Tutorial: Cara Masukkan Duit Modal Ke Dalam Akaun Trading M+

Setelah anda mendaftar pembukaan akaun CDS, anda akan turut menerima akaun trading daripada bank pelaburan / broker masing-masing untuk membolehkan proses jual beli saham.

Tapi sebelum itu, anda perlu memasukkan duit ke dalam akaun trading terlebih dahulu. Deposit boleh dilakukan sama ada melalui Cash Deposit Machine (CDM) atau online transfer sahaja menggunakan akaun bank online anda. Kemudian anda perlu menghantar maklumat online transfer untuk dikemaskini dalam pangkalan data M+

# 1 Log in menggunakan akaun bank online anda dan transfer wang seperti biasa

Terdapat 5 pilihan bank untuk anda pilih. Transaksi Interbank Giro (IBG) boleh dilakukan sama ada melalui Maybank, UOB, CIMB, Public Bank, Hong Leon Bank, atau RHB Bank. Rujuk jadual dibawah bagi mendapatkan nombor akaun bank.

Sila simpan slip pemindahan kerana maklumat akan diperlukan kemudian.

# 2 Log in ke akaun trading M+ di https://www.mplusonline.com.my

# 3 Pilih Payment -> Deposit

# 4 Masukkan maklumat berkaitan seperti yang diminta, upload slip pemindahan dan tekan submit

# 5 Pengesahan setelah maklumat selesai dikemaskini

# 6 Semak status deposit di bahagian Payment -> Status

# 7 Pilih ‘transaction type- deposit’ kemudian klik butang ‘submit’

Ruangan status akan menunjukkan sama ada rekod transaksi diterima, ditolak, sedang dalam proses atau sudah dikemaskini

Nak buka akaun CDS dengan M+ secara percuma? Sila layari FB iSaham dan hadir seminar yang mereka anjurkan.

Previous ArticleNext Article

Perdagangan Edaran Malaysia Dijangka Cecah 6.1 Peratus Tahun Ini — Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Pertumbuhan perdagangan edaran Malaysia diunjur pada 6.1 peratus dalam 2026 berbanding 5.6 peratus pada 2025 susulan prestasi lebih kukuh tahun ini yang mengatasi jangkaan awal.

Prestasi itu dipacu oleh usaha seperti pengumpulan stok borong, peningkatan harga berkaitan petroleum serta pemulihan dalam jualan kenderaan motor, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Bank pelaburan itu menyatakan pertumbuhan perdagangan edaran turut meningkat kepada 9.4 peratus daripada 7.5 peratus bagi tempoh Januari-Mac.

“Ini merujuk kepada permintaan awal di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan tekanan kos serta ketidaktentuan bekalan.

“Bagaimanapun, prestasi sektor runcit yang lebih sederhana mungkin menandakan momentum asas perbelanjaan pengguna yang mulai kembali normal selepas disokong oleh peningkatan perbelanjaan sempena musim perayaan sebelum ini,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bank pelaburan itu memaklumkan lonjakan harga tenaga, ketegangan geopolitik yang ketara serta gangguan rantaian bekalan yang berlanjutan, berpotensi memberi tekanan ke atas aktiviti penggunaan serta perniagaan dalam separuh kedua 2026.

“Pengukuhan pada masa ini berkemungkinan bersifat sementara dan mungkin tidak lagi mampan dalam bulan-bulan akan datang” katanya.

Selain itu, Kenanga IB mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada kadar 4.5 peratus bagi 2026 berbanding pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025, sekali gus mencerminkan prospek ekonomi yang berhati-hati namun masih kekal optimis.

Petunjuk bulanan termasuk prestasi perdagangan pengedaran lebih kukuh serta pertumbuhan pengeluaran perindustrian pada April yang mengatasi jangkaan menunjukkan aktiviti ekonomi domestik kekal berdaya tahan pada suku kedua 2026.

“Pemulihan dalam aktiviti motor dan jualan borong hanya menunjukkan sokongan peningkatan kepada pertumbuhan jangka masa terdekat, terutama dalam sektor berkaitan perkhidmatan.

“Sehubungan itu, kami mengekalkan unjuran bahawa momentum pertumbuhan akan mengukuh dalam suku kedua sebelum menyederhana dalam separuh kedua jika ketegangan geopolitik terus wujud dan menjejaskan rantaian bekalan.”

— BERNAMA