Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Mac 2025

Saya percaya ramai pelabur yang sudah ambil maklum yang dana asing telah keluar dari pasaran tempatan untuk lebih dari 20 minggu berturut-turut. 

Dana institusi tempatan telah bertindak untuk menyokong pasaran tempatan selama tempoh itu. Namun, persoalannya berapa lama lagikah institusi tempatan mampu menyokong pasaran tempatan?

Dalam situasi seperti ini, berapa banyak saham yang rugi? Sudah tentu banyak. 

Ini merupakan senarai saham patuh syariah paling rugi Mac 2025. 

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

1. Silver Ridge Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Saham Sridge merupakan saham paling rugi Mac 2025 dan merupakan satu-satunya saham yang rugi lebih dari 50%.

Sridge telah susut sebanyak 59.09%. Jika anda melihat kepada carta, seeloknya pelabur menjauhi saham seperti ini kerana saham ini sering membuat kenaikan berbentuk parabolik dan kemudian membuat kejatuhan besar dalam tempoh singkat. Kita tidak akan tahu bila-bila masa sahaja saham seperti ini akan jatuh mendadak.

2. Nationgate Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Nationgate pula merudum sebanyak 28.34%. Kejatuhan Nationgate berkait dengan isu kemungkinan penipuan dalam penghantaran server Dell Technologies Inc dan Super Micro Computer Inc ke Malaysia yang mungkin mengandungi cip Nvidia Corp yang dilarang dihantar ke China.

Walaubagaimanapun Nationgate Holdings Bhd menafikan sebarang pembabitan dalam kes penipuan di Singapura yang berkaitan dengan dakwaan pergerakan cip Nvidia.

Buka akaun dengan CGS International secara online dengan tutorial mudah ini. Klik Sini Untuk Tutorial

3. K.Seng Seng Corporation Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

K.Seng Seng mengalami penurunan sebanyak RM0.21 atau 24.71%. Saham KSSC mengalami tekanan jualan yang tinggi di awal bulan serta penghujung bulan Mac 2025. 

Pada bulan Mac 2025, Pengerusi Eksekutif bagi KSSC iaitu Encik Keh Chuan Seng meletakkan jawatan dari jawatan tersebut atas alasan peribadi yang tidak dijangka.

Terdapat beberapa kaunter yang lain turut dikaitkan dengan Keh Chuan Seng iaitu Ge-Shen, Tex Cycle, ES Sunlogy, Agricore. Beliau merupakan pengarah eksekutif bagi Ge-Shen, Tex Cycle dan K. Seng Seng.

4. Yew Lee Pacific Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Yew Lee mempunyai pattern carta yang sama seperti Sridge, saham paling rugi bulan Mac 2025. Jika anda lihat pada carta, Yew Lee sering membuat kenaikan secara perlahan dan konsisten. Namun, saham tersebut akan dibuang daripada pasaran secara besar-besaran dalam tempoh hanya 1-2 hari sahaja.

Pada bulan Mac 2025, Yew Lee mengalami kejatuhan besar iaitu 22.22%. Anda mungkin ingin mengelak kaunter seperti ini juga.

5. CPE Technology Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

CPE Technology Berhad merupakan saham kelima paling rugi Mac 2025 setelah jatuh sebanyak RM0.180 atau bersamaan dengan 21.18%. Saham CPE Tech jatuh hampir separuh harganya daripada paras tertinggi yang dicatatkan pada Julai 2024.

6. Tex Cycle Technology Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Sama seperti syarikat K.Seng Seng, saham Tex Cycle turut menjunam disebabkan kaitan dengan perletakan jawatan pengarah eksekutifnya iaitu Keh Chuan Seng. Saham-saham berkaitan dengan beliau sama-sama menjunam setelah berita tersebut.

Tex Cycle pula turun 20.67%.

7. YLI Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Apa yang kami dapati pada saham YLI Holdings Berhad ini adalah volume harian yang sangat rendah. Ini bermakna kurangnya minat belian terhadap saham ini. Saham ini masih lagi dalam fasa major downtrend.

YLI ditutup pada harga RM0.305 dan turun 19.74% pada bulan lepas.

8. Dufu Technology Corp. Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Harga saham Dufu jatuh dengan agak teruk pada tahun ini. Sejak awal tahun 2025, Dufu telah susut 43.98%. Setakat ini, sektor teknologi belum lagi membuat rebound daripada kejatuhan sebelum ini.

Boleh dikatakan belum ada catalyst yang mampu untuk melonjakkan sektor teknologi. Pada bulan Mac 2025, Dufu turun RM0.26 atau 19.55%.

