Top 5 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Separuh Pertama (1H) 2022

Sedar tak sedar, enam bulan sudah berlalu. Bursa Malaysia terus menjunam sepanjang enam bulan pertama 2022 dengan kejatuhan indeks sebanyak 104.83 mata. Pada akhir Jun tirai ditutup pada paras 1444.22 mata.

Disebabkan ini banyak saham-saham yang mengalami kejatuhan yang teruk bagi separuh pertama tahun 2022.

Jom kita tengok senarai Top 5 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Untuk Separuh Pertama (1H) 2022 untuk dijadikan pengajaran kita bersama:

1. Supermax Corporation Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

2. Frontken Corporation Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

3. Hong Seng Consolidated Berhad

*Data sehingga 23 Jun 2022,Sumber: Bursa Marketplace

4. Unisem (M) Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

5. Greatech Technology Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Laut Sedang Bergelora, Mohon Berhati-hati

Buat masa ini, jangan terlalu mengambil risiko. Kalau takut rugi, boleh lepak tepi. Bila pasaran saham dah kembali pulih nanti, bolehlah shopping saham-saham yang sedang hebat memberi diskaun.

*Senarai adalah berdasarkan saham dengan nilai modal pasaran (Market Cap) RM 1- RM 5 bilion.

Rujukan: Bloomberg

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami akan kongsikan tips-tips guna strategi Swing dalam saham.

• 16 – 17 Julai 2022, SABTU & AHAD
• 9 pagi – 5 petang
• Melalui ZOOM


Cepat dapatkan tawaran istimewa dengan harga yang sangat berbaloi

Klik link di bawah.

https://thekapital.my/swing

Kuota untuk 50 orang terawal sahaja.
Cepat daftar!

https://thekapital.my/swing

Previous ArticleNext Article

Kontroversi Yang Melanda Syarikat Nestle

Sebut sahaja Maggi, Milo atau susu Nespray, pasti kita akan dapat menggambarkan produk kerana kita membesar dengan jenama tersebut. Tapi tahukah anda bahawa semua makanan tersebut dimiliki oleh syarikat gergasi paling popular di dunia iaitu Nestlé. Di Malaysia, saham Nestlé boleh diibaratkan sebagai saham Berkshire Hathaway berkelas A iaitu saham paling mahal. Dari tahun ke tahun kenaikan harga saham syarikat tersebut positif kerana perniagaan yang dijalankan mempunyai fundamental yang sangat kukuh.

Nestle bukan sahaja terkenal di Malaysia malah tidak keberatan jika kita menyatakan bahawa syarikat ini merupakan syarikat paling besar di dunia dalam penghasilan makanan kepada penduduk bumi. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang berasal dari Switzerland dan diasaskan oleh Henri Nestlé yang juga merupakan seorang rakyat Jerman.

Walaupun mengecapi pelbagai kejayaan yang luar biasa dalam dunia perniagaan, syarikat ini tidak terlepas dari kontroversi yang terpalit denganya. Kontroversi tersebut sedikit sebanyak turut mencemarkan nama Nestlé secara amnya di Malaysia walaupun ia tidak berlaku di Malaysia.

Sumber: CNBC

Kontroversi Iklan Di Benua Afrika

Sumber: Business Insider

Antara kontroversi paling popular yang telah mencemarkan nama Nestlé dalam industri makanan adalah dalam penjualan susu formula untuk bayi di negara Afrika. Nestlé merupakan salah sebuah syarikat pengeluar susu yang paling besar di dunia. Susu formula untuk bayi merupakan salah satu produk yang menjadi tunjang jualan kepada syarikat tersbut. Kontoversi yang menimpa Nestlé dalam penglibatan penjualan susu formula bayi adalah berlaku pada era 1970-an.

Kontroversi ini tercetus pada negara dunia ketiga iaitu negara yang berada di benua Afrika. Seperti yang sedia maklum, negara yang berada di benua tersebut merupakan negara yang sangat miskin. Kebanyakan negara yang berada di sana bertahan disebabkan bantuan luar yang disalur daripada badan dunia. Disebabkan perkara tersebut, Afrika hanya bergantung hidup dengan bantuan luar sahaja dan paras kemiskinan di negara mereka merupakan yang tertinggi di dunia.

Apa yang dilakukan oleh Nestlé di sana adalah mereka melakukan iklan tentang penjualan susu formula bagi mempengaruhi rakyat negara Afrika supaya membeli susu yang dipasarkan oleh mereka sedangkan dengan kekuatan kewangan yang mereka miliki, mereka tidak mampu untuk membeli susu formula bayi untuk anak mereka.

Nestlé tanpa segan dan silu melakukan kempen komersial tentang kebaikan susu formula mereka kepada bayi sedangkan mengikut kajian pemakanan dunia, susu ibu merupakan makan yang paling bagus untuk bayi. Kempen iklan yang dijalankan itu telah berjaya menyakinkan para ibu yang berada di Afrika bahawa susu formula adalah makanaan yang terbaik untuk anak mereka. Disebabkan perkara tersebut, ada antara ibu di Afrika yang mempercayai dan memberi susu formula kepada anak mereka tanpa mengetahui bahawa susu ibu adalah yang terbaik.

Dengan pendapatan di bawah paras kemiskinan, susu formula di Afrika boleh dikategorikan sebagai susu yang sangat mahal. mereka yang terpengaruh turut membeli untuk anak mereka sedangkan mereka sendiri tidak mempunyai wang untuk makan. Nestlé tanpa berselindung melakukan iklan yang luar biasa terhadap pasaran di sana dan dikritik hebat oleh pemerhati hak asasi manusia kerana hanya memikirkan keuntungan tanpa melihat keadaan sekeliling mereka.

Selain harga susu yang mahal, air untuk membancuh susu juga di Afrika sangat kotor dan tidak sesuai diminum oleh manusia terutama bayi. Jadi tidak ada gunanya susu yang bekhasiat tetapi dibancuh dengan air yang kotor kerana ia memberi kesan negatif kepada penggunanya. Terdapat kisah dmana seorang ibu negara Afrika yang memberi anak mereka susu formula dengan sukatan yang tidak betul kerana ingin berjimat telah menjadi isu yang sangat besar pada dekad 1980-an.

Sumber: Griid

Selain isu susu formula, Nestlé juga dilihat membuat perniagaan air yang mana mencetuskan kontroversi di Amerika Syarikat. Nestlé yang dikatakan mengambil air dari bandar Michigan dengan kadar yang sangat murah dan menjualnya kembali dengan harga yang mahal. Ini mencetuskan kemarahan penduduk di sekitar Michigan tetapi Nestlé yang bijak mengambil peluang mengembangkan perniagaan mereka dengan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar.

Dengan memberi pekerjaaan dan membayar cukai yang tinggi kepada penduduk serta datuk bandar, syarikat ini mampu beroperasi tanpa sebarang masalah. Disebabkan model perniagaan yang begitu unik dan besar, Nestlé dilihat semakin berkembang setiap tahun dan tidak berdepan dengan mana-mana masalah walaupun pandemik Covid-19.

Kini Nestlé dilihat sebagai salah satu syarikat pengeluar makanan yang terbesar di dunia yang menerajui hampir segenap jenis makanan segera di muka bumi ini.

Baca juga: