5 Kereta Malaysia Yang Paling Berjaya

Kereta adalah keinginan dan keperluan yang penting dalam hidup untuk memudahkan urusan kita semua. Ada yang memilih jenama kereta luar negara, namun ramai juga sebenarnya peminat kereta buatan Malaysia di negara kita.

Selain daripada harga yang berpatutan, kualitinya juga setanding dengan kereta import.

Jom kita lihat 5 kereta Malaysia yang paling berjaya dalam sejarah.

1. Proton Saga

Kredit Gambar: WapCar

Bagi mereka yang membesar pada tahun 1986, pasti akan mengingati Pelancaran Kereta Nasional Pertama iaitu Proton Saga. Proton Saga adalah model yang dihasilkan dengan kerjasama Mitsubishi dan ia tidak terhad di Malaysia sahaja, tetapi juga dijual di United Kingdom pada tahun 1989.

Proton Saga adalah kereta buatan Malaysia yang paling lama bertahan di pasaran, iaitu selama 21 tahun.

2. Perodua Myvi

Kredit Gambar: Perodua

Kereta Malaysia yang berjaya dalam sejarah ini adalah kereta yang paling sesak di jalan raya. Tidak dapat dinafikan bahawa Perodua Myvi adalah model terlaris di pasaran sejak dilancarkan pada tahun 2005 yang lalu.

Penjualannya juga melebihi 1 juta unit sejak pertama kali diperkenalkan dan menjadi kereta terlaris hampir setiap tahun sehinggalah ke hari ini.

3. Proton Wira

Kredit Gambar: Flickr

Selepas kejayaan Proton Saga, Proton kemudian telah memperkenalkan model keduanya iaitu Proton Wira. Proton Wira dibuat berdasarkan model Mitsubishi Lancer Evo-4.

Dari tahu 1996 hingga 1998, Proton Wira berjaya dijual sebanyak 220 ribu unit. Proton Wira bertahan di pasaran selama 13 tahun sebelum ianya digantikan oleh Proton Persona.

Ia merupakan model yang paling banyak dieksport ke lebih daripada tujuh negara di Asia dan juga di wilayah Australia, Afrika, Eropah, Timur Tengah dan juga Amerika Latin.

4. Perodua Axia

Kredit Gambar: Perodua

Kereta yang menjadi kegemaran bagi mereka yang bekerja di bandar kerana jimat minyak adalah kereta Perodua Axia. Perodua Axia pertama kali diperkenalkan pada tahun 2014 dan anggaran penjualannya sudah mencapai lebih daripada setengah juta unit dengan purata jualan sebanyak 6,000 unit sebulan.

Murah pun murah, kualiti pun boleh tahan.

5. Perodua Kancil

Kredit Gambar: Wikipedia

Perodua Kancil pertama kali diperkenalkan pada tahun 1994 dengan kerjasama Daihatsu. Perodua Kacil juga merupakan salah sebuah kereta yang terkenal sekitar tahun 2000 dan ia merupakan kereta compact pertama yang dihasilkan oleh Malaysia.

Perodua Kancil juga merupakan salah sebuah kereta tempatan yang tertua di pasaran apabila dapat bertahan selama 15 tahun. Dianggarkan lebih daripada 700 ribu unit Perodua Kancil telah terjual.

Siapa ingat lagi bila ambil ujian JPJ, mesti bawa kereta Perodua Kancil manual kan?

Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya menyokong kereta buatan negara kerana kereta buatan Malaysia juga apa kurangnya!

Walaupun ia mungkin tidak gah seperti kereta buatan Jepun atau Eropah, namun kualiti bagus dan harganya sangat berpatutan. Oleh itu, untuk menaikkan industri automotif negara, ayuh kita sokong kereta buatan negara!

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Malaysia Dipilih Sebagai Ibu Pejabat Asia APP Sempena Leapmotor APP Penang Open 2026

PULAU PINANG, MALAYSIA – Persatuan Pemain Pickleball (APP) telah memilih Malaysia sebagai rumah tetap Ibu Pejabat Asia baharu mereka, dan Leapmotor APP Penang Open 2026 menandakan pencapaian utama pertama bagi komitmen tersebut.

Dijadualkan dari 22 hingga 26 Julai 2026 di Pickle By The Sea @ Penang Gurney Drive, kejohanan ini melangkaui pertandingan elit untuk menghadirkan pengalaman hab sosial yang bermutu tinggi bagi pemain dan penonton di semua peringkat. Sama ada peserta baru peringkat Novice mahupun pemain berpengalaman peringkat Pro, semua pengunjung akan menemui keraian premium, zon peminat interaktif dan pengaktifan berasaskan komuniti yang direka untuk memupuk hubungan di dalam dan di luar gelanggang.