9. Malaysian Genomics Resource Centre Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Syarikat seperti Malaysian Genomics Resource Centre Berhad agak unik kerana tidak banyak syarikat seperti ini di Malaysia. Syarikat ini terlibat dengan genomik dan biofarmaseutikal. 

Harga saham MGRC jatuh daripada RM0.290 kepada RM0.240 atau 17.24%.

Harga saham MGRC pernah berada di atas RM2.50 pada tahun 2022. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja nilai syarikat ini telah menurun sehingga 90%.

10. Mayu Global Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Melengkapi senarai 10 saham patuh syariah paling rugi ini adalah Mayu Global Group Berhad. 

Syarikat Mayu Global susut dari RM0.230 kepada RM0.195. Dalam tempoh sebulan harga saham Mayu Global telah susut sebanyak 15.22%.

Kesimpulan

Senarai ini menunjukkan bahawa pasaran saham, termasuk saham patuh syariah, tidak terlepas daripada ketidaktentuan ekonomi dan faktor luar yang mempengaruhi prestasi syarikat. Kejatuhan ketara dalam beberapa saham ini menandakan pentingnya pemantauan berterusan dan pemahaman mendalam terhadap trend pasaran sebelum membuat keputusan pelaburan.

Bagi pelabur, kajian fundamental dan teknikal adalah aspek penting bagi mengenal pasti saham yang mempunyai potensi pertumbuhan jangka panjang. Selain itu, kepelbagaian dalam pelaburan juga boleh membantu mengurangkan risiko kerugian.

Dalam menghadapi ketidaktentuan ini, pelabur dinasihatkan agar tidak panik dan lebih berhati-hati dalam memilih saham. Gunakan strategi pelaburan yang bijak, pantau perkembangan pasaran, dan pastikan setiap keputusan dibuat berdasarkan analisis yang menyeluruh.

Seperti pepatah, “Dalam setiap krisis, ada peluang.” Pasaran saham sentiasa bergerak secara dinamik, dan peluang untuk bangkit semula sentiasa ada bagi mereka yang bersabar dan berstrategi dengan baik.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.


“Adoi, elok je beli dia jatuh. Bila nak naik balik ni?”

Siapa pernah alami perkara di atas? Majoriti pelabur saham baru dan lama mesti pernah melaluinya.

Ramai pelabur baru sering tersangkut di puncak bahagia kerana mengejar harga saham yang dah naik tinggi. Inilah yang dikatakan penyakit “FOMO”. Apa itu FOMO?

Fear of missing out bermaksud perasaan takut untuk tertinggal daripada sesuatu. Memang susah nak tahan tahan dari beli saham yang sedang kelip-kelip hijau.

Mereka akan cenderung untuk membeli saham ketika harga saham telah naik tinggi tetapi terus jatuh tidak lama selepas itu.

Jika anda selalu tersangkut di puncak harga, kenapa tidak tunggu sehingga saham tersebut membuat pullback terlebih dahulu?

Saham uptrend yang baik, biasanya akan bergerak secara zig-zag. Maksudnya saham tersebut akan membuat pullback sebelum meneruskan kenaikan.

Kami cadangkan anda menggunakan teknik Buy on Reversal. Tunggu sehingga reversal candlestick muncul barulah kita beli saham itu.

Apa Itu Reversal Candlestick?

Sumber: Trading View

Reversal bermaksud perubahan trend sama ada dari uptrend ke downtrend ataupun dari downtrend ke uptrend.

Reversal candlestick pula bermaksud pattern candlestick yang terbentuk pada carta dan ia menandakan perubahan trend akan berlaku.

Bagi yang selalu terbeli saham ketika di pucuk dan tersangkut di puncak bahagia, kami ingin kongsikan bersama anda sebuah e-book terbaharu kami bertajuk ‘Reversal Candlestick’ yang diharapkan dapat membantu anda mengatasi masalah di atas.

Nak tahu apa yang anda akan belajar dari e-book Reversal Candlestick?

1. Kepentingan Memahami Trend

Jom kita ulangkaji. Terdapat 3 trend di dalam pelaburan saham iaitu uptrend, sideways dan downtrend. Cara terbaik untuk membuat duit adalah membeli saham ketika uptrend.

Risiko membeli ketika uptrend adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan membeli saham ketika sideways dan downtrend.

Di dalam e-book ini akan diterangkan lebih terperinci setiap trend tersebut dan apa yang perlu anda lakukan pada setiap trend tersebut.

2. Tentukan Support & Resistance

Kami faham pelabur baru mungkin masih belum pasti bagaimana nak tentukan di mana paras support & resistance.

