Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mac 2025

Bulan Mac 2025 menyaksikan beberapa saham patuh Syariah di Bursa Malaysia mencatatkan kenaikan yang ketara. Walaupun keseluruhan pasaran saham tempatan tidaklah menarik pada bulan Mac, tetapi masih ada beberapa saham yang masih mampu memberikan pulangan baik.

Sebelum itu, apa kata kita lihat apa yang terjadi pada indeks FBM KLCI terlebih dahulu.

Apa terjadi pada Indeks FBM KLCI?

Sumber: TradingView

Indeks FBM KLCI dibuka pada paras 1,572.27 pada 3 Mac 2025 dan ditutup pada paras 1,513.65 pada 28 Mac 2025. Dalam tempoh sebulan KLCI susut sebanyak 58.62 mata.

Sumber: TradingView

Sebelum ini, kami mendapati pergerakan KLCI membuatkan corak inverted cup & handle dan ia merupakan corak bearish yang bermaksud tinggi kebarangkalian untuk indeks ini turun lebih jauh.

Seperti yang diduga, kami menjangkakan indeks FBM KLCI akan menembusi paras sokongan pada sekitar 1,535 mata. KLCI mematahkan paras sokongan tersebut pada 11 Mac dengan gap down. Situasi semasa menyaksikan indeks menghampiri semula paras tersebut yang kini telah menjadi paras rintangan.

Berdasarkan data harga saham pada 3 Mac 2025 dan 28 Mac 2025, berikut adalah senarai saham paling untung sepanjang bulan tersebut.

Senarai Saham Patuh Syariah Paling Untung Mac 2025

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Analisis Pergerakan Saham

1. Ho Hup Construction Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Bulan lepas, Ho Hup Construction Group Berhad mencatatkan kenaikan tertinggi dengan peningkatan sebanyak 73.91%

Tidak banyak pemangkin (catalyst) dapat dicari yang menjadi punca kenaikan ini melainkan berita Ho Hup Construction Bhd telah menyelesaikan pertikaian dengan Sunrise Model Sdn Bhd secara baik.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah memerintahkan petisyen terhadap anak syarikat milik penuh Ho Hup, Bukit Jalil Development Sdn Bhd (BJD), untuk ditolak pada 7 Februari 2025 tanpa perintah kos.

Sumber: malaysiastock.biz

Walaubagaimanapun, Ho Hup mungkin bukan saham yang sesuai bagi semua orang kerana fundamentalnya yang agak teruk. Suku pertama 2025 menyaksikan Ho Hup mengalami kerugian sebanyak RM114 juta. Malah kerugian ini adalah sambungan daripada kerugian lima suku tahunan sebelum ini.

2. Sinaran Advance Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Sinaran Advance di kedudukan kedua dengan kenaikan sebanyak 66.67%. Sinaran Advance juga merupakan saham penny. Di awal bulan harganya adalah RM0.075 dan ditutup pada harga RM0.125 pada penghujung bulan. 

Maka tidak hairanlah, Sinaran boleh membuat kenaikan setinggi itu meskipun hanya naik beberapa sen.

3. Edaran Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Pada Mac 2025, Edaran Berhad membuat kenaikan besar iaitu sebanyak RM0.58 dan juga 50.88% dari segi peratusan.

4. Symphony Life Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Symphony Life Berhad, sebuah syarikat hartanah berada di tempat keempat dengan kenaikan sebanyak 46.67%. Symphony berjaya naik sebanyak 10.5 sen dan ditutup pada RM0.330.

Baru-baru ini, Symphony Life Berhad mengumumkan telah melantik Datuk Kenneth Vun Yun Lun sebagai Pengarah Urusan baharunya, berkuat kuasa 26 Mac 2025. Pelantikan ini dibuat kurang dari sebulan selepas XOX Berhad pemegang saham terbesar Symphony Life dengan pegangan 14.84%, melantik Vun sebagai Pengarah Urusan syarikat itu pada 28 Februari lalu.

5. TT Vision Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

TT Vision Holdings Berhad berjaya membuat kenaikan sebanyak 40.20%. Prestasi kewangan bagi suku keempat 2024 TT Vision, dilihat agak baik setelah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM6.6juta daripada pendapatan sebanyak RM14.28 juta. 

Berbanding dengan suku sebelumnya, TT Vision mengalami kerugian sebanyak RM8.6 juta. 

6. Asia Poly Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Asia Poly pula turut mencatatkan kenaikan sebanyak 3.5 sen untuk membantu Asia Poly ditutup pada harga RM0.135 daripada RM0.100. 

Kenaikan tersebut membantu harga saham Asia Poly meningkat sebanyak 35%.

7. Harn Len Corporation Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat ketujuh saham paling untung Mac 2025 adalah Harn Len Corporation Berhad. Harnlen dibuka pada harga RM0.400 pada 3 Mac dan ditutup pada RM0.540 pada 28 Mac 2024. Kenaikan sebanyak RM0.140 tersebut membantu Harnlen naik sebanyak 35% juga. 

8. MMAG Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

MMAG Holdings Berhad telah naik RM0.18 atau sebanyak 34.95%.

MMAG menarik perhatian kami kerana kenaikan tersebut berkait rapat dengan kemasukan seorang individu yang terkenal dalam dunia politik iaitu Datuk Farhash Wafa Salvador, bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baru-baru ini, MMAG Holdings Bhd MMAG mengumumkan Datuk Farhash Wafa Salvador sebagai pemegang saham utama syarikat berkenaan dengan pegangan sebanyak 20%.

Adakah disebabkan Datuk Farhash membeli sejumlah besar pegangan dalam MMAG menyebabkan ramai pelabur lain turut masuk membeli saham ini?

9. Pos Malaysia Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Pos Malaysia membuat kenaikan sebanyak 34.21% pada bulan Mac 2025. Dibuka pada harga RM0.19 pada 3 Mac 2025, Pos tutup pada harga RM0.255 pada penghujung Mac.

Sumber: malaysiastock.biz

Pos Malaysia Berhad telah mengalami kerugian sejak tahun 2019. Tahun terakhir Pos membuat keuntungan adalah pada tahun 2018 dengan keuntungan sebanyak RM95.2 juta.

10. Iris Corporation Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Melengkapi senarai ini ialah Iris Corporation Berhad, salah sebuah syarikat teknologi.  Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti kad pengenalan, passport, dan penyelesaian kad pintar.

Iris berjaya membuat kenaikan sebanyak 33.33% pada Mac 2025. Mungkinkah Iris akan meneruskan kenaikan tersebut lagi?

Kesimpulan

Mac 2025 telah menjadi bulan yang menguntungkan bagi beberapa saham patuh Syariah di Bursa Malaysia. Prestasi cemerlang saham-saham ini membuktikan bahawa terdapat peluang pelaburan yang menarik dalam pasaran tempatan. Walau bagaimanapun, pelabur dinasihatkan untuk melakukan kajian lanjut dan mempertimbangkan risiko sebelum membuat keputusan pelaburan.

Adakah anda memiliki salah satu saham yang tersenarai dalam senarai ini? 

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.