Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Ogos 2018

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Itulah yang kita semua ucapkan pada tanggal 31 Ogos setiap tahun sebagai meraikan Hari Kemerdekaan. Tetapi bagaimana pula dengan prestasi portfolio pelaburan saham anda?

Harap tak terbeli mana-mana saham yang tersenarai dalam Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Untuk Bulan Ogos 2018 berikut:

Sumber: iSaham Screener

1. Melewar Industrial Group

Sumber: Bursa Marketplace

2. Sapura Energy

Sumber: Bursa Marketplace

3. Sinmah Capital

Sumber: Bursa Marketplace

4. Minda Global

Sumber: Bursa Marketplace

5. Yong Tai

Sumber: Bursa Marketplace

6. Scomi Group

Sumber: Bursa Marketplace

7. Parkson Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

8. Utusan Melayu (Malaysia)

Sumber: Bursa Marketplace

9. Lay Hong

Sumber: Bursa Marketplace

10. Sumatec Resources

Sumber: Bursa Marketplace

FBMKLCI Naik, Tapi Masih Ada Saham Yang Menjunam

Memang tidak dinafikan pasaran saham Malaysia pada keseluruhannya meningkat naik. Tapi itu tidak bermakna anda perlu melabur sesuka hati dengan harapan harga saham akan naik. Pastikan anda buat Fundamental Analysis untuk tahu saham apa yang boleh dibeli dan Technical Analysis untuk tahu masa terbaik untuk beli saham tersebut.

Dan kebanyakannya yang tersenarai juga merupakan syarikat yang tidak berada dalam keadaan baik. Ada yang rugi berterusan, tak kurang juga yang untung sedikit sahaja. Ada juga yang sampai tak mampu nak bayar hutang, sebagai contoh Utusan Melayu Kini Bertaraf PN 17. Ada juga yang nak keluarkan saham baru untuk bayar hutang, sebagai contoh Saham Sapura Energy Terjun Tiruk Setelah Pengumuman Rights Issue.

Senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Bulan Ogos 2018 di atas adalah berdasarkan Screener Worst Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener,  Value Investing Screener dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Perdagangan Edaran Malaysia Dijangka Cecah 6.1 Peratus Tahun Ini — Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Pertumbuhan perdagangan edaran Malaysia diunjur pada 6.1 peratus dalam 2026 berbanding 5.6 peratus pada 2025 susulan prestasi lebih kukuh tahun ini yang mengatasi jangkaan awal.

Prestasi itu dipacu oleh usaha seperti pengumpulan stok borong, peningkatan harga berkaitan petroleum serta pemulihan dalam jualan kenderaan motor, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Bank pelaburan itu menyatakan pertumbuhan perdagangan edaran turut meningkat kepada 9.4 peratus daripada 7.5 peratus bagi tempoh Januari-Mac.

“Ini merujuk kepada permintaan awal di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan tekanan kos serta ketidaktentuan bekalan.

“Bagaimanapun, prestasi sektor runcit yang lebih sederhana mungkin menandakan momentum asas perbelanjaan pengguna yang mulai kembali normal selepas disokong oleh peningkatan perbelanjaan sempena musim perayaan sebelum ini,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bank pelaburan itu memaklumkan lonjakan harga tenaga, ketegangan geopolitik yang ketara serta gangguan rantaian bekalan yang berlanjutan, berpotensi memberi tekanan ke atas aktiviti penggunaan serta perniagaan dalam separuh kedua 2026.

“Pengukuhan pada masa ini berkemungkinan bersifat sementara dan mungkin tidak lagi mampan dalam bulan-bulan akan datang” katanya.

Selain itu, Kenanga IB mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada kadar 4.5 peratus bagi 2026 berbanding pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025, sekali gus mencerminkan prospek ekonomi yang berhati-hati namun masih kekal optimis.

Petunjuk bulanan termasuk prestasi perdagangan pengedaran lebih kukuh serta pertumbuhan pengeluaran perindustrian pada April yang mengatasi jangkaan menunjukkan aktiviti ekonomi domestik kekal berdaya tahan pada suku kedua 2026.

“Pemulihan dalam aktiviti motor dan jualan borong hanya menunjukkan sokongan peningkatan kepada pertumbuhan jangka masa terdekat, terutama dalam sektor berkaitan perkhidmatan.

“Sehubungan itu, kami mengekalkan unjuran bahawa momentum pertumbuhan akan mengukuh dalam suku kedua sebelum menyederhana dalam separuh kedua jika ketegangan geopolitik terus wujud dan menjejaskan rantaian bekalan.”

— BERNAMA