengalami penurunan kecil akibat kegiatan industri yang mungkin lebih lemah, disebabkan oleh tekanan inflasi.

Purata harga LME sekarang mencecah USD3,647/tan QTD (+14% berbanding 1Q26)

Manakala kos alumina dan anod karbon meningkat 1% dan 6%. Sementara itu, purata premium Pelabuhan Utama Jepun (MJP) mencecah USD306/tan, sekali gus menyokong prospek untuk mencapai suku tahun berprestasi tertinggi dalam sejarah. Kos tambang muatan pula menokok 8% QoQ dan dijangka akan menaik 20-30% QoQ pada 2Q26F, walaupun ia hanya merangkumi <10% daripada jumlah kos, dan akan diimbangi oleh premium MJP yang lebih tinggi.

Potensi risiko kenaikan nilai FX

Walaupun Jabatan Ekonomi RHB mengandaikan tiada potongan kadar dibuat pada 2026, pasaran mengambil kira kebarangkalian 72% untuk kadar dinaikkan menjelang Disember, lalu membawa nilai USD/MYR kepada USD4.03 (+2% dalam tempoh seminggu). Hal ini merupakan berita positif buat PMAH, kerana >90% daripada barangannya dieksport. Berdasarkan anggaran kami, kenaikan setiap 2% pada USD mungkin meningkatkan perolehan sebanyak kira-kira 5%, sekiranya tiada perlindungan dibuat.

Kitaran pembinaan semula selepas peperangan di Asia Barat mungkin menjadi berita positif untuk permintaan aluminium

Dengan Arab Saudi mengumumkan tawaran projek baru bernilai sekitar USD16bn pada Apr 2026, iaitu paras tertinggi sepanjang YTD-2026, dan nilai projek diagihkan sama rata merentasi segmen pengangkutan (34%), perbandaran (33%) dan perindustrian (32%). Hal ini menandakan bahawa projek-projek pembangunan masih diteruskan di rantau tersebut. Walaupun Asia Barat membentuk hanya kira-kira 2% daripada permintaan aluminium dunia pada 2024, permintaan yang dipacu oleh pembinaan semula mungkin masih dapat memberi sokongan kepada harga aluminium semasa inventori lebih rendah YoY dan keadaan bekalan yang sudahpun berkurangan.

Prospek untuk LMC

Pihak pengurusan menjangka kos arang batunya untuk 4QFY26 akan menjadi agak stabil, kerana kumpulan ini masih mempunyai simpanan arang batu berharga rendah sebelum konflik di Asia Barat bermula – kesan daripada konflik ini dianggarkan akan dirasai mulai 4QFY26. Namun begitu, LMC telah memperoleh inventori arang batu untuk 2-3 bulan pada kira-kira USD90 untuk 1QFY27F (38% melepasi paras pada 3QFY26), sambil mengekalkan rebat MYR20/tan. Mengikut anggaran kami, kenaikan harga arang batu setiap USD10/tan mungkin akan merendahkan perolehan sebanyak 5-6% setahun dan menurunkan margin EBIT sebanyak 130bps, jika pelepasan kos adalah kecil dan harga arang batu berterusan menaik.

PMAH ialah Saham Pilihan Utama kami apabila melihat pada kekurangan bekalan aluminium

Dijangka akan berlarutan. TP kami diperoleh berdasarkan P/E FY27F 27.5x (+2SD daripada purata lima tahunnya). Kami berpendapat nilai ini wajar oleh sebab paras normal baharu untuk harga aluminium (>USD3,000/tan) yang dipacu oleh kekurangan bekalan jangka panjang. Purata YTD sekarang ialah USD3,378/tan (4% melebihi anggaran kami). Oleh itu, kami berpendapat penilaian saham ini wajar dinaikkan melepasi paras purata. Kami juga memandang positif akan LMC disebabkan oleh tahap kecekapannya yang bertambah baik, manakala penilaian tampak murah apabila saham ini diniagakan pada -1.5SD daripada paras purata. Kami menekankan bahawa margin EBITDA tetap kukuh, dengan kenaikan QoQ kepada 35.3% pada 3QFY26 (2QFY26: 32.9%).

Penganalisis
Iftaar Hakim Rusli +603 2302 8114 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.