Apa Itu Bearer Share?

Mungkin kita biasa dengar istilah common share dan preference share dalam dunia pelaburan saham. Namun, terdapat satu lagi jenis yang tidak begitu dikenali di Malaysia iaitu bearer share.

Apa Itu Bearer Share?

Bearer share mempunyai ciri-ciri yang sama seperti common share di mana pemegang saham adalah merupakan pemilik syarikat.

Namun, apa yang membezakan di antara kedua-duanya adalah nama pemilik bearer share tidak akan direkodkan walaupun ada berlakunya pemindahan hak milik.

Saham jenis ini masih menggunakan dokumen fizikal sebagai bukti pemilikan saham tersebut. Sesiapa sahaja yang memegang dokumen saham adalah pemilik syarikat tersebut dan bakal menerima bayaran dividen daripada syarikat.

Penggunaan bearer share sudah kurang digunakan akibat kos tinggi yang perlu ditanggung untuk memastikan pembentukan syarikat tersebut dilakukan dengan teliti dan tidak akan mendedahkan identiti pemilik saham.

Walaubagaimanapun, ciri-ciri privasi yang diberikan kepada pemilik saham ini tetap menarik minat bagi mereka yang mementingkannya. Tidak terkecuali bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti jenayah atau pun penggubahan wang haram.

Sekiranya segala aset mereka disita ketika siasatan, mereka masih boleh menggunakan aset syarikat tersebut kerana tiada bukti yang dapat mengaitkan mereka dengan syarikat, selain daripada dokumen fizikal.

Di antara contoh yang mungkin ramai telah ketahui adalah Jho Low yang dikaitkan dengan 1MDB telah menggunakan bearer share syarikat bagi melindungi nama pemilik sebenar syarikat tersebut.

Beliau telah menubuhkan syarikat di kawasan Tax Haven dan menjadikan syarikat itu kelihatan seperti sebuah syarikat dana pelaburan yang dimiliki oleh kerajaan di salah sebuah negara di Timur Tengah.

Syarikat-syarikat tersebut digelar ‘bearer share company’ dan Jho Low adalah pemilik sebenar yang mengawal segala aktiviti syarikat berkenaan.

Bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku, dibawah perenggan 73 Companies Act 2016; Malaysia menyatakan bahawa penggunaan bearer share adalah tidak dibenarkan sama sekali di negara ini.

Syarikat yang menggunakannya harus membatalkan penggunaan bearer share dan mendaftarkan nama pemilik syarikat dalam tempoh 12 bulan setelah akta tersebut dikeluarkan.

Selain di Malaysia, banyak negara lain yang telah menghalang pendaftaran syarikat yang menggunakan bearer share atas alasan bagi mengurangkan risiko penggubahan wang haram dan pembiayaan pengganas.

Previous ArticleNext Article

Kontroversi Yang Melanda Syarikat Nestle

Sebut sahaja Maggi, Milo atau susu Nespray, pasti kita akan dapat menggambarkan produk kerana kita membesar dengan jenama tersebut. Tapi tahukah anda bahawa semua makanan tersebut dimiliki oleh syarikat gergasi paling popular di dunia iaitu Nestlé. Di Malaysia, saham Nestlé boleh diibaratkan sebagai saham Berkshire Hathaway berkelas A iaitu saham paling mahal. Dari tahun ke tahun kenaikan harga saham syarikat tersebut positif kerana perniagaan yang dijalankan mempunyai fundamental yang sangat kukuh.

Nestle bukan sahaja terkenal di Malaysia malah tidak keberatan jika kita menyatakan bahawa syarikat ini merupakan syarikat paling besar di dunia dalam penghasilan makanan kepada penduduk bumi. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang berasal dari Switzerland dan diasaskan oleh Henri Nestlé yang juga merupakan seorang rakyat Jerman.

Walaupun mengecapi pelbagai kejayaan yang luar biasa dalam dunia perniagaan, syarikat ini tidak terlepas dari kontroversi yang terpalit denganya. Kontroversi tersebut sedikit sebanyak turut mencemarkan nama Nestlé secara amnya di Malaysia walaupun ia tidak berlaku di Malaysia.

