Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Mei 2022

Keadaan pasaran saham di Bursa Malaysia terus membuat kejatuhan selepas dibuka pada 5 Mei 2022. 

Indeks FBMKLCI bermula pada 5 Mei 2022 pada jatuh ke paras 1,582.98 mata dan menutup tirai bulan Mei dengan kejatuhan sekitar 12.74 mata dan ditutup pada 1570.10 mata setelah membuat kenaikan mengejut pada akhir dagangan pada 31 Mei 2022. 

Arah tuju pasaran saham Bursa Malaysia masih tiada sebarang tanda-tanda pemulihan dan pemangkin seperti pilihan raya umum juga masih menjadi teka teki.

Namun, masih ada saham-saham yang membuat kenaikan yang mampu membuat pelabur tersenyum sepanjang Mei. 

Mari kita lihat senarai 10 top saham patuh syariah paling untung untuk bulan Mei tahun 2022. Senarai saham paling untung untuk bulan Mei tahun 2022 adalah seperti berikut:-

1. Sapura Energy Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Sapura Energy Berhad merupakan kaunter saham patuh syariah paling untung untuk bulan Mei 2022 dengan kenaikan sehingga 112.5% dalam tempoh satu bulan dagangan bermula 5 Mei sehingga 31 Mei 2022.

2. Global Oriental Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Global Oriental Berhad pula merupakan kaunter patuh syariah kedua paling untung pada bulan Mei 2022 dengan kenaikan sehingga 63.41% untuk tempoh satu bulan dagangan pada bulan Mei 2022.

3. Computer Forms (M) BHD

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat ketiga pula adalah kaunter syarikat Computer Forms (M) BHD dengan kenaikan sebanyak 56.92% dalam tempoh satu bulan dagangan.

4. Priceworth International Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Priceworth International Bhd berada di tangga keempat untuk kaunter paling untung sepanjang bulan Mei 2022 dengan kenaikan sebanyak 50.0%.

5. Top Builders Capital Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat kelima pula adalah syarikat Top Builders Capital Berhad yang mencatatkan peningkatan sebanyak 40.00% untuk tempoh sebulan pada Meil 2022.

6. GIIB Holding Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Pada tempat keenam adalah kaunter saham syarikat GIIB Holding Berhad yang mencatatkan kenaikan sebanyak 26.67% dalam tempoh sebulan dagangan pada Mei 2022.

7. Eduspec Holding Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Syarikat Eduspec Holdings Berhad pula adalah kaunter saham ketujuh paling untung untuk bulan Mei 2022 dengan kenaikan 25.00%.

8. Asia Media Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Asia Media Group Berhad merupakan kaunter saham kelapan paling untung pada bulan Mei 2022 dengan kenaikan sebanyak 17.16%.

9. PGF Capital Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Yang kedua terakhir di tempat kesembilan adalah kaunter daripada syarikat PGF Capital Berhad dengan kenaikan sebanyak 17.16% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan Mei 2022.

10. YNH Property Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Yang terakhir paling untung pada bulan Mei 2022 adalah saham syarikat YNH Property Bhd yang mengalami kenaikan harga sebanyak 16.90% dalam tempoh sebulan dagangan.

Masih Ada Harapankah Untuk Pasaran Tempatan?

Daripada 10 senarai diatas, hanya syarikat Computer Forms (M) Bhd sahaja yang didagangkan atas RM1.00 di akhir bulan Mei 2022 sementara 9 yang lain didagangkan di bawah RM1.00.

Walaupun keadaan pasaran masih dalam keadaan yang tidak menentu, namun masih ada sinar dihujung terowong. Masa ini adalah masa yang sangat sesuai untuk mencari saham-saham yang undervalue.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Perdagangan Edaran Malaysia Dijangka Cecah 6.1 Peratus Tahun Ini — Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Pertumbuhan perdagangan edaran Malaysia diunjur pada 6.1 peratus dalam 2026 berbanding 5.6 peratus pada 2025 susulan prestasi lebih kukuh tahun ini yang mengatasi jangkaan awal.

Prestasi itu dipacu oleh usaha seperti pengumpulan stok borong, peningkatan harga berkaitan petroleum serta pemulihan dalam jualan kenderaan motor, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Bank pelaburan itu menyatakan pertumbuhan perdagangan edaran turut meningkat kepada 9.4 peratus daripada 7.5 peratus bagi tempoh Januari-Mac.

“Ini merujuk kepada permintaan awal di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan tekanan kos serta ketidaktentuan bekalan.

“Bagaimanapun, prestasi sektor runcit yang lebih sederhana mungkin menandakan momentum asas perbelanjaan pengguna yang mulai kembali normal selepas disokong oleh peningkatan perbelanjaan sempena musim perayaan sebelum ini,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bank pelaburan itu memaklumkan lonjakan harga tenaga, ketegangan geopolitik yang ketara serta gangguan rantaian bekalan yang berlanjutan, berpotensi memberi tekanan ke atas aktiviti penggunaan serta perniagaan dalam separuh kedua 2026.

“Pengukuhan pada masa ini berkemungkinan bersifat sementara dan mungkin tidak lagi mampan dalam bulan-bulan akan datang” katanya.

Selain itu, Kenanga IB mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada kadar 4.5 peratus bagi 2026 berbanding pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025, sekali gus mencerminkan prospek ekonomi yang berhati-hati namun masih kekal optimis.

Petunjuk bulanan termasuk prestasi perdagangan pengedaran lebih kukuh serta pertumbuhan pengeluaran perindustrian pada April yang mengatasi jangkaan menunjukkan aktiviti ekonomi domestik kekal berdaya tahan pada suku kedua 2026.

“Pemulihan dalam aktiviti motor dan jualan borong hanya menunjukkan sokongan peningkatan kepada pertumbuhan jangka masa terdekat, terutama dalam sektor berkaitan perkhidmatan.

“Sehubungan itu, kami mengekalkan unjuran bahawa momentum pertumbuhan akan mengukuh dalam suku kedua sebelum menyederhana dalam separuh kedua jika ketegangan geopolitik terus wujud dan menjejaskan rantaian bekalan.”

— BERNAMA