Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Ogos 2023

“Indeks bulan Ogos dilihat positif kepada pelabur”

Dibuka pada 1,458.9 mata pada awal Ogos 2023 dan menutup tirai bulan Ogos 2023 di paras 1,451.94 mata.

Secara keseluruhan, indeks Bursa Malaysia turun sekitar 0.48% sepanjang Ogos 2023. 

Mari kita lihat saham patuh syariah yang paling untung untuk Ogos 2023 ini. Antara senarai saham patuh syariah paling untung bulan Ogos tahun 2023 adalah seperti berikut:

1. Jadi Imaging Holdings Bhd

Jadi Imaging Holdings Bhd merupakan saham patuh syariah paling untung pada bulan Ogos 2023 dengan kenaikan sehingga 114.29% untuk tempoh satu bulan dagangan pada bulan Ogos 2023.

2. E.A. Technique (M) Berhad

Di tempat kedua pula adalah saham syarikat E.A. Technique (M) Berhad dengan kenaikan sebanyak 86.21% dalam tempoh satu bulan dagangan. 

3. Iskandar Waterfront City Berhad

Iskandar Waterfront City Berhad berada di tangga ketiga untuk saham paling untung sepanjang bulan Ogos 2023 dengan kenaikan sebanyak 77.91%.

4. Eastern & Oriental Bhd

Di tempat keempat pula adalah syarikat Eastern & Oriental Bhd yang mencatatkan peningkatan sebanyak 77.78% untuk tempoh sebulan pada Ogos 2023.

5. Sealink International Bhd

Pada tempat kelima adalah saham syarikat Sealink International Bhd yang mencatatkan kenaikan sebanyak 58.82% dalam tempoh sebulan dagangan pada Ogos 2023. 

6. MK Land Holdings Bhd

MK Land Holdings Bhd pula adalah saham keenam paling untung untuk bulan Ogos 2023 dengan kenaikan 51.52%. 

7. UEM Sunrise Berhad

UEM Sunrise Berhad merupakan saham ketujuh paling untung pada bulan Ogos 2023 dengan kenaikan sebanyak 50.52%.

8. SP Setia Bhd

Yang ketiga terakhir di tempat kelapan adalah saham daripada syarikat SP Setia Bhd dengan kenaikan sebanyak 46.03% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan Ogos 2023.

9. Marine & General Berhad

Yang kedua terakhir paling untung pada bulan Ogos 2023 adalah saham syarikat Marine & General Berhad yang mengalami kenaikan harga sebanyak 42.86% dalam tempoh sebulan dagangan. 

10. Perdana Petroleum Berhad

Ditempat kesepuluh untuk saham paling untung Ogos 2023 adalah syarikat Perdana Petroleum Berhad. Syarikat ini telah membuat kenaikan sebanyak 28.57% dalam tempoh sebulan dagangan. 

Pelabur Asing Telah Kembali Ke Bursa Malaysia

Pilihan raya sudah selesai, sekarang masa untuk kerajaan bekerja untuk memulihkan keadaan ekonomi Malaysia. 

Ekonomi pulih, pasaran saham lebih mudah nak cari duit tepi kepada pelabur!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami akan kongsikan step by step cara guna strategi Swing dalam saham.

Webinar Swing Trading Intensif

• 9 – 10 Sept 2023, Sabtu – Ahad
• 9.00 pagi – 5.00 petang
• Melalui ZOOM

Daftar di sini: https://thekapital.my/swing

Previous ArticleNext Article

Timur Tengah Dilanda Konflik: Krisis Menjadi Peluang?

Risiko geopolitik jadi tumpuan utama

Peperangan Iran yang sedang berlaku sekarang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur, memandangkan ia memberikan kesan ekonomi yang runcing berkaitan kekurangan tenaga yang berlarutan. Harga minyak yang lebih tinggi untuk tempoh lebih lama menimbulkan risiko untuk Rizab Persekutuan AS (US Fed) menjadi lebih agresif. Para pelabur ekuiti rata-ratanya dilihat lebih munasabah, dengan mengambil kira jangkaan kes asas untuk konflik yang terkawal, yang bermakna strategi pembelian semasa harga lemah. Perjanjian gencatan senjata masih rapuh.