Sumber: CNBC

Kontroversi Iklan Di Benua Afrika

Sumber: Business Insider

Antara kontroversi paling popular yang telah mencemarkan nama Nestlé dalam industri makanan adalah dalam penjualan susu formula untuk bayi di negara Afrika. Nestlé merupakan salah sebuah syarikat pengeluar susu yang paling besar di dunia. Susu formula untuk bayi merupakan salah satu produk yang menjadi tunjang jualan kepada syarikat tersbut. Kontoversi yang menimpa Nestlé dalam penglibatan penjualan susu formula bayi adalah berlaku pada era 1970-an.

Kontroversi ini tercetus pada negara dunia ketiga iaitu negara yang berada di benua Afrika. Seperti yang sedia maklum, negara yang berada di benua tersebut merupakan negara yang sangat miskin. Kebanyakan negara yang berada di sana bertahan disebabkan bantuan luar yang disalur daripada badan dunia. Disebabkan perkara tersebut, Afrika hanya bergantung hidup dengan bantuan luar sahaja dan paras kemiskinan di negara mereka merupakan yang tertinggi di dunia.

Apa yang dilakukan oleh Nestlé di sana adalah mereka melakukan iklan tentang penjualan susu formula bagi mempengaruhi rakyat negara Afrika supaya membeli susu yang dipasarkan oleh mereka sedangkan dengan kekuatan kewangan yang mereka miliki, mereka tidak mampu untuk membeli susu formula bayi untuk anak mereka.

Nestlé tanpa segan dan silu melakukan kempen komersial tentang kebaikan susu formula mereka kepada bayi sedangkan mengikut kajian pemakanan dunia, susu ibu merupakan makan yang paling bagus untuk bayi. Kempen iklan yang dijalankan itu telah berjaya menyakinkan para ibu yang berada di Afrika bahawa susu formula adalah makanaan yang terbaik untuk anak mereka. Disebabkan perkara tersebut, ada antara ibu di Afrika yang mempercayai dan memberi susu formula kepada anak mereka tanpa mengetahui bahawa susu ibu adalah yang terbaik.

Dengan pendapatan di bawah paras kemiskinan, susu formula di Afrika boleh dikategorikan sebagai susu yang sangat mahal. mereka yang terpengaruh turut membeli untuk anak mereka sedangkan mereka sendiri tidak mempunyai wang untuk makan. Nestlé tanpa berselindung melakukan iklan yang luar biasa terhadap pasaran di sana dan dikritik hebat oleh pemerhati hak asasi manusia kerana hanya memikirkan keuntungan tanpa melihat keadaan sekeliling mereka.

Selain harga susu yang mahal, air untuk membancuh susu juga di Afrika sangat kotor dan tidak sesuai diminum oleh manusia terutama bayi. Jadi tidak ada gunanya susu yang bekhasiat tetapi dibancuh dengan air yang kotor kerana ia memberi kesan negatif kepada penggunanya. Terdapat kisah dmana seorang ibu negara Afrika yang memberi anak mereka susu formula dengan sukatan yang tidak betul kerana ingin berjimat telah menjadi isu yang sangat besar pada dekad 1980-an.

Sumber: Griid

Selain isu susu formula, Nestlé juga dilihat membuat perniagaan air yang mana mencetuskan kontroversi di Amerika Syarikat. Nestlé yang dikatakan mengambil air dari bandar Michigan dengan kadar yang sangat murah dan menjualnya kembali dengan harga yang mahal. Ini mencetuskan kemarahan penduduk di sekitar Michigan tetapi Nestlé yang bijak mengambil peluang mengembangkan perniagaan mereka dengan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar.

Dengan memberi pekerjaaan dan membayar cukai yang tinggi kepada penduduk serta datuk bandar, syarikat ini mampu beroperasi tanpa sebarang masalah. Disebabkan model perniagaan yang begitu unik dan besar, Nestlé dilihat semakin berkembang setiap tahun dan tidak berdepan dengan mana-mana masalah walaupun pandemik Covid-19.

Kini Nestlé dilihat sebagai salah satu syarikat pengeluar makanan yang terbesar di dunia yang menerajui hampir segenap jenis makanan segera di muka bumi ini.

Baca juga: