Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Ogos 2018

Selain daripada merupakan Bulan Kemerdekaan, bulan Ogos 2018 juga menyaksikan Bursa Malaysia kembali beraksi dengan kemasukan semula jerung-jerung antarabangsa yang banyak membeli saham.

Lihat saja prestasi berikut:

Indeks FBMKLCI 1 Ogos 2018: 1,777.90 Mata

Indeks FBMKLCI 28 Ogos 2018 Paras Tertinggi Bulan Ogos: 1,826.90 Mata

Indeks FBMKLCI 30 Ogos 2018: 1,819.70 Mata

Kenaikan Sebulan: 41.8 Mata atau 2.35%

Sekembalinya keyakinan pelabur institusi untuk melabur ke dalam Bursa Malaysia, dapat diterjemahkan ke dalam banyak keuntungan yang berjaya diraih oleh kebanyakan pelabur runcit seperti kita. Jom tengok senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Ogos 2018:

Sumber: Screener iSaham

1. Watta Holding

Sumber: Bursa Marketplace

2. Edaran Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

3. Dufu Technology Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

4. Frontken Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

5. ABM Fujiya

Sumber: Bursa Marketplace

6. QES Group

Sumber: Bursa Marketplace

7. Asia Media Group

Sumber: Bursa Marketplace

8. PLS Plantations

Sumber: Bursa Marketplace

9. Kobay Technology

Sumber: Bursa Marketplace

10. INIX Technologies Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

8 Daripada 10 Adalah Saham Penny Atau Penny Stock

Memang saham di bawah RM1 atau lebih dikenali sebagai saham penny ni berpotensi besar untuk naik dengan tingginya. Tetapi perlu sangat berhati-hati jugalah kerana ianya boleh jatuh dengan cepat juga. Yang penting kena ada Trading Plan dan Cut Loss apabila dah tiba masanya.

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Dah Buka Akaun CDS? Masih Takut Nak Melabur?

Ada berita baik, Bursa Malaysia-i dengan bangganya menganjurkan bengkel Pelaburan Pasaran Saham Syariah dengan Asri Ahmad Academy. Tujuan bengkel ini adalah untuk melengkapkan pelabur muda, berpotensi dan baru dengan pengetahuan dan maklumat mengenai peluang-peluang pelaburan.

Bengkel ini hanya dibuka kepada mereka yang telah membuka akaun perdagangan syariah dengan mana-mana broker Islamik yang berdaftar dengan Bursa Malaysia-i.

Bengkel kali ini sesi praktikal. Sila bawa bersama laptop, power extension, dan broadband internet. Tempat memang limited, rasanya cepat sold out ni sebab yuran pun RM10. Daftar segera di Workshop Bursa Malaysia-i @ Kuala Lumpur.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.