Semakin lama masa diambil untuk mencapai jalan penyelesaian atau jika terjerumus semula dalam pertelingkahan, semakin tinggi risiko pelabur hilang keyakinan dan menjual pegangan. Sekiranya kes asas gagal dicapai, pelabur akan menjadi lebih berhati-hati dan lebih menjaga simpanan tunai mereka. Kami anggarkan penilaian terendah buat FBM KLCI pada – 2SD (1,433 mata). Sebaliknya, pengakhiran yang berkekalan kepada konflik ini akan menyaksikan kenaikan harga susulan kelegaan, dengan tumpuan pada saham-saham pertumbuhan dan saham ketinggalan nilai yang terjejas oleh peperangan.

Keadaan makroekonomi dan jangkaan pelabur yang berubah-ubah

Andaian kes asas oleh Jabatan Ekonomi RHB, dengan kebarangkalian 60%, ialah situasi gencatan senjata yang berkekalan, dan premium risiko harga minyak mereda. Kes asas untuk ramalan makroekonomi rasmi oleh RHB tidak banyak dipinda, tetapi ia sekarang mengambil kira hanya satu potongan kadar US Fed untuk 2026 (daripada dua). Selagi saluran komunikasi antara watak-watak utama ini kekal terbuka apabila kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian tanpa mencalarkan reputasi, pasaran-pasaran mungkin boleh terus berharap penyelesaian akan muncul. Senario kes “lebih buruk” (kebarangkalian 30%) pula mengandaikan konflik yang berlarutan dan harga minyak meninggi.

Tempoh hari tambahan bagi harga minyak yang tinggi dan bekalan tenaga yang terhad kepada pasaran menimbulkan risiko inflasi berterusan, merendahkan pendapatan boleh belanja, menekan permintaan, menjejaskan keberuntungan syarikat, dan mendesak US Fed. Perjanjian keamanan yang berkekalan dapat mengurangkan kerosakan pada asas-asas makroekonomi dunia dan mengurangkan premium risiko dalam harga minyak mentah dengan ketara. Cabarannya dilihat pada butiran pelaksanaan – khususnya berhubung kebebasan untuk menelusuri Selat Hormuz dan pengesahan jumlah kerosakan secara beransur-ansur pada prasarana pengeluaran dan penapisan minyak di Negara-Negara Teluk.

Strategi

Berdasarkan andaian kes asas RHB, pada asasnya kami dapat kekal positif akan prospek untuk ekuiti dan membiarkan sasaran FBM KLCI kami untuk akhir tahun 2026 sama pada 1,780 mata buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, peperangan Iran ini mencerminkan tahap risiko geopolitik yang runcing yang berpunca daripada Pentadbiran Trump. Pendirian pelaburan berjaga-jaga yang disarankan dalam laporan prospek ekuiti 2026 kami berkisar tentang pendirian berwaspada pelabur, mentaliti dagangan, dan strategi pembelian semasa harga lemah, masih terpakai.

Landskap geopolitik yang semakin meruncing memerlukan pendirian yang lebih mengelakkan risiko, dengan tumpuan pada sektor-sektor yang lebih selamat (seperti tenaga, perladangan, penjagaan kesihatan, telekomunikasi, pengguna, dan REIT) dan pegangan tunai lebih tinggi. Berdasarkan kejadian dahulu, kami anggarkan tahap penilaian terendah bagi FBM KLCI pada -2SDatau 1,433 mata. Sentimen pasaran yang kembali positif terhadap risiko bermakna strategi pelaburan menumpu pada pertumbuhan dan saham-saham ketinggalan nilai dalam pasaran

Penganalisis
Alexander Chia +603 2302 8119 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.