Jika anda ingin tahu cara-cara lukis support & resistance, e-book ini ada menyediakan langkah-langkah melukis support & resistance dan ianya disediakan dalam bentuk gambar untuk lebih mudah faham.

Selain itu, akan dikongsikan juga ilmu kegunaan support & resistance dan 2 kajian kes.

Oleh itu, apabila anda dah mampu lukis support & resistance sendiri kelak, anda juga boleh buat duit dengan menguasai support & resistance.

Baca: Strategi Taktikal Dalam Dagangan Saham – Apa Nak Buat Bila Market Uptrend, Downtrend Dan Sideway

3. Bagaimana Pembentukan Candlestick?

Sumber: ig.com

Tahukah anda, sekiranya anda betul-betul faham bagaimana pembentukan sebatang candlestick, anda sebenarnya dapat membaca emosi pelabur lain dalam pembentukan candlestick tersebut.

Jika anda ingin tahu cara mudah untuk faham pembentukan candlestick, boleh belajar dalam e-book ini.

4. Contoh Reversal Candlestick

Reversal candlestick adalah pattern candlestick yang dapat memberitahu kita bahawa pertukaran trend akan berlaku.

Lihat contoh situasi di bawah:

  1. Apabila saham sedang buat uptrend dan bearish reversal candlestick muncul, ia menandakan trend tersebut bakal berakhir dan trend berpotensi untuk bertukar dari uptrend ke downtrend.
  • Apabila saham sedang buat downtrend dan bullish reversal candlestick muncul, ia menandakan trend tersebut bakal berakhir dan trend berpotensi untuk bertukar dari downtrend ke uptrend.

Di dalam e-book ini ada 8 contoh bullish reversal candlestick dan 8 contoh bearish reversal candlestick.

Setiap candlestick tersebut akan disertakan gambar candlestick, ciri-ciri reversal candlestick, bagaimana reversal candlestick tersebut terbentuk, contoh reversal candlestick tersebut pada carta dan tips gunakan reversal candlestick tersebut.

Anda mungkin berminat dengan artikel ini: 6 Sebab Kenapa ‘Japanese Candlestick’ Masih Relevan Sehingga Ke Hari Ini

5. Ada 6 Contoh Kes Kajian

Bagi yang ingin belajar dan mengkaji kegunaan reversal candlestick pada pasaran saham, e-book ini ada 6 contoh kes kajian untuk anda belajar dan fahami contoh-contoh tersebut.

Di dalam beberapa kes kajian ini, anda akan melihat sendiri bagaimana pertukaran trend terjadi setelah reversal candlestick terbentuk.

Kesimpulannya, sekiranya anda selalu tersalah timing untuk beli atau jual saham, disarankan anda cuba pula teknik Buy on Reversal.

Maksudnya di sini adalah anda boleh menunggu sehingga reversal candlestick muncul barulah anda membuat keputusan untuk beli atau jual saham anda.

Justeru, jika anda menggunakan teknik ini, risiko untuk anda tersalah waktu beli saham dan jual saham adalah lebih rendah.

Peluang Sauk Saham Yang Membuat Reversal

ebook reversal candlestick

Buy on Dip ialah teknik membeli saham ketika anda nampak Bullish Reversal candlestick muncul pada carta.

Teknik ini dapat membantu memberitahu anda kemungkinan pertukaran trend yang akan berlaku.

Ia akan memudahkan anda untuk membuat keputusan bila waktu yang sesuai nak beli saham apabila saham dalam watchlist anda membuat pullback. 

Dalam e-book ini, anda akan belajar: 

1.  Memahami trend
2.  Kuasai support & resistance
3.  Berkenalan dengan jenis-jenis carta
4.  Memahami bagaimana pembentukan candlestick
5.  Belajar beli ketika bullish reversal candlestick muncul pada carta
6.  Belajar jual ketika bearish reversal candlestick muncul pada carta
7.  Ada contoh kajian kes. Bukan 1 tapi 6 kajian kes!

Miliki eBook Reversal Candlestick -> https://thekapital.my/ebook-reversalcandlestick

Previous ArticleNext Article

5 Rutin Harian Yang Membantu Pelabur Membuat Keputusan Lebih Bijak

Ramai orang melihat hasil yang diperoleh oleh pelabur atau pedagang saham yang berjaya, tetapi tidak ramai yang melihat apa yang mereka lakukan setiap hari.

