Benjamin Franklin: Bilionaire Terunggul Sepanjang Zaman

Menurut Pep Guardiola yang merupakan jurulatih Manchester City FC dan juga bekas jurulatih Barcelona FC, satu-satunya pemain bola sepak yang paling hampir menyamai bakat semula jadi seperti Lionel Messi adalah Neymar Jr. Namun menurut depth statistical analysis player, pemain yang berbakat seperti Lionel Messi bukannya Neymar.

Driblab, penganalisis data sukan bola sepak, telah mencipta pelbagai model untuk mengenalpasti pemain bola sepak yang hampir menyerupai seperti Lionel Messi. Mereka telah memasukkan data 71,600 orang pemain, daripada 2,300 buah pasukan, dan 23,000 buah perlawanan bola sepak.

Selain itu mereka juga telah menambah 12 kategori perbandingan untuk purata permainan, seperti percubaan gol, cara pengawalan bola, kunci pelindung bola ketika dalam perlawanan, purata kehilangan pengawalan bola dan sebagainya.

Hasil kajian tersebut mendapati bahawa Eden Hazard merupakan pemain yang paling hampir menyerupai Lionel Messi, iaitu mempunyai persamaan sebanyak 92.70%, d ikuti oleh Kylian Mbappe, Sergio Aguero, Angel Di Maria dan barulah Neymar Jr.

Perkara seperti ini, jika dilihat di dalam konteks individu yang bergelar bilionaire melalui pelbagai sudut dan bersandarkan kepada pelbagai database, semestinya individu berstatus bilionaire yang berada di kedudukan paling teratas adalah Benjamin Franklin. Kenapa?

Kehidupan Awal

This image has an empty alt attribute; its file name is Benjamin-Franklin-Billionaire-Terunggul-Sepanjang-Zaman2.jpg

Benjamin Franklin dilahirkan di Milk Street, di Boston, Massachusetts, pada 17 Januari 1706, dan kemudiannya dibaptis di Old South Meeting House.  Beliau adalah salah seorang dari tujuh belas adik-beradik yang berbapakan Josiah Franklin, dan salah satu dari sepuluh dilahirkan oleh isteri kedua Josiah, Abiah Folger.

Ayahnya mahu beliau, bersekolah ke sekolah agama, tetapi mereka hanya mempunyai wang yang cukup untuk menghantarnya ke sekolah agama selama dua tahun. Beliau mencuba untuk bersekolah di Boston Latin School tetapi tidak lulus.

Walaubagaimanapun beliau tidak berputus asa, beliau hanya melakukan latihan pembacaan setiap hari, bagi meningkatkan taraf pendidikannya tanpa hadir ke sekolah. Kedua ibu bapanya sangat mengimpikan untuk beliau mempunyai kerjaya di gereja, tetapi nasib kurang baik, atas dasar tekanan kewangan beliau terpaksa menamatkan persekolahan ketika berusia 10 tahun.

Selepas menamatkan zaman persekolahan, beliau telah bekerja untuk perniagaan bapanya sementara waktu, dan ketika berumur 12 tahun beliau telah, mewarisi bakat abangnya iaitu James, dalam dunia percetakan surat khabar.

Ketika beliau berumur 15 tahun, abangnya melepaskan jawatan tersebut dan membuka syarikat akhbar sendiri, iaitu Courant New England, akhbar yang bebas dan bersuara lantang dalam isu-isu semasa.

Ketika terbabit dalam penerbitan surat khabar menggantikan kerusi yang di tinggalkan oleh abangnya, beliau telah menggunakan nama samaran (Street name) ‘Silence Dogood’ yang mana telah memberi kontroversi panas, hasil tulisan-tulisan beliau.

Awalnya, abangnya iaitu James tidak menyedari bahawa kontroversi panas, mengkritik propaganda semasa adalah merupakan adiknya sendiri, iaitu Benjamin Franklin. Walaubagaimanapun hasil daripada pelbagai maklumat, James akhirnya mengetahui ‘Ghost Writer’ menjadi koresponden negatif yang sangat berkontroversi dan popular, adalah adiknya.

Bayangkan seawal usia 15 tahun, beliau sudah mencapai tahap pejuang free-speech. Ketika abangnya di jatuhkan hukuman penjara selama tiga minggu pada tahun 1772, beliau terpaksa mengambil alih tugas abangnya. Antara kenyataan beliau tulis dalam akhbar milik abangnya adalah “Without freedom of thought there can be no such thing as wisdom and no such thing as public liberty without freedom of speech.”