Menepati pendekatan gaya hidup moden ini ialah Penaja Utama Leapmotor, jenama permulaan NEV yang paling pesat berkembang di China. Leapmotor diiktiraf atas falsafah berteraskan teknologi dan komitmennya dalam menjadikan mobiliti elektrik pintar yang premium dan bertaraf antarabangsa lebih mudah diakses di seluruh dunia. Perkongsian ini mencerminkan falsafah bersama dalam memperkasakan komuniti untuk membuat “lompatan” ke hadapan menuju masa depan elektrik yang mampan dan mudah dicapai dihidupkan di tapak acara melalui Leapmotor B10.

Leapmotor B10 dibina di atas platform LEAP3.5 dengan teknologi Cell-to-Chassis 2.0+, menawarkan julat berdasarkan penilaian WLTP sehingga 434km, pengecasan pantas dari 30% ke 80% dalam masa kurang daripada 20 minit, serta penarafan keselamatan Euro NCAP 5 bintang. Perkongsian ini menyatukan kedua-dua jenama dalam memperjuangkan gerakan yang dinamik dan aktif selaras dengan semangat komuniti pickleball.

“Stellantis berbesar hati menjadi sebahagian daripada APP Penang Open 2026 melalui jenama elektrik penuh kami, Leapmotor, di mana kami meraikan perkongsian yang dibina atas nilai bersama iaitu inovasi, prestasi dan semangat berfikiran maju. Sebagai jenama NEV berteraskan teknologi, Leapmotor menggabungkan ketangkasan sebuah syarikat permulaan dengan kejuruteraan canggih untuk mendefinisikan semula masa depan mobiliti. Kualiti-kualiti ini mencerminkan semangat pickleball, sukan yang didorong oleh kelajuan, ketepatan dan evolusi berterusan. Dengan bermitra bersama APP Penang Open, kami berharap dapat berinteraksi dengan komuniti yang bersemangat dan berkembang pesat sambil menunjukkan bagaimana mobiliti pintar dan mampan dapat memperkasakan gaya hidup moden.”

[Isaac Yeo, Pengarah Urusan Stellantis ASEAN]

Komitmen bersama terhadap komuniti ini, dari lantai kejohanan hingga ke jalan hadapan, telah membantu memacu momentum yang luar biasa bagi sukan ini. Berdasarkan kejayaan yang dicapai dalam separuh pertama tahun ini, APP telah secara rasmi mengukuhkan kehadirannya di benua ini dengan pelancaran Jelajah Asia APP dengan kejohanan Penang berperanan sebagai teras utama pertengahan tahun. Keputusan untuk menubuhkan litar penuh berskala besar ini merupakan tindak balas langsung terhadap permintaan dan pertumbuhan yang luar biasa yang disaksikan di seluruh rantau ini. Selepas Penang, jelajah ini akan diteruskan ke China, Chinese Taipei, Bangkok, Ho Chi Minh City dan India sepanjang baki tahun 2026.

Skala pesat Jelajah Asia APP ini dimungkinkan melalui rakan kongsi yang benar-benar komited terhadap pertumbuhan jangka panjang sukan ini. Terdepan dalam kalangan mereka ialah Selkirk, yang komitmennya telah berkembang daripada sekadar menyediakan peralatan bertaraf dunia kepada membina infrastruktur sukan dari bawah. Jenama ini membawa Akademi Selkirk ke Malaysia dan merupakan satu pencapaian yang mencerminkan komitmen jangka panjang yang sedar untuk mengembangkan jejak komunitinya dan memastikan pemain di setiap peringkat mempunyai akses kepada latihan elit, klinik asas dan ekosistem yang menyokong semangat sosial Jelajah APP.

“Kami bersemangat untuk mengembangkan sukan ini di peringkat global, dan membawa Akademi Selkirk ke Malaysia bersama Jelajah Asia APP adalah evolusi semula jadi daripada komitmen itu. Kami berbangga untuk melabur secara langsung dalam pemain, kelab tempatan dan gaya hidup yang menjadikan pickleball unik. Bermitra dengan APP di Penang membolehkan kami mengembangkan jejak komuniti kami dan memperkasakan generasi pemain seterusnya.”

[Mike Barnes, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Selkirk]

Pendaftaran pemain rasmi, jadual acara dan ketersediaan tiket untuk Leapmotor APP Penang Open 2026 kini tersedia dalam talian. Untuk maklumat lanjut, butiran pendaftaran dan kemas kini, sila layari https://www.sportssync.asia/tournament/222 atau ikuti akaun Instagram rasmi @theapp.asia