Ada yang menganggap kejayaan mereka datang kerana pandai memilih saham atau mempunyai “orang dalam” yang berkongsi maklumat. Hakikatnya, kebanyakan pelabur yang konsisten memperoleh keuntungan mempunyai satu persamaan, iaitu mereka mengamalkan rutin harian yang tersusun.

Mereka tidak membuat keputusan secara terburu-buru atau membeli saham hanya kerana melihat harga sedang meningkat. Sebaliknya, setiap keputusan dibuat selepas menilai keadaan pasaran, membaca laporan syarikat dan mengikuti perkembangan semasa.

Rutin ini mungkin kelihatan ringkas, tetapi apabila diamalkan secara konsisten, ia membantu pelabur membuat keputusan yang lebih rasional dan mengurangkan risiko membuat kesilapan akibat emosi.

Mengapa Rutin Harian Penting?

Pasaran saham berubah setiap hari. Harga saham dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti keputusan kewangan syarikat, berita korporat, keadaan ekonomi, kadar faedah, harga komoditi dan sentimen global.

Jika pelabur hanya membuka aplikasi dagangan untuk melihat harga saham tanpa memahami apa yang berlaku di sebaliknya, mereka mudah membuat keputusan berdasarkan panik atau FOMO.

Rutin harian membantu pelabur untuk:

  • memahami keadaan pasaran sebelum berdagang,
  • mengenal pasti peluang lebih awal,
  • mengurus risiko dengan lebih baik,
  • dan mengelakkan keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa.

1. Semak Laporan Kewangan Syarikat

Selepas Bursa Malaysia ditutup, antara perkara pertama yang dilakukan oleh ramai pelabur ialah menyemak laporan kewangan syarikat yang baru diumumkan.

Semua syarikat tersenarai diwajibkan mengeluarkan laporan kewangan setiap suku tahun. Daripada laporan ini, pelabur boleh melihat sama ada prestasi syarikat semakin baik atau sebaliknya.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

  • pertumbuhan hasil (revenue),
  • keuntungan bersih,
  • margin keuntungan,
  • aliran tunai,
  • dan kedudukan hutang syarikat.

Contoh Situasi

Sebuah syarikat teknologi mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak 35% berbanding suku tahun sebelumnya.

Keputusan ini mungkin menarik perhatian pelabur institusi dan seterusnya meningkatkan minat terhadap saham syarikat tersebut.

Namun, pelabur yang membaca laporan lebih awal mempunyai masa untuk membuat penilaian sebelum pasaran dibuka pada keesokan harinya.

2. Pantau Pengumuman Dividen

Selain prestasi kewangan, ramai pelabur turut memberi perhatian kepada pengumuman dividen. Dividen merupakan sebahagian daripada keuntungan syarikat yang diagihkan kepada pemegang saham.

Dalam pengumuman dividen, terdapat beberapa tarikh penting seperti:

  • Ex-Date – tarikh terakhir untuk membeli saham bagi melayakkan diri menerima dividen.
  • Entitlement Date – tarikh syarikat menentukan senarai pemegang saham yang layak menerima dividen.

Contoh

Jika sebuah syarikat mengumumkan dividen sebanyak 5 sen sesaham, pelabur yang memiliki 10,000 unit saham berpotensi menerima dividen sebanyak:

10,000 × RM0.05 = RM500

Walaupun dividen bukan satu-satunya sebab membeli saham, ia boleh menjadi petunjuk bahawa syarikat mempunyai kedudukan kewangan yang baik.

3. Ikuti Pengumuman Bonus Issue dan Rights Issue

Selain dividen, syarikat juga kadangkala mengumumkan:

  • Bonus Issue
  • Rights Issue

Bonus Issue bermaksud syarikat memberikan saham tambahan kepada pemegang saham tanpa bayaran berdasarkan nisbah tertentu. Sebagai contoh, bonus 1:2 bermaksud bagi setiap dua saham yang dimiliki, pelabur akan menerima satu saham tambahan.

Rights Issue pula memberi peluang kepada pemegang saham sedia ada membeli saham baharu pada harga yang telah ditetapkan. Walaupun kedua-dua tindakan korporat ini tidak semestinya menjadikan saham lebih menarik, ia tetap penting untuk difahami kerana boleh memberi kesan kepada jumlah pegangan dan strategi pelaburan.

4. Ikuti Berita Korporat dan Pasaran

Pelabur yang berpengalaman tidak hanya melihat nombor. Mereka juga membaca berita. Berita korporat boleh memberi gambaran awal tentang perkara yang mungkin mempengaruhi harga saham.

