Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mac 2021

Masa cepat betul berlalu, apabila kita telah pun memasuki bulan April tahun 2021 yang penuh dengan cabaran.

Banyak betul perkara yang berlaku sepanjang tiga bulan pertama. Jom kita tengok apa yang berlaku di pasaran saham Bursa Malaysia terlebih dahulu.

Sumber: TradingView

Indeks FBM KLCI 1 Mac 2021: 1,578.70 Mata

Indeks FBM KLCI 1 Mac 2021 Paras Terendah Bulan Mac: 1,563.20 Mata

Indeks FBM KLCI 10 Mac 2021 Paras Tertinggi Bulan Mac: 1,642.20 Mata

Indeks FBM KLCI 31 Mac 2021: 1,573.50 Mata

Penurunan Sebulan: -5.20 Mata atau -0.33%

Bursa Malaysia cuba untuk bangkit namun kecundang semula di penghujung bulan Mac. Walaupun begitu, itu tidak bermakna bahawa kita tidak boleh meraih keuntungan yang baik.

Lihat saja senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mac 2021 seperti berikut:

Sumber: Screener iSaham

1. Scomi Group

Sumber: Bursa Marketplace

2. Minda Global

Sumber: Bursa Marketplace

3. Cheetah Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

4. Paragon Globe

Sumber: Bursa Marketplace

5. Barakah Offshore Petroleum

Sumber: Bursa Marketplace

6. MSM Malaysia Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

7. Grand-Flo Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

8. Sealink International

Sumber: Bursa Marketplace

9. MCT Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

10. Ipmuda Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Hampir Semuanya Saham Penny Stock

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mac 2021, seperti mana bulan-bulan sebelum ini pun dipenuhi oleh saham-saham penny stock yang berharga di bawah RM1. Naik memang cepat, tapi kena berhati-hati kerana nanti dia turun pun cepat.

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.