Walaubagaimanapun ketika beliau mencapai umur 17 tahun, beliau telah meninggalkan kehidupan yang berkaitan dengan keluarganya dan menjadi buruan pihak berkuasa. Bagi makluman anda, Benjamin Franklin juga merupakan perintis kepada status billionaire, yang bergelar sebagai ‘Run-away kids’, lari dari rumah dan tanggungan keluarga.

Selain beliau individu lain yang pernah melakukan perkara yang sama ialah Jesse Livermore dan Chung Ju-Yung.

Beliau melarikan diri ke Philadelphia, Pennsylvania. Ketika memulakan kehidupan baharu, beliau bekerja sebagai pencetak, di kedai pencetak di bandar tersebut, namun beliau bukannya menginginkan keuntungan yang segera, perkara yang beliau inginkan adalah menimba pengalaman sebanyak yang mungkin.

Selepas beberapa bulan bekerja, bakat berniaga dalam bidang percetakan beliau mula di lihat oleh Gabenor Pennsylvania iaitu Sir William Keith. Menyebabkan Gabenor tersebut menyediakan peralatan percetakan untuk lebih menggalakkan beliau memulakan perniagaan sendiri.

Beliau tidak menolak pelawaan tersebut, lalu melakukan sehabis baik perniagaan tersebut.

Junto Dan Perpustakaan

Pada tahun 1727, ketika berusia 21 tahun, Benjamin Franklin telah menubuhkan satu golongan ‘pemikir’ yang mana kumpulan tersebut memfokuskan dan juga membincangkan mengenai isu-isu semasa, dalam meningkatkan taraf hidup mereka dan masyarakat sekeliling. Golongan tersebut di kenali sebagai Junto.

Membaca adalah salah satu cara ideologi Junto di sebarkan, walaubagaimanapun harga sebuah buku pada masa itu terlalu mahal untuk di miliki. Disebabkan masalah ini, ahli Junto telah menubuhkan perpustakaan buku, hasil daripada penulisan beliau.

Antara petikan kata-kata beliau:

“A proposition was made by me that since our books were often referr’d to in our disquisitions upon the inquiries, it might be convenient for us to have them altogether where we met, that upon occasion they might be consulted; and by thus clubbing our books to a common library, we should, while we lik’d to keep them together, have each of us the advantage of using the books of all the other members, which would be nearly as beneficial as if each owned the whole.“

Namun, ianya masih belum mencukupi. Beliau memikirkan adalah lebih baik perpustakaan beroperasi sebagai sebuah langganan kepada ahlinya, dan seterusnya dapat menubuhkan dana untuk kegunaan semua ahlinya. Ini telah menyebabkan tertubuhnya syarikat perpustakaan Philadelphia pada tahun 1731, dan piagam perpustakaan tersebut di gubal oleh beliau sendiri.

Pada tahun 1732, buat pertama kali beliau telah mengupah pustakawan Amerika Syarikat pertama iaitu Louis Timothee. Syarikat Perpustakaan tersebut telah perkembangan sebagai perpustakaan ilmiah dan sebuah institusi penyelidikan yang sangat hebat.

Bayangkan seawal umur 21 tahun, Benjamin Franklin sudah mempunyai sifat negarawan, dan bercita-cita untuk meningkatkan taraf ekonomi setempat.

Newspaperman

Pada tahun 1728, beliau telah menubuhkan sebuah rumah percetakan dengan kerjasama Hugh Meredith, kemudiannya tahun berikutnya beliau menjadi penerbit akhbar yang bernama The Pennsylvania Gazette.

Syarikat akhbar tersebut telah memberi impak yang besar ke dalam kehidupan beliau, antaranya telah menyediakan medium platform iaitu forum yang membincangkan pelbagai masalah yang dihadapi, seterusnya telah membuka peluang untuk nama beliau melonjak naik sebagai seorang pemuda yang berfikiran intelektual.

Bagi anda yang belum sedar betapa pentingnya pencetakan akhbar sebagai sebuah medium perantaraan, anda hanya perlu bayangkan, kegunaan internet pada masa kini. Ibarat seperti itulah, betapa pentingnya surat khabar di zaman tersebut.

Seperti biasa, apa jua yang beliau sentuh bertukar menjadi emas, berdasarkan bakat Midas touch, beliau berjaya melakar nama sebagai seorang monopoli perniagaan akhbar.

Benjamin Franklin meninggal dunia pada 17 April 1790 ketika berusia 84 tahun. Beliau meninggalkan nama yang cukup besar sebagai seorang penulis, saintis, pencipta, negarawan, ahli diplomat, pencetak, penerbit dan ahli falsafah politik.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.