Saham? Inilah Respon dari Kawan-Kawan Melayu & M40

Mentaliti orang Melayu ni hanya dua benda sahaja iaitu ASB ataupun Unit Trust. Letak duit dan pejam mata. Orang kita memang sangat suka serah kerja kepada orang lain.

Baguslah, sekurang-kurangnya ada juga melabur dekat tempat yang sah dan betul.

Kawan-kawan yang dalam golongan pertengahan (M40) tahu yang keuntungan ASB datang dalam bentuk dividen + bonus dan keuntungan Unit Trust melalui dividen + kenaikan harga unit dana.

Mereka juga tahu keuntungan dari pelaburan saham pula datang dalam bentuk capital gain + dividen. Mereka juga tahu pulangan yang diterima adalah jauh lebih besar (baca lebih untung) disebabkan risikonya yang juga besar.

Mereka tahu setakat nak dapat 10%-30% dalam masa tak sampai setahun tu biasa orang buat.

Baca juga Peram Saham-Saham Ini 5 Tahun Lepas, Sekarang Pulangan Lebih 100%

Mereka ni memang tahu banyak benda.

Tapi mereka ni akaun saham (CDS) belum ada. Bila diajak kawan-kawan ni pergi buka akaun dan belajar lebih lagi, ini antara alasan yang selalu diterima:

Alasan 1 – “Aku sibuk dengan komitmen kerja bro..tak ada masa nak belajar pasal saham-saham ni”

Tapi tepat pukul 5 kau lah orang pertama depan mesin punch card untuk balik. Tak pernah pula nampak kau stay up dekat ofis. Main badminton 5 kali seminggu ada masa pulak. Melabur saham ni kalau dah tahu caranya boleh je nak macam ASB, letak duit dan pejam mata.

Alasan 2 – “Aku belum bersedia lagi lah bro. Nanti aku cari kau bila aku dah sedia”

Tapi selepas beberapa tahun pun ko masih tak cari aku untuk belajar. Iphone pun dah banyak kali bertukar.

Alasan 3 – “Aku duduk jauh la bro. Banyak kelas ajar pasal pelaburan saham ni dekat KL je kan…?”

Tapi kalau bercuti kau suka pulak pergi tempat yang jauh-jauh, siap naik Air Asia X. Tak apa, nanti aku suruh sifu saham tu buat kelas depan rumah kau. Sekarang dah ada banyak kelas online, jadi alasan ni dah tak valid.

Alasan 4 – “Aku tak ada modal besar lah bro…Kalau ada RM100k baru sedap”

Tapi kau tahu smartphone kau yang up-to-date tu lebih mahal dari harga 100 unit saham. Sebab tu aku nak kau belajar. Nak buat apa mula dengan modal besar? Kalau modal RM1,000 pun tak jadi duit, tak guna juga kau guna RM100,000. By the way makcik cleaner ofis kau tu pun dah beli 500 unit saham Mr DIY.

Alasan 5 – “Takpelah bro, aku tak minatlah. Cukuplah hidup bersederhana”

Tapi kenapa bulan lepas aku dengar kau letak duit RM10k dalam skim BABI group tu? Kata nak hidup sederhana?

Aku tak marah, itu pilihan kau bro. Aku tak dapat apa pun kalau kau tak tergerak hati nak belajar. Ini bukannya bisnes MLM nak cari downline. Aku tak dapat komisen pun.

Kita sekarang bertuah dapat akses kepada ilmu dalam pelbagai cara, namun tak ramai yang mahu ambil peluang ini untuk mula merancang dan bertindak. Ayuh kita hebatkan ekonomi kita!

Eh, nanti awal tahun depan jangan pula up status “Alahai kenapa dividen banyak tu je?” bila tiba masa update “buku biru”.


Artikel ini adalah olahan dari posting asal Tuan Jaz Jamaluddin, seorang Certified Financial Technician (CFTe). Beliau juga merupakan salah seorang tenaga pengajar di Asri Ahmad Academy.