Antaranya ialah:

  • kontrak baharu,
  • pengambilalihan syarikat,
  • perubahan pengurusan,
  • projek kerajaan,
  • perubahan dasar,
  • dan perkembangan ekonomi global.

Sebagai contoh, jika sebuah syarikat memperoleh kontrak bernilai ratusan juta ringgit, berita tersebut boleh meningkatkan keyakinan pelabur terhadap prospek syarikat.

Namun begitu, pelabur juga perlu berhati-hati kerana tidak semua berita akan memberi kesan jangka panjang terhadap harga saham.

5. Fahami Sentimen Pasaran Global

Bursa Malaysia tidak bergerak secara bersendirian. Prestasi pasaran luar negara turut mempengaruhi sentimen pelabur tempatan.

Sebab itu ramai pelabur akan melihat:

  • prestasi indeks utama Amerika Syarikat,
  • pergerakan pasaran Asia,
  • harga minyak mentah,
  • harga emas,
  • dan perkembangan geopolitik.

Jika kebanyakan pasaran global ditutup rendah akibat kebimbangan ekonomi, sentimen negatif tersebut mungkin turut memberi kesan kepada Bursa Malaysia pada keesokan harinya.

Namun begitu, ini bukan bermaksud semua saham akan jatuh. Ada kalanya saham yang mempunyai asas perniagaan kukuh masih mampu bertahan walaupun pasaran keseluruhan lemah.

Jangan Terlalu Taksub Mengejar Saham Yang Sedang Melonjak

Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh pelabur baharu ialah membeli saham hanya kerana melihat kenaikan harga yang mendadak. Mereka takut terlepas peluang atau lebih dikenali sebagai Fear of Missing Out (FOMO).

Hakikatnya, saham yang naik terlalu cepat juga berpotensi mengalami pembetulan harga yang pantas. Sebab itu pelabur yang berpengalaman lebih mengutamakan pengurusan risiko. Mereka tidak terlalu tamak dan sentiasa mempunyai pelan untuk mengambil keuntungan apabila sasaran telah dicapai.

Seperti kata pelabur terkenal Warren Buffett:

“Be fearful when others are greedy, and be greedy when others are fearful.”

Prinsip ini mengingatkan kita supaya tidak mudah dipengaruhi emosi pasaran.

Contoh Rutin Harian Seorang Pelabur

Bayangkan Hafiz bekerja sepenuh masa sebagai jurutera. Beliau tidak mempunyai masa untuk melihat harga saham sepanjang hari.

Namun setiap malam selepas pulang bekerja, beliau memperuntukkan kira-kira 30 minit untuk:

  • membaca laporan kewangan yang baru diumumkan,
  • menyemak pengumuman dividen atau bonus,
  • membaca berita korporat,
  • melihat prestasi pasaran global,
  • dan mengemas kini senarai saham yang sedang dipantau.

Apabila pasaran dibuka keesokan harinya, beliau sudah mempunyai pelan tindakan. Ini jauh lebih baik daripada membeli saham secara spontan hanya kerana melihat harga sedang meningkat.

Rutin Yang Konsisten Lebih Penting Daripada Ramalan Yang Tepat

Ramai orang menghabiskan masa mencari “saham yang pasti naik”. Sedangkan pelabur yang berjaya lebih banyak menghabiskan masa membina disiplin.

Mereka memahami bahawa tiada siapa mampu meramal pasaran dengan tepat setiap masa. Apa yang boleh dikawal ialah proses membuat keputusan.

Semakin konsisten rutin yang diamalkan, semakin banyak maklumat yang dimiliki dan semakin baik keputusan yang boleh dibuat.

Kesimpulan

Kejayaan dalam pelaburan saham bukan hanya bergantung kepada kebolehan memilih saham yang berpotensi memberikan pulangan tinggi. Sebaliknya, ia bermula dengan disiplin membina rutin harian yang membantu pelabur memahami keadaan pasaran sebelum membuat sebarang keputusan.

Menyemak laporan kewangan, mengikuti pengumuman dividen dan tindakan korporat, membaca berita pasaran serta memantau sentimen global mungkin kelihatan seperti rutin yang kecil. Namun apabila dilakukan secara konsisten, semua ini membantu pelabur membuat keputusan yang lebih berasaskan fakta dan bukannya emosi.

Akhir sekali, ingatlah bahawa pelaburan bukan tentang siapa yang paling pantas membeli saham, tetapi siapa yang paling bersedia apabila peluang muncul. Dengan rutin yang betul, anda bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan dalam membuat keputusan, malah berpeluang menjadi pelabur yang lebih berdisiplin dan konsisten dalam jangka panjang.