Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung September 2024

Pasaran saham tempatan agak sepi pada bulan September 2024. Tidak banyak catalyst atau sentimen global mahupun domestik yang mampu menggegarkan pasaran kecuali keputusan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat mengurangkan kadar pinjaman utama sebanyak setengah mata peratusan, kali pertama dalam tempoh lebih empat tahun.

Ia juga membolehkan penurunan secara mendadak kos pinjaman sebelum pilihan raya presiden November ini. 

Pada bulan September ini adakah anda berjaya menjana keuntungan daripada pelaburan anda di pasaran saham? Jika ya, berapa banyak keuntungan yang berjaya dijana pada bulan September ini? 

Mungkin ada sesetengah daripada anda juga berjaya menjana keuntungan daripada saham-saham yang dikongsikan dalam artikel ini.

Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung September 2024

1. Sinaran Advance Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Di kedudukan pertama, Sinaran Advance Group Berhad berjaya membuat kenaikan paling tinggi iaitu sebanyak 100%. Pada 2 September 2024, harga Sinaran Advance berada pada RM0.06 dan pada 30 September 2024 harga Synergy telah melonjak ke RM0.12. 

2. Heitech Padu Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Heitech Padu kembali dicanang menjadi calon syarikat yang berpotensi mendapatkan kontrak NIISE yang bernilai RM1 bilion. Disebabkan itu, pelabur mula membeli saham ini dengan jangkaan HTPADU akan berjaya memenangi kontrak tersebut.

Dalam tempoh sebulan syarikat membuat kenaikan sebanyak 53.14%.

3. Bahvest Resources Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat ketiga pula adalah Bahvest Resources Berhad membuat kenaikan sebanyak 44.90% dalam tempoh sebulan. Bahvest terlibat dalam aktiviti perlombongan emas. Ketegangan konflik di Timur Tengah dilihat sebagai pemangkin kepada kenaikan harga emas dunia. Ia sedikit sebanyak memberi impak kepada syarikat perlombongan emas seperti Bahvest.

4. Air Asia X Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Air Asia X Berhad di kedudukan keempat dengan kenaikan sebanyak 44.27%. Sektor penerbangan dilihat semakin pulih dengan ramai pelancong yang masuk dan keluar negara untuk aktiviti pelancongan mahupun perniagaan.

AirAsia X Bhd (AAX) akan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 16 Oktober 2024 untuk pemegang saham mengundi cadangan pengambilalihan keseluruhan kepentingan ekuiti Capital A Bhd dalam perniagaan penerbangan dalam AirAsia Aviation Group Limited dan AirAsia Bhd.

Cadangan pengambilalihan itu ditetapkan untuk membawa operasi jarak pendek dan sederhana di bawah satu kumpulan penerbangan.

5. CAPITAL A Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Capitala berada di tempat kelima dengan peningkatan sebanyak 29.41%. Dalam tempoh sebulan ia mampu membuat kenaikan sebanyak RM0.225.

6. Advance Information Marketing Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Syarikat ini mungkin tidak dikenali ramai pelabur di samping harganya yang agak murah. Kenaikan sebanyak RM0.02 membolehkan Advance Information naik sebanyak 28.57% sepanjang September 2024.

7. Symphony Life Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Symphony Life Berhad pula harganya bermula dengan RM0.25 seunit pada awal September 2024 dan meningkat kepada RM0.31 seunit.

Ini merupakan kenaikan sebanyak 24% dalam tempoh sebulan.

8. Econpile Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Econpile Holdings Berhad juga tidak terkecuali dari senarai ini dan berjaya mencatatkan kenaikan sebanyak 15% dalam tempoh sebulan dagangan.

9. MUI Properties Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat kesembilan, MUI Properties Berhad berjaya merekodkan kenaikan sebanyak 14.29% dan harganya berubah sebanyak RM0.06 seunit. Pada 30 September 2024, harga MUIPROP ditutup pada RM0.48.

10. KPJ Healthcare Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Melengkapi senarai ini adalah KPJ Healthcare Berhad yang berjaya membuat kenaikan sebanyak RM0.220 dari harga asalnya di awal bulan. Pada 30 September 2024, KPJ ditutup pada RM2.12 dengan kenaikan sebanyak 11.58%.

Kesimpulan

Para pelabur disarankan untuk lebih berwaspada memandangkan pilihan raya Amerika semakin hampir iaitu bakal diadakan pada bulan November 2024 kelak. 

Pasaran saham Amerika pastinya lebih volatile menjelang pilihan raya tersebut. Ini secara tidak langsung juga akan memberi kesan terhadap pasaran saham di Bursa Malaysia.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.