 

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Strategi Pasaran: Program MY Value Up

Langkah memberangsangkan ke arah peningkatan kualiti pasaran

Program MY Value Up asalnya diperkenalkan semasa pelancaran Pelan Induk Pasaran Modal 2026-2030 pada bulan April lalu. Pengenalan program ini diikuti oleh penerbitan buku panduannya minggu ini, dengan matlamat menambah baik perungkaian nilai pemegang saham dalam jangka panjang. Dengan mengambil petunjuk daripada kisahkisah kejayaan serantau, rangka kerja ini mendesak anjakan paradigma ke arah peningkatan pulangan ekuiti (ROE) dan kebertanggungjawaban pemegang saham.

Penilaian strategik, tadbir urus yang lebih baik, peruntukan sumber dengan cekap dan komunikasi berkesan, akan bertindak sebagai pemangkin untuk mengecilkan diskaun penilaian jangka panjang yang membelenggu syarikat-syarikat yang memiliki asas kewangan kukuh. Langkah-langkah penambahbaikan ini patut menggalakkan keyakinan, meningkatkan sentimen dan mendorong kemasukan modal.

Manfaat terbesar untuk syarikat yang mempunyai ruang untuk merungkai nilai

Kami berpandangan bahawa rangka kerja ini amat bermanfaat untuk sesetengah entiti korporat yang berprestasi rendah atau kurang diberi perhatian. Khususnya, syarikat-syarikat yang memiliki modal berlebihan, kelompok aset yang tidak digunakan sepenuhnya, pulangan pemegang saham yang tidak memuaskan, atau keterlihatan pelabur yang rendah, berpeluang meraih faedah terbesar. Saham-saham ketinggalan ini mempunyai potensi operasi dan kewangan terbesar untuk merungkai nilai ekuiti menerusi peruntukan modal yang optimum dan rangka kerja pengagihan pemegang saham yang lebih baik.

Dari perspektif pasaran serantau, usaha-usaha yang sama memerlukan penggalak seperti kitaran perolehan yang menguntungkan dan reformasi jangka panjang yang lebih meluas untuk mencetus kenaikan nilai dalam seluruh pasaran. Di Malaysia yang banyak syarikat bermodal besar sudah mengekalkan pengurusan modal yang cermat dan hubungan pelabur yang mantap, kami berpendapat inisiatif Value Up ini akan memberikan manfaat kepada syarikat bermodal sederhana hingga kecil.

Hal ini akan mendorong langkah penjajaran semula ke arah amalan piawaian perniagaan dan operasi yang lebih baik. Oleh itu, impak rangka kerja ini mungkin berbeza mengikut syarikat masing-masing, dengan kecenderungan ke arah pendekatan pemilihan saham berpacukan alfa.

Pelaksanaan masih penentu utama kejayaan

Walaupun rangka kerja ini menggariskan hala tuju yang menyeluruh dalam peruntukan modal, tadbir urus, kecemerlangan operasi dan keterlibatan pemegang saham, penyertaan 88 syarikat teratas masih dibuat secara sukarela dan tiada galakan rasmi atau denda diperkenalkan. Oleh itu, kejayaan program ini akan banyak bergantung pada kesediaan pasukan pengurusan sesebuah syarikat untuk melaksanakan perubahan yang ketara, dan bukannya menganggap program ini sebagai syarat pendedahan.

Kami menjangka faedah-faedah program ini akan direalisasikan secara beransuransur, kerana para pelabur perlu melihat rekod prestasi Rancangan Value Up ini membawa penambahbaikan yang jelas dalam ROE, kecekapan modal, dan pulangan pemegang saham.

Strategi

Pada pendapat kami, program MY Value Up ini ialah usaha positif yang didorong oleh pihak pengawal selia yang dapat bertindak sebagai pemangkin untuk menggalakkan kenaikan nilai pasaran modal tempatan jangka panjang. Inisiatifinisiatif program yang diamalkan secara meluas dapat menyerlahkan kedudukan Bursa Malaysia berbanding pesaing-pesaing pasaran memuncul serantau dengan memperkukuhkan profil pelaburan dan daya tarikan pasaran secara keseluruhan.

Program MY Value Up

Penganalisis
Alexander Chia +603 2302 8119 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.