Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung September 2018

Bulan September menyaksikan kita bertuah berada di Malaysia, kerana banyak betul menyambut cuti. Selain daripada itu, prestasi pasaran saham nampak sedikit melemah pada bulan ini.

Indeks FBMKLCI 3 September 2018: 1,821.10 Mata

Indeks FBMKLCI 12 September 2018 Paras Tertinggi Bulan September: 1,822.70 Mata

Indeks FBMKLCI 13 September 2018 Paras Terendah Bulan September: 1,777.50 Mata

Indeks FBMKLCI 28 September 2018: 1,793.20 Mata

Penurunan Sebulan: 27.9 Mata atau -1.53%

Di antara penyebab kepada penurunan ini, sudah pastinya disebabkan oleh perang perdagangan yang semakin dirasai di antara Amerika Syarikat dan China. Nasib baik pelabur asing dilihat kembali memasuki pasaran tempatan, sekurang-kurangnya kesannya tidaklah seteruk pasaran serantau yang lain.

Di kala keadaan ekonomi yang kacau-bilau ni, apa kata kita tengok senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung September 2018:


Sumber: Screener iSaham

1. Pinehill Pacific

Sumber: Bursa Marketplace

2. Orion IXL

Sumber: Bursa Marketplace

3. Ni Hsin Resources

Sumber: Bursa Marketplace

4. Sinotop Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

5. Versatile Creative

Sumber: Bursa Marketplace

6. Ideal Jacobs (M) Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

7. DBE Gurney Resources

Sumber: Bursa Marketplace

8. Hibiscus Petroleum

Sumber: Bursa Marketplace

9. Merge Energy

Sumber: Bursa Marketplace

10. Aturmaju Resources

Sumber: Bursa Marketplace

Hanya Satu Saham Di Atas RM1

Kalau nak tahu, saham-saham di bawah harga RM1 adalah sangat digemari operator kerana ianya boleh naik dengan banyak dan cepat. Atau dalam erti kata lain, senang nak kena gorenglah. Hanya pelabur runcit sahaja yang suka melabur dalamnya. Manakala pelabur institusi atau jerung-jerung pula, suka saham ‘mahal’ dan saham-saham blue chip saja.

Dalam apa keadaan pun, pastikan anda ada Trading Plan dan Cut Loss. Untung pun dapat, duit pun selamat.

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, MA7 Cross MA26, Near Support Screener, Smart Money Screener, Value Investing Screener dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Perdagangan Edaran Malaysia Dijangka Cecah 6.1 Peratus Tahun Ini — Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Pertumbuhan perdagangan edaran Malaysia diunjur pada 6.1 peratus dalam 2026 berbanding 5.6 peratus pada 2025 susulan prestasi lebih kukuh tahun ini yang mengatasi jangkaan awal.

Prestasi itu dipacu oleh usaha seperti pengumpulan stok borong, peningkatan harga berkaitan petroleum serta pemulihan dalam jualan kenderaan motor, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Bank pelaburan itu menyatakan pertumbuhan perdagangan edaran turut meningkat kepada 9.4 peratus daripada 7.5 peratus bagi tempoh Januari-Mac.

“Ini merujuk kepada permintaan awal di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan tekanan kos serta ketidaktentuan bekalan.

“Bagaimanapun, prestasi sektor runcit yang lebih sederhana mungkin menandakan momentum asas perbelanjaan pengguna yang mulai kembali normal selepas disokong oleh peningkatan perbelanjaan sempena musim perayaan sebelum ini,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bank pelaburan itu memaklumkan lonjakan harga tenaga, ketegangan geopolitik yang ketara serta gangguan rantaian bekalan yang berlanjutan, berpotensi memberi tekanan ke atas aktiviti penggunaan serta perniagaan dalam separuh kedua 2026.

“Pengukuhan pada masa ini berkemungkinan bersifat sementara dan mungkin tidak lagi mampan dalam bulan-bulan akan datang” katanya.

Selain itu, Kenanga IB mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada kadar 4.5 peratus bagi 2026 berbanding pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025, sekali gus mencerminkan prospek ekonomi yang berhati-hati namun masih kekal optimis.

Petunjuk bulanan termasuk prestasi perdagangan pengedaran lebih kukuh serta pertumbuhan pengeluaran perindustrian pada April yang mengatasi jangkaan menunjukkan aktiviti ekonomi domestik kekal berdaya tahan pada suku kedua 2026.

“Pemulihan dalam aktiviti motor dan jualan borong hanya menunjukkan sokongan peningkatan kepada pertumbuhan jangka masa terdekat, terutama dalam sektor berkaitan perkhidmatan.

“Sehubungan itu, kami mengekalkan unjuran bahawa momentum pertumbuhan akan mengukuh dalam suku kedua sebelum menyederhana dalam separuh kedua jika ketegangan geopolitik terus wujud dan menjejaskan rantaian bekalan.”

— BERNAMA